Thursday 25 April 2013

MOHD TAIB MASUK PAS..PARTI ANGKUT SAMPAHHHHH



NAMA bekas Menteri Besar Selangor dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhamad Mohamad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib ini kembali menjadi sebutan apabila beliau disebut-sebut akan menyertai PAS dalam jangka masa terdekat.
Sejak kalah dalam persaingan Timbalan Presiden UMNO pada 2008, nama Mat Taib tenggelam dalam arena politik negara.
Agak menghairankan juga kerana kemasukan Mat Taib ke dalam PAS, diumumkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din, tanpa pengetahuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman yang kelihatan terkejut dengan berita tersebut.
Rani yang dihubungi media mengakui belum lagi menerima borang menyertai PAS dari Mat Taib dan seolah-olah tidak maklum dengan perkara tersebut.
Apa sekalipun, penyertaan Mat Taib ke dalam PAS adalah hak peribadinya sendiri, sesuai dengan amalan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Dia pun ditolak dari UMNO dan sebarang cubaan untuk dia menyerlah kembali dalam politik UMNO seakan tidak mendapat sambutan dari ahli UMNO dan rakyat Selangor sendiri. Maka itu tidak salah untuk dia mencuba nasib dalam PAS juga, kot-kotlah boleh menyerlah balik.
Tapi tidak benarlah kalau nak mengatakan penyertaan Mat Taib ke dalam PAS ini nanti adalah satu ‘tamparan hebat’ kepada UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.
Mat Taib sememangnya tidak ada signifikasi dalam UMNO lagi dah sejak dia mengambil keputusan untuk bersara dari politik sebaik kalah dalam pemilihan 2008.
PAS nak kutip Mat Taib, itu PAS punya pasal, apa kaitan dengan UMNO dan Najib?
Memang kita pun tahu PAS kurang pemimpin sehingga perlu membawa masuk bekas pemimpin UMNO ke dalam parti tersebut walaupun pada satu ketika, itulah juga pemimpin yang hebat diserang kiri dan kanan oleh PAS.
Terutama apabila Mat Taib ditangkap di Brisbane, Australia kerana cuba membawa masuk wang berjumlah berjuta ringgit dalam pelbagai matawang asing pada 1997.
Lebih teruk dari itu, tindakan kelompok ulama diketuai Haron Din membawa Mat Taib masuk ke dalam PAS jelas kurang disenangi oleh pemimpin PAS dari kelompok Anwarinas dan Nik Aziz.
Dr. Rani adalah salah seorang pemimpin dalam kelompok Anwarinas yang jelas tidak senang dengan kehadiran Mat Taib kerana boleh menggugat kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.
PAS juga termasuk meneguk semula bergelen-gelen ludah yang mereka hamburkan kepada Mat Taib semasa berada dalam UMNO dulu, tapi ini bukan masalah kerana meludah dan menelannya kembali memang sudah jadi amalan PAS terutama sejak Anwar Ibrahim disingkirkan pada 1998.
Apapun, good luck PAS, good luck Mat Taib.
- PESONA IMPIAN

Letupan di Nibong Tebal Buktikan Pembangkang Gunakan Taktik Keganasan.




Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki. Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan. Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi, di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.

Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas. Pada 25 Mei 2012, beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.

Menurut Tun, pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN,” katanya dalam catatan blog beliau di chedet.cc pada tahun lalu.

Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.

“Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

“Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi.

Malaysia akan dicap sebagai Police State,” katanya. Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

“Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa, maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini.

Jika ini yang ingin dibawa pembangkang, maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil. Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia.

Tuesday 23 April 2013

PARTI AMARAH SYAHWAT @ WARTAWAN MATI DIPUKUL????



Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

PECAT AHLI YANG LANGGAR PERATURAN UMNO




Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

"Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO' HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) –  YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA-  MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG-  ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)-  AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) –  MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

Thursday 18 April 2013

Kekayaan keluarga Anwar tidak mengejutkan - Sidek Baba

Tokoh akademik dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak terkejut dengan pendedahan beberapa blog mengenai aset bapa Ketua Pembangkang, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Menurut Sidek, ini adalah kerana beliau sedia maklum tentang kekayaan serta pemilikan saham, selain pelantikan Ibrahim sebagai ahli lembaga dalam berpuluh syarikat.

Pada masa sama, cerita berkait moral dan integriti Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berada dalam tangannya selepas membuat kajian selama tiga tahun.

"Saya mengkaji seluruhnya mengenai keluarga Anwar dan memang saya sedar mengenai perkara itu, bukan setakat soal saham (membabitkan Ibrahim) tapi hal-hal yang lain," katanya pada sidang akhbar Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa laman blog yang mendakwa bapa Anwar memiliki saham di 20 buah syarikat dan menjadi ahli lembaga pengarah di 50 buah syarikat lain ketika anaknya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Sidek yang juga bekas sahabat karib Anwar selama lebih 30 tahun berkata, walaupun sedar mengenai kekayaan Ibrahim, namun beliau memilih untuk tidak menjatuhkan sebarang hukuman kerana bukan sifatnya bertindak tanpa sebarang fakta lengkap.

