Wednesday 10 March 2010

LIM KIT SIANG BANGSAT

Sikap chauvanist, extremist, ultra-kiasu dan lupa diri bukan lagi asing kepada Lim Kit Siang yang pernah menghuru-harakan negara ini menerusi tragedi 13 Mei 1969 menerusi kegembiraannya kerana GERAKAN yang ketika itu bersekutu dengannya dan DAP yang merupakan najis tinggalan PAP, berjaya menyapu hampir bersih kerusi Bandaran Kuala Lumpur dalam pilihanraya umum sebelum itu. Pembabitan PKM, Parti Buruh yang ber'isme'kan sosialis dan beberapa NGO yang jelas-jelas menyambung perjuangan menakluk serta merampas negara ini dari tangan orang Melayu-Islam, telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan rakan-rakannya.

Hari ini Lim Kit Siang mempersoalkan kewujudan PERKASA, sebuah NGO Melayu di dalam BLOGNYA, dengan menyifatkan PERKASA - Sebuah kelahiran Syaitan atau Kejahatan.

Takut benar Lim Kit Siang seandainya umat Melayu-Islam bersatu di Tanah Melayu ini. Bayangkanlah seandainya rancangan MACHAPAGAL, bapa kepada Presiden Filipina sekarang benar-benar direalisasikan menerusi kewujudan NEGARA MELAYU YANG LEBIH BESAR iaitu MELAYU RAYA, barangkali Lim Kit Siang akan menyertai Chin Peng di dalam hutan untuk melakukan pemberontakan. Dan kerana itulah, Lim Kit Siang berpendapat bahawa PERKASA hanyalah perkakas untuk para pemimpin Melayu, khususnya di dalam UMNO untuk mengumpulkan lebih banyak kekayaan menerusi penyelewengan Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan orang Melayu.

Lim Kit Siang boleh jadi BODOH, BENGAP, BAHLOL dan BENGONG... Tidak ada seorang Melayu-Islam, kaum Bumiputera Bukan Islam, dan kaum Peribumi di seluruh Tanah Melayu ini pun yang mempertikaikan tentang KEWUJUDAN orang Cina, India dan segala pendatang lain di sini. Malah TIDAK ADA sekelumit pun rasa dengki atau sakit hati melihat kaum pendatang memperolehi kekayaan, kemakmuran, kemewahan sekalipun datuk nenek mereka dahulu berpusu-pusu datang ke sini dengan bantuan British setelah mengalami kebuluran, kemiskinan, penindasan serta perbezaan kasta di negara leluhur. Malah sekian ramai Cina Kampung yang menjadi Melayu malah lebih Melayu dari orang Melayu sendiri sekalipun mereka tidak memeluk Islam di samping tetap mengamalkan cara hidup Cina Tiongkok.

Ada orang Melayu pergi sabotaj pejabat Robert Kuok kerana sakit hati, bekas Raja Gula tersebut saban tahun menjadi orang paling kaya di Tanah Melayu ini? Bandingkan pula dengan usaha-usaha jahat yang digiatkan menerusi persatuan ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat yang bergabung tenaga untuk menjatuhkan Syed Mokhtar Al-Bukhary tanpa sedikit pun disebut atau dicerca oleh orang Melayu di negara ini.

Hanya kerana orang Melayu-Islam dan kaum Bumiputera bukan Islam serta Pribumi cuba mempertahankan hak dan keistimewaan mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Cobbold dan Lord Reid, Lim Kit Siang menganggapnya sebagai satu kejahatan. Lebih aneh, RAMAI SUNGGUH orang Melayu yang termakan gula-gula ini dengan berpandangan mereka lebih liberal, otak lebih terbuka, berpandangan jauh dan bermartabat tinggi seandainya hak-hak Bumiputera Islam dan Bukan Islam dan Kaum Pribumi ditiadakan daripada perlembagaan. Mereka lebih senang seandainya kaum-kaum ini terus terpinggir dan keseluruhan kekayaan tertompok kepada golongan pendatang, seperti yang berlaku dalam PEMONOPOLIAN pelbagai sektor termasuk barangan runcit sekarang ini.

Aneh atau tidak, orang Melayu mempunyai hak keistimewaan, tapi yang 'menikmati hak keistimewaan itu' tetap kaum pendatang?

Mujurlah ini Tanah Melayu... boleh jadi kalau Tanah Melayu ini bertukar menjadi Fiji, Filipina, Indonesia, Thailand atau Australia, rasa-rasanya Lim Kit Siang sudah lama bertukar nama menjadi Abu Kit Siang Abu Lullah... rasa-rasanya Lim Kit Siang tidak dapat merasai betapa nyamannya udara di Dewan Rakyat dan betapa seronoknya berucap di atas pentas-pentas politik sambil mendabik dada, AKULAH ORANG CINA!

