Tuesday 12 August 2014

NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP;

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

Saturday 9 August 2014

Drama bakal berakhir, tunggu episod baru: Noh


SHAH ALAM - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kemelut politik kerusi Menteri Besar Selangor sudah boleh dijangka dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR serta-merta.

Katanya, walaupun jalan cerita sudah sampai ke penghujung kerana skrip tersebut memang sudah ada, tetapi masih ada episod baru yang lebih mengujakan iaitu pendirian Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid.

"Episod seterusnya terletak pada Pas. Sama ada mereka terus sokong Abdul Khalid seperti mana pendirian mereka sebelum ini atau menarik balik sokongan mereka.

"Pada masa yang sama, sekiranya mereka ikhlas, mereka boleh mempelawa Abdul Khalid menyertai parti itu kerana kedudukan menteri besar yang kini menjadi Adun bebas," katanya, semalam.

Noh berkata, walaupun Abdul Khalid disingkir daripada PKR namun beliau boleh kekal sebagai ketua kerajaan negeri kerana pelantikannya sah menurut Perlembagaan.

"Inilah kali pertama dalam sejarah Selangor, menteri besar adalah Adun Bebas. Namun begitu Umno Selangor mengambil pendirian tunggu dan lihat sahaja drama ini," katanya.

KHALID IBRAHIM DIHUKUM

KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Sunday 27 April 2014

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Assalamualaikum....... Tazkirah untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu membaca serta mengambil pengajaran.

Sebagai RENUNGAN

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya.

Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya ?

Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. 

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu.

Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar. Allah berfirman, maksudnya:-“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti” Maksudnya, janganlah kamu menerima (begitu saja) berita dari orang fasik, sebelum kamu periksa, teliti dan mendapatkan bukti kebenaran nya.(Dalam ayat ini) Allah memberitahu, bahwa orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar.

Karena, berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika ben
ar sesuai dengan bukti, maka diterima dan jika tidak, maka ditolak.Kemudian Allah menyebutkan illat (sebab) per
intah untuk meneliti dan larangan untuk mempercayai berita-berita tersebut.

Allah berfirman.

“Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya”.

Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.“Yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat : 6]

Terutama jika berita tersebut boleh menyebabkan punggungmu kena rotan. Maksudnya isu yang kamu bicarakan boleh mengkibatkan kamu kena hukum had, seperti qadzaf (menuduh) dan yang sejenisnya.

Sesungguhnya semua kaum muslimin perlu menghayati ayat ini, untuk di baca dan renungi, lalu beradab dengan adab yang ada padanya. Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan orang fasiq yang jahat !

Betapa banyak darah yang tertumpah, jiwa yang terbunuh, harta yang terampas, kehormatan yang terkoyak, akibat berita yang tidak benar! Berita yang dibuat oleh para musuh Islam.

Dengan berita itu, mereka hendak menghancurkan persatuan umat Islam , dengan menyemarakkan dan mengobarkan api permusuhan diantara umat Islam.Betapa banyak dua saudara, berpisah disebabkan berita bohong! Betapa banyak suami-isteri berpisah karena berita yang tidak benar !

Betapa banyak bangsa bangsa, dan kumpulan kumpulan, parti parti,jemaah jemaah dan negara negara saling memerangi, karena tertipu dengan berita bohong!Allah Azza wa Jalla Yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui, telah meletakkan satu kaedah bagi umat ini untuk memelihara mereka dari perpecahan, dan membentengi mereka dari pertikaian, juga untuk memelihara mereka dari api fitnah.

Tetapi sayang tidak ada satu pun masyarakat muslim yang bebas dari orang-orang munafiq yang memendam kedengkian.

Mereka tidak senang melihat kaum muslimin berbaik baik menjadi masyarakat yang bersatu dan bersaudara.Wajib atas kaum muslimin untuk berhati hati dan berwaspada dengan musuh-musuh mereka.

Dan hendaklah kaum muslimin mengetahui, bahwa para musuh me
reka tidak pernah tidur (tidak pernah berhenti) merancang tipu daya terhadap kaum muslimin. Maka wajiblah atas m
ereka untuk senantiasa waspada, sehingga boleh mengetahui sumber kebencian, dan bagaimana rasa saling permusuhan dikobarkan oleh para musuh.

Sesungguhnya keberadaan orang-orang munafiq di tengah kaum muslimin dapat menimbulkan bahaya yang sangat besar. Akan tetapi yang lebih berbahaya, ialah keberadaan orang-orang mukmin berhati baik yang selalu menerima berita yang dibawakan orang-orang munafiq.

Mereka membuka telinga lebar-lebar mendengarkan semua ucapan orang munafiq, lalu mereka berkata dan bertindak sesuai dengan berita itu.