Hal yang sama, jelas Sidek, berlaku dalam usaha beliau mengkaji kebenaran mengenai salah laku moral serta integriti Anwar selama tiga tahun.

Sepanjang pencarian kebenaran itu, Sidek menemu bual 28 saksi hidup sebelum membuat keputusan meninggalkan ketua pembangkang itu.

"Saya mengkaji dan mengutip pengalaman serta pendedahan mereka yang sangat rapat dengan Anwar.

"Saya tidak kutip begitu sahaja, saya orang akademik dan pendakwah. Saya mengkaji sebelum meninggalkan Anwar kerana untuk menjadi pemimpin perlu ada kredibiliti," katanya.

Sementara itu, Perkasa minta Anwar jelas kekayaan bapanya!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bagaimana bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman mendapat kekayaan yang luar biasa.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau mengenali Anwar dan keluarganya sejak 1970-an dan mereka bukan keluarga bangsawan.

Menurutnya, beliau telah bersahabat dengan Anwar sejak tahun 70-an lagi dan pernah bersama dalam kem tahanan Kemunting pada 1974 sehingga 1976.

"Satu perkara terbuku di hati, saya ingin minta Anwar perjelaskan bagaimana bapanya menimba kekayaan luar biasa sebab saya mengenali bapanya sekian lama kami bersahabat malah saya pernah pergi ke rumah mereka ketika itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

sumber : sahabat blogger

PR PENGAMAL TEGAR KRONISME??

Semakin hampir PRU13, PR dikatakan semakin berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon yang tidak memuaskan hati penyokong-penyokong mereka.

Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.

Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.

PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAPHA ALI.


Ini kisah pemimpin besag
Hukum agama diputag-putag
Takut kat bini terketag-ketag
Kalau pompuan cukup lekag 

Awal bicara wayang kulit
Memang orang bukan pelesit
Bergoyang-goyang terkepit-kepit
Sampai nampak senjata sulit

Depa kata bukan depa
Itu pelanduk dua serupa
Itulah selalu alasan depa
Kata UMNO punya angkara 

Cakap agama berdegag-degag
Hukum Islam pun depa langgag
Depa ingat kita tak pikiaq
Yang Mana katil yang mana pelenggag

Seluag dalam rona putih
Berkibag-kibag berlapih-lapih
Bila semua bongkaq habih
Baru la kalut dok betepih

Seni senggama ketipang payung
Rambut merah tak pakai tudung
Toksah dok tipu toksah dok muhong
Bangkai gajah macam mana nak tudung

Selak buku tak dak bab
Cucoq kodok kueh karipap
Awat sms I you tak jawab?
You bagi alasan macam-macam sebab

Itulah dialog dalam gambag
Macam mana nak muhong semua dengag
Tuala putih kain kebag
Dok terlentang terkapag-kapag

Apa yang jadi minta simpang
Mai ke Kedah jangan dok temberang
Parti PAS dah tunggang langgang
Sampai rakyat naik bengang 

Pintu taubat masih terbuka
Tuhan melihat jangan leka
Kalau ingat kena niaya
Angkat tangan tadah berdoa. 

Barisan Nasional (BN) Selangor telah melancarkan aku janji parti itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) .


Aku janji tersebut dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN negeri yang mengandungi tujuh teras iaitu masa depan lebih cerah, masyarakat lebih prihatin, kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera, dan perumahan mampu milik.

Selain itu aku janji tersebut turut meletakkan teras untuk menjadikan Selangor lebih inovatif, Selangor lebih progresif dan Selangor lebih mesra alam.

1. Memberi bantuan sara hidup sebanyak RM 250 kepada ibu tunggal, warga emas, oku dan rakyat miskin yang layak…

2. Memperluaskan klinik 1Malaysia di seluruh negeri selangor…

3. Menyemak dan menurunkan cukai pintu, tanah dan perniagaan yang telah dinaikan oleh kerajaan pakatan rakyat…

4. Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan pemilik rumah PPR yang berdaftar dengan e-kasih…

5. Pemberian peralatan sekolah secara percuma kepada pelajar yang miskin dan biasiswa kecil RM 80 sebulan untuk sekolah rendah & RM 150 untuk sekolah menengah…

6. Menyediakan skim perumahan mampu milik untuk golongan pendapatan rendah dan menyediakan 25 ribu rumah mesra rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggir bandar dengan nilai RM 50 ribu, 15 ribu rumah keluasan 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan 3 ribu sebulan…

7. Air percuma 20 meter padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma. Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB.