Kepada Lim Kit Siang, anda tidak perlulah mendendangkan isme komunisme, sosialisme, atau sebarang isme yang bersangkut-paut dengan penyebaran ekonomi secara sama rata kerana ia tidak akan berlaku dalam dunia realiti. Ia hanya ada di atas kertas dan dipercayai serta diimani oleh golongan pengkhayal seperti anda. Dakyah anda serta gerombolan DAP anda semenjak 1960-an lalu, kian nampak pincang seperti pincangnya pentadbiran anak anda sendiri di Pulau Pinang dengan kroni-kroni membelasah projek ratusan juta ringgit untuk dibawa lari ke Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat!

CUCU TOK WAN

APAKAH SEJARAH NATRAH BOLEH MEMBAWA PENYATUAN UMNO-PAS?

Terdapat dua perkara penting tentang kisah Natrah – gadis Belanda yang berkahwin dengan pemuda Melayu Mansor Adabi dan tercetusnya rusuhan di Singapura pada tahun 1950 kerana bantahan dia hendak dimurtadkan - yang kekal relevan hingga ke hari ini.

Ianya mengenai persefahaman dan perpaduan politik umat Islam ketika memperjuangkan isu Natrah dan konflik antara undang-undang Islam dan undang-undang sivil.

Isu Natrah juga menyaksikan tiga parti yang berbeza idealogi – UMNO, Hizbul Muslim dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersatu demi mempertahankan kesucian Islam.sambung

MCA tak ikhlas sebagai rakan, Cina nak ambilalih Malaysia? - theunspinners.blogspot.com

Keresahan Perkasa tidak boleh diketepikan kerana itu adalah isi hati dari aktivis sosial dan politik Melayu yang nampak apa berlaku di bawah.

Mungkin ada berpendirian bahawa tuntutan MCA hanya gimik untuk pemilihan dalaman MCA yang hari penamaan calun adalah pada Mar 22hb. Apa sekali alasan penyedap hati, MCA sudah jadi macam duri dalam daging sejak selepas PRU12.sambung

Tuesday 9 March 2010

CUKUPLAH KAK ZAH - YB ZULKIFLI NOORDIN


Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Dato’ Seri Wan Azizah (DSWA) dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntut saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu.

Saya sebenarnya memang sangat keberatan dan tidak bercadang langsung untuk membuat apa-apa kenyataan yang melibatkan DSWA, kerana bukan sekadar menghormati beliau yang lebih tua daripada saya dan saperti kakak bagi saya, malah kerana kami telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis bersama, banyak luahan perasaan beliau kepada saya mengenai nasib dan masadepan beliau serta keluarga, banyak rahsia dan hal sulit yang pernah beliau ceritakan atau yang saya lihat sendiri selama lebih 12 tahun bersama beliau sekeluarga. Dan saya sedar beliau juga adalah mangsa kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mula menunjuk belang mereka didalam PKR. Atas dasar itu, saya berasa sepatutnya DSWA, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah (saya seorang sahaja yang memanggil beliau dengan nama itu, sedangkan orang lain memanggil beliau Kak Wan. Itupun ada rahsianya mengapa saya memanggil beliau dengan panggilan Kak Zah); DSWA lebih daripada tahu beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengan saya. Tetapi DSWA telah membuat kenyataan yang menyerang saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab serangan itu, dan saya berharap selepas ini DSWA akan berhentilah dengan serta merta daripada memilih untuk terus menyerang saya. Saya mahu terus mengingati DSWA dalam keadaan yang baiksambung

ANWAR DIPERALAT DAP

 
1. Pengumuman keluar PKR oleh YB Mohamed Radzhi, ADUN Lunas disambut dengan serangan peribadi keatasnya. Cuma YB Zulkefli Nordin berani menongkah arus melawan gesaan AnWAR dengan kenyataan dihentikan serangan yangg bersifat peribadi terhadap YB Radzhi. Perkara ini menjadi amalan AnWAR sekian lama demi memastikan siapa yang meninggalkan perjuangannya dimusnahkan karektor peribadi.sambung

JAWAPAN MUFTI KEPADA NIK AZIZ








PUTRAJAYA 8 Mac - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.
Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.sambung

Monday 8 March 2010

Apabila Katak Memarahi Katak Lain Melompat

Filed Under ( ) by pisau.net

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi."Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,” kata Zaid (kiri) pada sidang akhbar yang diaturkan secara tergesa-gesa."Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah ada majoriti dua pertiga.”Sejak beberapa minggu kebelakangan lalu, PKR digoncangkan dengan tiga ahli parlimennya berpaling tadah sehingga menimbulkan krisis kepimpinan parti, terutama terhadap ketua numumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berita lanjut : KLIK
Kelmarin diberitakan seekor katak bernama Zaid Ibrahim memarahi katak lain hanya kerana mereka melompat berlandaskan prinsip demokrasi.