Mereka tidak peduli dengan bencana yang bakal menimpa kaum muslimin akibat percaya kepada orang munafiq.

Al Qur’an telah mencatatkan buat kita satu bencana yang pernah menimpa kaum muslimin, akibat dari sebagian kaum muslimin yang mengikuti orang-orang munafiq yang dengki, sehingga boleh mengambil pelajaran dari pengalaman orang-orang sebelum kita.

Bacalah Surat An Nur dan renungilah ayat-ayat penuh barakah yang Allah ucapkan tentang kebersihan Ummul Mukminin ‘Aisyah x dari tuduhan kaum munafiq.

Kemudian sebagian kaum muslimin yang jujur terikut ikut menuduh tanpa meneliti bukti-buktinya.

Allah berfirman.“Sesungguhnya orang-orang yang membawa ifki adalah dari golongan kamu juga.Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.Tiap-tiapseseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya adzab yang besar”. [An Nur : 11].

Ifki , maksudnya ialah berita bohong. Dan ini merupakan kebohongan yang paling jelek.“Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu”. [An Nur : 11].

Tidak semua perkara-perkara itu boleh dinilai hanya melalui zahirnya saja. Karena terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan. Diantara kebaikan (yang
dijanjikan Allah buat keluarga Abu Bakar), ialah Allah menyebut mereka di malail a’la. Dan Allah menurunkan beber
apa ayat yang boleh dibaca mengenai keadaan (keluarga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu).

Dengan turunnya ayat ini, maka hilanglah mendung dan tersingkaplah kegelapan itu. Lenyap sudah gunung kepedihan yang berlegar dalam kalbu Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, suaminya, yaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ayahandanya.

Sebagaimana juga hilangnya kepedihan si penuduh, iaitu seorang shahabat yang jujur Shafwan bin Mu’atthil.Kemudian ayat selanjutnya mengajarkan kepada kaum mukminin, bagaimana menyikapi berita. Allah berfirman.“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:

”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Wahai kaum msulimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnuhan (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan.

Dan engkau katakan,“Maha Suci Engkau (Allah) , ini merupakan kedustaan yang besar”. [An Nur : 16].

Inilah yang dilakukan oleh sebagian shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika sampai berita kepada mereka tentang Ummul Mukminin.Diceritakan dari Abu Ayyub, bahwa istrinya berkata,”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab,”Ya.

Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab,”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata,”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.”Kemudian Allah berfirman.“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itula
h pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

Inilah langkah yang kedua, jika ada berita tentang saud
aranya. Langkah pertama, mencari dalil yang bersifat batin, maksudnya berhusnuzhan kepada saudaranya.Langkah kedua mencari bukti nyata.“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].

Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta.

Dan cegahlah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali. Dengan demikian, berita itu akan mati dan terkubur di dalam dada pembawanya ketika kehilangan orang-orang yang mau mengambil dan menerimanya.

Seperti inilah Al Qur’an mendidik umatnya. Namun sayang sekali , banyak kaum muslimin yang tidak konsisten dengan pendidikan ini. Sehingga jika ada seorang munafik yang menyebarkan berita bohong, maka berita itu akan segera disebarkan di masyarakat samada melalui percakapan atau melalui media termasuk melalui internet tanpa periksa dan meniliti kebenarannya.

Dalam hal ini Allah berfirman.“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut”.[An Nur : 15].

Pada dasarnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Akan tetapi Allah ungkapkan tentang cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan boleh atau tidak berita itu disebar luaskan.“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.

Padahal dia pada sisi Allah adalah besar”. [An Nur : 15].

Allah mendidik kaum mukminin dengan adab ini. Mengajarkan kepada mereka cara menghadapi berita serta cara membanterasnya, sehingga tidak tersebar di masyarakat.

Setelah itu Al
lah mengingatkan kaum mukminin, agar tidak membicarakan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Allah juga mengingatkan
mereka, agar tidak menyertai bantu para pendusta penyebar berita bohong.

Allah berfirman.“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”. [An Nur : 17].

Kemudian Allah menjelaskan, membantu para pendusta bererti mengikuti langkah-langkah syaitan.

Allah berfirman.“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar”. [An Nur : 21].

Dalam ayat selanjutnya Allah menerangkan, lisan dan semua anggota badan lainnya akan memberikan kesaksian atas seorang hamba pada hari kiamat.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka adzab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahwa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)”. [An Nur 23-25].

Wahai para penyebar berita palsu (fitnah) !
Wahai para pendusta! Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan !

Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang baik !

Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan.

Allah berfirman :

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].

Tahanlah lidahmu! Jauhilah perbuatan bohong dan janganlah menyebar fitnah !

Janganlah menuduh kaum muslimin tanpa bukti, dan janganlah berburuk sangka kepada merek
a !