8. Penyediaan kuarters untuk kemudahan kakitangan awam negeri dan perumahan awam dan rancangan perumahan tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggir/luar bandar dan pekerja ladang.

9. Peruntukan RM 500 untuk setiap kelahiran baru anak selangor sebagai deposit awal tabung SSPN…

10. Menyediakan skim mikrokredit berjumlah RM 250 juta untuk modal perniagaan…Sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat. Menubuhkan pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan karenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri. Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana – RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan.

sumber : sahabat blogger

Tataetika Pilihan Raya *MY*


Hari Penamaan Calon.

Perarakan Calon dan penyokong-penyokong ke Pusat Penamaan Calon pada Hari Penamaan Calon sama sekali TIDAK DIGALAKKAN. Bagaimanapun, jika Perarakan perlu juga diadakan, maka Pihak Penganjurnya hendaklah mematuhi peraturan berikut:

1. Mengikut prosedur & arahan yg ditetapkan oleh SPR & PDRM semasa berkumpul dan berarak ke Pusat Penamaan Calon

2. Tidak mengadakan apa-apa Ucapan @ Ceramah semasa berarak @ berkumpul

3. Tidak menggunakan alat muzik @ pembesar suara semasa berarak @ berkumpul

4. Tidak memasuki sempadan jarak 50 meter @ di dalam mana-mana jarak kawasan dari Pusat Penamaan Calon tertentu yg ditetapkan oleh SPR

Hanya Calon, Pencadang dan Penyokong Penamaan Calon serta mana-mana orang lain yg diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki Bilik Penamaan Calon

Kumpulan Penyokong Calon yg ditetapkan jumlahnya oleh SPR dibenarkan berada di dalam kawasan Jarak 50 meter dari Sempadan Pusat Penamaan Calon iaitu di Tempat Khas yg disediakan oleh SPR

Wednesday 10 April 2013

RAMALAN CALON YB BN.....

Ramalan hangat sejak Selasa mengatakan nama-nama calon Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke 13 akan diumumkan hari ini (Rabu) nyata meleset.

Malah sewaktu berlangsung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan jentera BN seluruh negara dalam Dewan Merdeka PWTC tidak kedengaran adanya senarai calon akan keluar.

Nampaknya kalau nak tahu siapa calon BN tanding sana..siapa tanding sini kena tunggu beberapa hari ini.

"...belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Najib mematikan terus spekulasi itu dalam sidang akhbarnya selepas pertemuan berkenaan.

Dalam konteks ini Perdana Menteri meminta semua pihak berkenaan bahawa matlamat utama BN pada pilihanraya ini adalah untuk tubuh kerajaan.

Atas sebab itu beliau tidak mahu pemilihan calon jadi satu isu besar.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata proses pemilihan dan pembahagian kerusi untuk PRU-13 akan mengambil kira keputusan pilihan raya umum 2008 dan keadaan demografi semasa di setiap kawasan bagi menjamin kemenangan parti.

"Pada asasnya, kita gunakan pencontoh 2008 dengan sedikit penyesuaian mengikut keputusan pilihan raya umum 2008...bagaimana BN hendak kukuhkan peluang untuk menang," katanya.

Selain itu, Najib berkata calon yang dipilih itu dapat membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.

"Kita ada mainstream (parti), (sayap) Wanita, Pemuda dan Puteri...masing-masing pun ada kehendak. Kita terpaksa mengambil kira pertimbangan keseluruhan supaya keputusan bersifat seadil mungkin," katanya.

Ditanya mengenai kriteria calon boleh menang BN, Najib berkata peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan calon parti itu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mengenai perjumpaan bersama kira-kira 2,000 anggota jentera BN hari ini, perdana menteri berkata ia bertujuan menerangkan proses terakhir persediaan parti itu bagi menghadapi PRU-13.

"Saya telah mengambil kesempatan menerangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan kerusi dan calon supaya mereka faham bahawa ia adalah proses yang kompleks dan rumit.

"Tak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Mustahil berlaku," jelasnya.

Justeru, beliau mahu anggota BN memahami hakikat sebenar bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.

"Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti," tegas Najib.

Mengenai sikap merajuk dalam kalangan anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon, Najib berkata BN akan cuba meminimumkan masalah itu.

"Sebab itu, dalam ucapan, saya kata seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.

sumber : sahabat blogger

Siapakah Datuk Ibrahim Abdul Rahman & anak-beranaknya???

Beberapa aset kekayaan yg dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar Ibrahim) yg merupakan seorang rakyat biasa & bukannya bersusur-galur bangsawan mahupun orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatah lagi seorang ahli perniagaan Korporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dlm kerajaan yg dikutip oleh Tun Dr. Mahathir drp ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA RAYA MALIANA dlm sekelip mata. Bukan shj Anwar menjadi mewah, malahan bapanya sendiri secara tiba2 mempunyai aset yang berbilion2 apabila Anwar memegang jawatan sbg Menteri Keewangan.