Beliau berasakan prinsip demokrasi dirampas apabila menyedari katak katak lain mampu melompat sepertimana beliau melompat,inilah punca beliau berasakan dirinya tercabar,selama ini katak yang bernama Zaid Ibrahim merasakan dia seorang sahaja yang mampu melompat atas prinsip demokrasi.

Inilah sifat binatang politik,dia boleh memperkatakan apa saja walaupun sedar cara beliau bercakap mempamerkan sifat sifat binatang politik yang jelas memperbodohkan diri sendiri didepan orang lain tanpa berasa malu.

Sebaliknya Zaid menuduh BN menjadi punca katak lain mula melompat keluar dari kelompok busuk beliau malah menuduh dan menfitnah Ds Najib begitu kemarukkan 2/3 kerusi di parlimen.

Zaid kelihatan telah meludah kelangit kemudian menyapu kesemua ludahnya diseluruh muka apabila memperkatakan soal lompat parti ,bodohnya Zaid tidak boleh diajar,beliau hanya nampak akan kesalahan orang lain dan mengfitnah tanpa bukti.

Pisau kata "Lompat si kata lompat,lompat lah tinggi tinggi"

Panas:Zul MP Kulim Keluar Dari Sesi Panel Displin PKR

Apabila Melayu lemah,islam dipermainkan.

Ahli Parlimen Kulim bandar Baru PKR,Zulkifli Noordin sebentar tadi bertindak keluar sesi panel displin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana 3 dari empat angotanya adalah bukan Islam.

Panel itu dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu,ini menunjukkan untung nasib seorang pembela agama dan nama Allah ditentukan oleh bukan Islam.

Siapa mereka untuk bercakap tentang isu Islam dan nama Allah? Apa hak mereka untuk mengadili seorang yang mempertahankan agama dan kalimah Allah?

Walaupun dibantah Zulkifli,namun permintaan beliau di tolak kerana ahli panel dilantik oleh
majlis tertinggi PKR.

Salah satu contoh didalam parti yang perjuangkan sama rata ,anda tidak boleh berbicara tentang agama sendiri atau akan diambil tindakan.

Apa akan terjadi jika mereka ini memerintah negara suatu hari nanti? Barangkali untuk mendapatkan cuti raya pun perlu kebenaran mereka

Pisau kata " Dah terang lagi bersuluh,untuk nasib orang melayu dan Islam sudah dikawal oleh bukan melayu"

Filed Under ( , ) by pisau.net

Tuesday 2 March 2010

keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

Monday 1 March 2010

PKR DIAMBANG KEHANCURAN

Hari ini kita dapat lihat ada beberapa lagi muka yang keluar dari PKR, Agenda Daily ada beritanya di bawah ini:

Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR.

Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.

Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini.

Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta.

Beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu dalaman parti dan lebih obses untuk menawan Putrajaya.

Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi.

Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137.

Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti.
 Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti.

Beliau juga menjangka Anwar akan berusaha sedaya upaya memujuk mereka agar jangan keluar.

Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti.

(DIPETIK DARI PARPUKARI.BLOGSPOT.COM

APABILA SEMUA NGO MELAYU BERSATU.....APAKAH PETANDANYA?



PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.

“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

MPM bukan pertubuhan perkauman

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dilancarkan hari ini bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbentuk perkauman walaupun ia berperanan sebagai pelindung hak orang Melayu. Salah seorang pengasas MPM, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, MPM yang ditubuhkan dengan semangat Rukun Negara itu turut memainkan peranan sebagai penggerak bagi menghidupkan semangat generasi muda.

“Selain memperjuangkan hak orang Melayu, MPM juga berperanan mendidik generasi muda agar cintakan agama, bangsa dan negara. “Hari ini, hanya segelintir generasi muda Melayu yang berminat untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti patriotik sebegini,” jelasnya pada sidang media majlis pelancaran NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

MPM ketika ini dianggotai oleh 76 NGO Melayu peringkat negeri serta kebangsaan dan jumlah berkenaan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Turut berlangsung di majlis pelancaran itu ialah Majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM.