Seakan-akan aku dengan engkau, wahai saudaraku, berada pada hari kiamat; hari kerugian dan hari penyesalan. S
ementara para seterumu merebutmu. Yang ini mengatakan “engkau telah menzalimiku”, yang lain mengatakan “engkau telah menfitnahku”, yang lain lagi mengatakan, “engkau telah mengaibkanku”.

Sementara engkau tidak mampu menghadapi mereka. Engkau mengharap kepada Rabb-mu agar menyelamatkanmu dari mereka, namun tiba-tiba engkau mendengar.“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya”. [Al Mukmin : 17].

Lalu engkaupun menjadi yakin dengan neraka. Engkau ingat firman Allah.“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim.

Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].

Kita berlindung kepada Allah dari kehinaan. Dan semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya. 

Oleh DR Abdul Azhim Al Badawi

[Diterjemahkan dari majalah Al Ashalah, edisi 34 tahun ke VI )

Tuesday 22 April 2014

TARIK DIRI TANDING PRESIDEN, ANWAR ULANG SKRIP LAMA PERTAHAN SANDIWARA POLITIK

TARIK DIRI TANDING PRESIDEN, ANWAR ULANG SKRIP LAMA PERTAHAN SANDIWARA POLITIK

KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menganggap pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul yang memaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, apabila Anwar mencalonkan diri bagi jawatan Presiden, maka keputusan yang diumumkan hari ini telah pun dijangka sebagaimana sikapnya yang penuh dengan sandiwara.

“Ini semua sandiwara daripada Anwar dan keluarganya yang mahu memastikan bahawa PKR kekal didominasi oleh anak beranaknya sendiri tanpa ada orang lain yang berani tampil mencabar Wan Azizah sebagai presiden parti,” katanya kepada UMNO-Online.

pkr-parti-keluarga-rakyat-suami-isteri-anak-anwar-azizah-nurul-pemilihan

Jelas beliau, Anwar sedar kebarangkalian untuk beberapa pemimpin PKR yang akan bertanding jawatan tertinggi parti lantas dia sendiri mencalonkan diri menentang isterinya agar pihak lain tidak berani untuk berbuat demikian.

“Tindakan menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden ini dibuat adalah taktik politik bagi melindungi kepentingan kroni dan keutamaan keluarga sendiri agar tidak beralih kepada individu lain biarpun mereka adalah pemimpin PKR. Ini kerana Anwar mahu mengekalkan dominasi dan pengaruhnya sendiri.”

Akhir Mac lalu, pencalonan PKR untuk pemilihan parti dibuat dengan Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Wan Azizah untuk jawatan presiden sementara empat orang untuk jawatan Timbalan Presiden yang antaranya ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Azmin Ali dan Tian Chua. Anak Anwar, Nurul Izzah pula akan bertanding bersama 15 yang lain bagi jawatan Naib Presiden PKR.

“Ini bukan cerita baru kerana tindakan tersebut pernah menjadi permainan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini yang meletakkan Anwar bertanding dengan Wan Azizah dan di saat-saat akhir beliau bertindak menarik diri sebagaimana yang berlaku hari ini,” kata Hasbullah.

Dalam hal ini beliau menyorot kepada pemilihan PKR pada 2007 apabila Anwar bertanding bersama Wan Azizah dan Rahman Othman untuk jawatan Presiden tetapi kemudiannya Anwar menarik diri yang diikuti oleh Rahman dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Wan Azizah.

Ketika itu, Anwar tidak dibenarkan bertanding setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkannya tidak layak kerana tempoh sekatan politik masih berjalan hingga April 2008, dan kini untuk pemilihan 2014, Anwar juga berisiko hilang kelayakan ekoran hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya.

“PKR bukan sahaja parti anak beranak, laki bini dan parti keluarga tetapi mereka juga adalah parti politik yang penuh dengan babak-babak sandiwara, selepas satu babak maka mereka akan beralih kepada babak yang seterusnya untuk dilakonkan malah sekiranya wujud anugerah pelakon terbaik dalam politik maka Anwarlah orang yang paling layak.”

Penarikan diri Anwar itu sekali gus memberi laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan yang disandang sejak penubuhan parti pada 1999.

“Pemilihan PKR ini ibarat mengulangi skrip lama dengan siapa yang bakal menang telah pun dapat diduga.

“Apa yang berlaku dalam PKR ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kenyataan bahawa ideologi perjuangan parti tersebut adalah berlandaskan kepada individu dan ahli keluarganya semata-mata dan tidak mengutamakan kepentingan masyarakat keseluruhan.”

Lantaran itu, beliau menyeru rakyat agar menolak taktik politik sedemikian dan menjadikan insiden yang berlaku dalam PKR sebagai penilaian terbaik bagi memilih pemimpin negara pada masa hadapan.