Mari kita semak senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau mempunyai kepentingan perniagaan yg besar mewakili Anwar dgn menjadi  Ahli Lembaga Pengarah lebih dari 50 buah syarikat & memegang saham hampir 20 buah syarikat. Antara syarikat tersebut adalah:- Pengkalen Holdings Bhd, Pengkalen Capital Bhd, OI Corporation Bhd, Pan Malaysia Industries Bhd, Nissan Industrial Oxygen Bhd, Zaitun Bhd, Boral Concrete (M) Sdn. Bhd., Ibrus Holdings Sdn. Bhd., MS Pembinaan & Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd,. PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd., Metromix Sdn. Bhd., Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd., PPH Development (M) Sdn. Bhd., PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd., PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Berikut pula merupakan senarai syarikat yg bapa Anwar merupakan pemegang saham yang besar dlm sesebuah syarikat:- Nissan Oksigen Perindustrian Bhd. (3,032,500 saham); Par Con Corporation Bhd. (900,000); Perumahan Muhibah Sdn. Bhd. (510,000); Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000); Westaflex Sdn. Bhd. (200,000) Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000).

Dari mana pula aset kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki??? Dari langit kah??? Adik beradik Anwar juga merupakan rakyat biasa yg bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Kewangan, adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau.

Rani sbg pengarah Azamintensif Sdn. Bhd., Marzuki sbg pengarah lapan syarikat:- Teraju Dinamik Sdn. Bhd., Knight H & D Sdn. Bhd., Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd., Rodatra Sdn. Bhd., Sanjungan Niaga Sdn. Bhd., CSPM Resources Sdn. Bhd., Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd., Lityan Holdings Bhd., dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Senarai aset2 di atas yg dimiliki oleh bapa & adik beradik Anwar mempunyai nilai berbillion2 ringgit yg ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Keewangan pada ketika itu. Apakah Anwar Ibrahim seorng yg benar2 BERSIH??? Mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia dari mana kekayaan yg ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion ini dlm sekelip mata??? Apakah Anwar dan Keluarganya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki aset sebegini???

Inilah dia makhluk ANUGERAH TUHAN...

Sumber : sahabat blogger

Tuesday 9 April 2013

SELAMAT MENGUNDI

Tarikh Penting PRU 13

Menurut Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan
SPR melantik 222 Pengurus Pilihanraya

379 Pegawai Penguatkuasa

8879 Pusat Mengundi

RM400 Juta diperuntukkan utk PRU13

Daftar Pemilih Induk 2011 sehingga Suku Tahun 2012
yg mgandungi 13,268,002 Juta Pengundi

11/4 writ
20/04 - Penamaan Calon
30/04 - Pengundian Awal 554 Pusat Mengundi
05/05 - Pengundian Awam
20/04/2013 - 04/05/2013 - Tempoh Bkempen

website - www.pru13.gov.my

DAP JOHOR BUBAR???

Sungguh memalukan dan tamparan hebat kepada Lim Guan Eng DAP dan bapa beliau, Lim Kit Siang DAP.

Laporan terbaru yang mengejutkan arena politik negara ialah apabila tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri ! Mereka ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; Timbalan, Norman Fernandez dan Setiausaha DAP negeri Tan Chen Choon.

 Perletakkan jawatan 3 potfolio paling penting dalam parti DAP itu sekali gus akan melumpuhkan jentera pilihanraya DAP di Johor. Yang menjadi perbualan hangat sekarang ialah perletakkan jawatan tersebut dikaitkan dengan campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan  Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di Johor.

sumber : sahabat bloggee

Monday 8 April 2013

PAS AKHIR ZAMAN

Kerana DAP, PAS Mengalah!

Semua orang tahu bagaimana hebatnya DAP menentang perjuangan Islam oleh Pas. Malahan umat Islam juga tahu bagaimana sikap DAP terhadap soal-soal berkaitan Islam.

Pemimpin DAP menentang hukum hudud, pemimpin DAP menolak dasar Islam, pemimpin DAP mencadangkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pemimpin DAP memperkecil serta merendah-rendahkan peranan Majlis Syura Pas.

Tetapi Pas dengan senang hati tetap akan membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Tahniahlah kepada penyokong-penyokong Pas kerana memiliki sekumpulan pemimpin yang begitu berpegang teguh kepada semangat setiakawan biar pun apa juga kawan tersebut lakukan ke atas mereka.

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP tetap akan dibenarkan menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya umum akan datang jika pendaftaran DAP dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan jelas memberikan isyarat kepada penyokong Pas untuk bersedia bekerja demi kemenangan calon-calon DAP.