Beliau yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) berharap, aktiviti yang akan dilaksanakan oleh MPM nanti akan mampu menggerakkan anak-anak muda Melayu.

Tambahnya, penubuhan MPM bukanlah untuk menggugat mana-mana pihak tetapi cuma bertindak umpama benteng dan pelindung kepada tanah air.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima dengan hati terbuka segala usul yang akan diserahkan oleh MPM kepadanya.

Sumber: Pentas UMNO Bandar Puncak Alam

Sebenarnya bilamana kesemua NGO Melayu bersatu bukanlah bermakna mereka hendak mengancam mana-mana parti politik, rilek la, mereka cuma nak pastikan supaya hak melayu dan Kuasa Raja tetap dipertahankan! Itu aje...

Hidup Melayu!

Tuesday 23 February 2010

ISU DEBAT PEMUDA DI PULAU PINANG

Baca keretan petikan dari Bernama ni, petikan Ketua-ketua pemuda pakatan pembangkang yang mengajak pemuda UMNO dan NGO melayu bagi berdebat tentang isu Melayu Pulau Pinang. Mungkin mereka hendak buktikan bahawa mereka dipihak yang benar dan mereka hebat sehingga berani berdepan untuk berdebat.

PULAU PINANG, 22 Feb - Pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang di negeri ini mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin berkata, debat yang bertemakan 'Isu Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran ' itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam di negeri tersebut.

"Kita mahu berdebat secara terbuka dengan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan kita menghantar surat jemputan kepada mereka mulai hari ini,"katanya kepada pemberita, di sini Isnin
- sambung baca Disini

Ini pula jawapan daripada Pemuda UMNO Pulau Pinang,

BUTTERWORTH, 22 Feb (Bernama) -- Pemuda Umno Pulau Pinang hari Isnin menolak pelawaan untuk menyertai debat terbuka anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada 7 Mac ini.

Ketuanya Norman Zahalan berkata Pemuda Umno negeri hanya akan berdebat dengan Lim Guan Eng kerana hanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu dapat membuat keputusan dan menjawab segala persoalan yang bakal dikemukakan.

"Kita mahu tahu apa perancangan Lim untuk orang Melayu Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norman berkata pihaknya menerima surat jemputan mengenai debat itu pagi ini.

Dalam satu sidang akhbar pagi ini, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Yeoh Soon Hin mempelawa Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyertai debat yang akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
- Disini

Mungkin selepas ini ada pihak pembangkang akan kata Pemuda UMNO penakut, Pemuda UMNO bacul atau pelbagai lagi gelaran. Biasa la, itu memang adat pembangkang. Hakikat sebenarnya, isu melayu di Pulau Pinang hanya boleh diselesaikan oleh Ketua Menterinya sahaja. Segala keputusan dibuat atas keizinan LGE. Jadi apa perlunya Pemuda UMNO bertikam lidah dengan puak-puak pemuda bawahan ni.

Pemuda pembangkang, mencabar Pemuda UMNO berdebat, hanya untuk menunjukkan belang mereka. Bukannya niat untuk membela nasib Melayu. Tak perlu berdebat untuk membela nasib melayu. Berdebat bukannya dapat menyeleasaikan masalah. Kalau betul-betul nak berdebat, sila bawak turun Guan Eng sekali. Hanya dia yang boleh menyatakan segalanya, cakap dia saja yang agak laku. Kalau dia berani la.

Kebiasaan pembangkang, bila tidak dapat selesaikan masalah. Pasti diajaknya berdebat sana, berdebat sini. Ini semua modal nak jadi hero. Nak tutup pekung di dada sendiri. Kalau betul nak jadi hero, jadi lah hero kepada rakyat. Bukannya hero perosak rakyat.

Petikan dari akhbar pada tahun 1965, ini sejarah! Baca dibawah ini..



KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 19650).

PARPUKARI: SAYA BUKAN RACIST TETAPI INI SUDAH TERCATAT DALAM SEJARAH! PERSOALANNYA SEKARANG INI, KENAPA ADA PIHAK YANG NAK UBAH SEJARAH???

SILA SEBARKAN DOKUMEN INI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!! ANDA BOLEH PRINT ATAU 'PUBLISH'KAN DI DALAM BLOG ANDA!
DIPETIK DARI  http://parpukari.blogspot.com

KONTRAK SOSIAL DI TANAH MELAYU

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.


DIPETIK DARI http://parpukari.blogspot.com

SALAM UKHUWAH

Hidup adalah satu perjuangan