Sama ada suka atau tidak, penyokong-penyokong Pas yang selama ini setia dan menyokong parti itu kerana perjuangan Islam harus memahami bahawa mereka cita-cita tersebut hanya tinggal kenangan.

Ia memandangkan kesediaan Pas membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu jelas membuktikan pemimpin-pemimpin Pas sudah bersedia memaafkan apa juga keceluparan DAP selama ini termasuklah penentangan parti itu terhadap perjuangan Islam Pas.

Kebenaran dan keizinan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pas itu juga sekali gus membuktikan secara tidak langsung bahawa Pas menerima apa sahaja kenyataan pemimpin-pemimpin DAP terhadap perjuangan Islam Pas dan mungkin atas faktor inilah Pas sebelum ini bersedia mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Justeru selepas ini, pemimpin-pemimpin Pas tidak perlu lagi membantah apa juga kata DAP mengenai soal-soal berkaitan dasar Islamnya kerana apabila Pas membenarkan DAP menggunakan lambangnya maka ia juga bermaksud Pas bersetuju dengan segala pandangan DAP dalam apa juga perkara.

Ternyata sekali lagi, demi mengejar kuasa ke Putrajaya, keluhan dan keresahan ahli-ahli akar umbi bukanlah menjadi keutamaan kepimpinan Pas. Apa yang lebih penting bagi mereka ialah menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP agar Pas tidak ditinggalkan jika benar pakatan pembangkang menawan Putrajaya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah tentulah gembira dengan perkembangan ini kerana usaha mereka sekian lama untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa antara Pas dan DAP tidak ada masalah kini sudah berjaya biar pun yang menjadi korban adalah dasar perjuangan Islam Pas.

Keadaan itu juga sekali gus akan memberi keyakinan kepada PKR bahawa orang Melayu akan turut menyokong DAP kerana DAP kini sudah menggunakan lambang Pas.

PKR tidak bersungguh-sungguh mempelawa DAP menggunakan lambang parti itu kerana amat memahami ia tidak boleh mendatangkan keuntungan politik memandangkan orang Melayu sudah menolak parti itu.

Tetapi jika calon DAP menggunakan lambang Pas, ia mungkin akan memberikan kelebihan kerana masih ramai orang Melayu menerima Pas tetapi yang akan untung ialah DAP.Mereka akan mencapai kemenangan dengan menjadikan Pas sebagai 'kuda tunggangan', akhirnya Pas juga yang akan menjadi lebai malang, menang sorak kampung tergadai.

sumber : sahabat blogger

MASA DEPAN NEGARA DI TANGAN ANDA

PRU ke 13 sudah benar-benar berada di hujung serambi. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada hari Rabu ini. Semua parti yang bertanding menyatakan mereka telah bersiap sedia termasuk pembahagian kerusi mengikut komponen parti masing-masing.

Umum mengetahui sesuatu yang keluar daripada mulut pimpinan politik tidak seharusnya ditelan begitu sahaja. Memang sudah menjadi lumrah tidak ada parti politik dalam dunia yang menyuarakan sesuatu yang boleh menggambarkan kelemahan dipihak parti tersebut. Begitu jugalah halnya dengan parti-parti politik yang bertanding dalam PRU ke 13.

Pakatan Rakyat telah memutuskan formula pembahagian kerusi di antara tiga komponen parti. Pada dasarnya formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12. Apa yang berlaku pimpinan komponen parti dilihat seolah-olah tidak menghormati prinsip pembahagian kerusi tersebut sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk "mengecup" kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan.

Sebagai contoh Parlimen Bagan Serai yang dikatakan milik PAS tetapi Ketua Umum PKR telah terlebih dahulu mengisytiharkan tanpa merujuk kepada PAS bahawa kawasan Parlimen tersebut akan ditandingi oleh PKR yang akan meletakkan Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuti. Begitu juga Parlimen Labuan, Setiawangsa dan Bera yang diperuntukkan kepada PAS telah disambar bila Timbalan Presidennya Azmin Ali membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada PAS.

Pemerhati politik dapat menghidu suasana tegang dalam mesyuarat-mesyuarat antara pimpinan parti termasuk diperingkat Majlis Presiden dalam hal yang berkaitan dengan penentuan kawasan-kawasan pilihanraya untuk ditandingi oleh calon-calon Pakatan. Dikatakan mesyuarat yang sepatutnya dipanggil untuk memuktamadkan kerusi-kerusi yang dipertandingkan mengikut parti komponen sehinga ini masih tidak dapat mencapai kata putus dan mesyuarat-mesyuarat tersebut berlalu tanpa keputusan.

Pertindihan yang jelas berlaku adalah di antara PKR dan DAP dan kelihatan juga perkara tersebut wujud di antara PAS dan PKR. Dikhabarkan baru-baru ini pimpinan tertinggi parti komponen sengaja memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat penentuan kerusi sebagai tanda protes terhadap sifat angkuh, tamak dan mengenepikan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi PKR khasnya. Ini berlaku akibat keinginan mereka untuk menjadi parti yang dominan yang akhirnya membuka peluang kepada pimpinan tertinggi mereka menjadi Perdana Menteri.

Apa yang berlaku sebenarnya menggambarkan kocakan-kocakan kecil kerana dibelakang tabir banyak lagi isu-isu yang masih belum dibereskan samada menjelang PRU ataupun setelah keputusan muktamad pilihanraya diperolehi. Calon Perdana Menteri umpamanya sehingga kini belum dapat diputuskan. PKR dan DAP menamakan Anwar Ibrahim tetapi PAS melalui Majlis Syuranya mempunyai pandangan yang berbeza.

Perihal betapa seriusnya pertelagahan merebut kerusi untuk parti masing-masing, tersebar berita yang mengatakan bahawa ada pimpinan tertinggi dari komponen parti yang telah bertindak untuk mengugut bahawa mereka bersedia untuk melihat kerusi-kerusi yang berlaku pertindihan calon tersebut dipertandingkan secara tiga penjuru.

Kesimpulan yang boleh dibuat dalam hal ini ialah Pakatan Rakyat akan terus dilanda masalah demi masalah. Suasana dalaman mereka ibarat retak menanti belah. Masalah pembahagian kerusi adalah masalah pra kemenangan. Seandainya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, bayangkan betapa getirnya perbalahan di antara pimpinan Pakatan untuk membentuk kerajaan sekaligus menamakan anggota kabinet dan melantik Perdana Menteri.

Rakyat harus dapat memahami realiti yang wujud di dalam Pakatan Rakyat dan bertolak dari situ rakyat sebagai pengundi seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan dan bisikan hati kecil untuk tidak memperjudikan Malaysia dengan karenah pimpinan tertinggi komponen parti dalam Pakatan Rakyat yang boleh mengakibatkan negara berada dikancah huru hara, bencana dan malapetaka.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
8 APRIL 2013

Ops Harimau Belang????

Ops Harimau Belang!

Itulah operasi bersepadu yang bakal dilakukan oleh PAS semasa dan ketika hari pengundian sebagaimana surat yang didedahkan di atas adalah satu perkara yang serius dan ianya wajib disiasat oleh pihak berkuasa.

Kerana berdasarkan maklumat dalaman PAS, sehari selepas pembubaran parlimen - Unit Amal PAS bermesyuarat di SUK Selangor untuk mewujudkan gerak kerja menimbulkan kekecohan sepanjang kempen. Modus operandi mereka ialah dengan memasuki rumah yang belum dimasuki oleh BN bertujuan menakutkan pengundi.

Percubaan PAS mahu mencetuskan kekecohan sekaligus mewujudkan perasaan takut di kalangan pengundi semasa PRU13 kelak adalah bukti jelas bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan proses pemilihan kerajaan oleh rakyat dilihat berjalan dalam suasana yang tidak demokrasi.

Adakah Ops Harimau Belang, NED dan BERSIH Ada Hubung Kait?

Kita imbas sedikit ingatan kita terhadap segala kekecohan yang tercetus atas nama mahukan pilihan raya yang adil oleh NGO haram BERSIH.

BERSIH  pada awalnya menganjurkan demontrasi jalanan atas nama 'BERSIH' kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil dengan meminta SPR menggunakan sistem dakwat kekal dalam proses pilihan raya, setelah cadangan ini diterima pembangkang mewujudkan beberapa lagi tuntutan bagi menghalalkan demontrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0.

Walhal jika diteliti isu pengundi hantu yang sering kali dimainkan oleh pembangkang hanya tiba setiap kali negara menghampiri pilihan raya tetapi isu tersebut menyepi sebaik sahaja mereka memenangi 5 negeri dalam PRU12.

Sebenarnya jika diperhatikan tindakan pembangkang menerusi balaci mereka Ambiga dan BERSIH bukan mahukan pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia bertujuan menarik campur tangan asing mencampuri proses pilihan raya sebagaimana berlaku di Filipina, Myanmar, Laos dan Indonesia.

Kerana gerakan BERSIH hampir sama dengan apa yang berlaku di negara-negara tersebut.

Bermula di Filipina pihak asing memainkan peranan melalui penyaluran maklumat palsu secara besar-besaran menerusi bahan kempen dan akhbar, menyeleweng sistem pilihanraya, membiayai serta menulis ucapan untuk calon pro-amerika dalam kempen pilihanraya negara tersebut.

Sekitar 1955 sejumlah USD1 juta digunakan oleh pihak asing untuk membiayai kempen pilihanraya gabungan parti sederhana bagi menganggu dan mengurangkan sokongan rakyat Indonesia terhadap Presiden Sukarno.

Manakala di Laos pada tahun 1960 pihak asing terlibat serta campur tangan dalam sistem pilihan raya negara setelah pembangkang mendakwa pilihan raya negara tersebut tidak adil dan tidak telus.

Pihak asing dipercayai zionis amerika terlibat dengan memasukkan kertas undi palsu untuk membantu kemenangan orang kuat mereka iaitu Phoumi Nosavan (pembangkang) bagi memastikan kerajaan pro-Amerika ditubuhkan di negara tersebut.

Gerakan licik yang dilakukan oleh agen asing telah berubah dan kini dikatakan mereka terus bergerak dengan berselindung melalui NED yang ditubuhkan kononnya menyokong institusi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan.

Jadi pendedahan surat yang tersebar di beberapa laman blog merupakan satu perkara yang serius, jika benar Ops Harimau Belang bukannya datang dari PAS, sewajarnya pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan serta ikrar kepada rakyat bahawa parti tersebut sama sekali tidak akan membuat kekecohan sepanjang PRU13.

Justeru itu sewajarnya pihak berkuasa meneliti serta menyiasat mengenai perkara ini, kerana ia sebenarnya melibatkan soal keselamatan negara, kerana dibimbangi perkara yang dilihat kecil ini bakal membuatkan negara kita menerima nasib yang sama seperti Filipina, Laos, Myanmar dan Indonesia.

sumber : sahabat blogger

Sunday 7 April 2013

DAKWAAN BN CIPLAK MANIFESTO PR TAK BERASAS DAN LIAR

Kbanyakan inisiatif dlm kandungan manifesto BN adalah ksinambungan dr prancangan dan pelaksanaa BN ketika BN memerintah Malaysia.

Klau dikaji manifesto BN, jelas bhw intipatinya dirancang dan diakujanji bg pnambahbaikan usaha sediada serta kbanyakan syor yg diutarakan adalah utk mperbaiki dan mperluaskan bantuan dan.kemudahan kpd rakyat spt yg telah dilakukan sbelum ini.

Bagaimana PR boleh menuduh BN meniru manifesto PR sdg kan apa yg kerajaan BN telah pun laksanakan sbahagian besar intipati Akujanji tsebut sejak lima thn sbelum ini?

Penaiktarafan dan pembaikan dlm Akujanji BN ini amat mresahkan PR krn akujanji BN sbelum ini telah tbukti ditunaikan sementara manifesto PR hanya janji yg dicapatikan dgn bkuahkan dall dan kari yg digaul oleh negeri yg diperintah oleh PR.

Fakta menidakkan Auta...ITU SATU KEPASTIAN.

sumber: sahabat blogger

HUBUNGAN RAKYAT DENGAN PEMERINTAH MENURUT ISLAM

Hakikatnya Syarak tidak membenarkan perbuatan melawan pemerintah Islam atas apa jua alasan dan cara.   Sama ada dengan membangkang melalui kepartian, menyebut keaiban, memperlekeh, menghina dan mencaci-maki; mengguling dengan cara ‘aman’ ataupun kekerasan, dengan lisan mahupun dengan senjata. Kesemuanya dilarang oleh Syarak.   Hal ini dinyatakan secara jelas dalam banyak Hadis Nabi Muhammad SAW.   Antaranya:   سَألَ سَلَمَةُ بن يَزيدَ الجُعفِيُّ رسولَ الله فَقَالَ : يَا نَبِيَّ الله ، أرأيتَ إنْ قامَت عَلَيْنَا أُمَرَاءٌ يَسألُونَا حَقَّهُم ، وَيمْنَعُونَا حَقَّنَا، فَمَا تَأْمُرُنَا؟ فَأعْرَضَ عنه ، ثُمَّ سَألَهُ ، فَقَالَ رسولُ الله اسْمَعْوا وَأَطِيعُوا ، فإنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا ، وَعَلَيْكُمْ مَا حملْتُمْ   Salamah bin Yazid Al-Ju’fi radiyallhu anhu bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata: "Wahai Nabi Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan?"   Baginda berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu” (Riwayat Muslim).   Dalam hadis yang lain Nabi Muhammad SAW bersabda:   يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جِثْمَانِ إِنْسٍ قَالَ حُذَيْفَةَ : قُلْتُ: كَيْفَ أصْنَعُ يَا رَسُولُ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ ؟ قَالَ: “تَسْمَعْ وَتُطِيعَ الأمِيرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ”   “Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia.”   Berkata Huzaifah (perawi hadis): Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? Sabda Baginda: “Engkau dengar dan taat terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Kamu dengar dan taat” (Riwayat Muslim).   Sabda Nabi Muhammad SAW:   ألا مَنْ وُلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ، فَرَآهُ يَأتِي شَيْئاً مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، فَلْيَكْرَه مَا يَأتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، وَلا يَنْزَعَنَّ يَداً مِنْ طَاعَة   “Barangsiapa daripada kalangan kamu yang diperintah oleh pemerintah yang dilihat melakukan hal-hal kemaksiatan, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan itu dan jangan (pula) dia menarik tangan ketaatannya” (Riwayat Muslim).   Dalam hadis yang pertama di atas, Nabi Muhammad SAW jelas ditanya tentang pemerintah yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.   Tetapi Baginda tetap mengarahkan supaya Umat Islam taat kepada pemerintah mereka yang zalim itu.   Baginda menyimpulkan bahawa masing-masing memikul tanggungjawab masing-masing. Pemerintah berkewajipan untuk berlaku adil manakala rakyat perlu taat kepada pemerintah walaupun mereka zalim.   Sebagaimana pemerintah akan menanggung akibatnya sekiranya mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, begitu juga dengan rakyat mereka akan menanggung akibatnya sekiranya mereka tidak melaksanakan tanggunggujawab mereka untuk taat kepada pemerintah mereka walaupun mereka zalim.   Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ketaatan tidak terhad kepada pemerintah yang adil sahaja.   Dalam hadis yang kedua, Nabi Muhammad SAW jelas mewajibkan ketaatan terhadap pemerintah walaupun mereka adalah seburuk-buruk manusia yang hati mereka seperti syaitan.   Bahkan walaupun pemerintah bertindak zalim memukul dan merampas harta rakyat, Baginda tetap menyatakan bahawa rakyat perlu dengar dan taat.   Oleh itu, keadaan pemerintah yang zalim, menyeleweng, rasuah, menyalah gunakan kuasa dan apa jua perbuatan maksiat yang lain bukan alasan yang membolehkan untuk tidak taat kepada pemerintah.   Seperti mana dalam hadis yang ketiga, walaupun Umat Islam disuruh supaya membenci kemaksiatan yang dilakukan oleh pemerintah tetapi dalam masa yang sama rakyat perlu terus taat kepadanya.

DEMOKRASI & PILIHANRAYA

ASAL-USUL DEMOKRASI

Tidak kurang daripada masyarakat Islam yang terkeliru dan terpedaya menyangka bahawa sistem politik demokrasi adalah selari dengan Islam.

Mereka beranggapan bahawa tidak ada percanggahan antara keduanya. Bahkan ada yang menganggap bahawa apa yang terkandung dalam demokrasi juga terkandung dalam Islam.

Demokrasi diistilahkan sebagai ‘Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’ (Government of the people, by the people, for the people).

Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani dan dikatakan orang yang pertama kali menggunakan istilah ini adalah Ahli Falsafah Yunani yang bernama Plato.

Perkembangan demokrasi dapat dilihat dalam revolusi berdarah Perancis (1789-1799M) yang berdiri di atas slogan “Kebebasan, Persaudaraan dan Kesaksamaan” yang mana kerajaan baru Perancis pada tahun 1791M telah menjadikan demokrasi sebagai asas perlembagaannya.

Demokrasi terus berkembang di negara-negara Barat dan akhirnya sampai ke negara Islam pada awal kurun ke-20 setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah pada sekitar tahun 1922.

Satu demi satu kerajaan Islam telah menjadikan demokrasi sebagai sistem pemerintahan negaranya. Kerajaan Mesir sebagai contohnya dalam perlembagaannya yang pertama pada tahun 1923 telah menyebutkan bahawa ‘Kedaulatan Negara adalah untuk rakyat dan rakyat menjadi sumber pemerintahan’.

Malaysia seperti negara-negara Islam di Asia Tenggara yang lain turun mengamalkan demokrasi setelah kemerdekaannya pada tahun 1957 kesan daripada penjajahan Barat.

DEMOKRASI BUKAN ISLAM

Sistem pemerintahan demokrasi berdiri di atas TIGA asas iaitu :-
1. Perundangan (Legistlative),
2. Kehakiman (Judiaciry) dan
3. Eksukutif (Exercutive).

Dalam demokrasi, perlembagaan dan undang-undang negara digubal di dalam parlimen berasaskan kehendak majoriti wakil rakyat.

Hukuman mahkamah perlu selari dengan perlembagaan dan undang-undang parlimen ini.

Begitu juga dengan kuasa eksukutif. Ia tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang parlimen.

Hakikatnya demokrasi bercanggah dengan Islam daripada asasnya.

Berbeza dengan demokrasi yang berdiri di atas kehendak majoriti wakil rakyat dalam parlimen, Islam berdiri di atas Al-Quran dan Sunnah.

Segala perlembagaan dan undang-undang perlu kembali kepada keduanya. Walaupun ijtihad akal dibenarkan tetapi ia hanya dibolehkan dalam ruang lingkup yang terhad sahaja dan ia tetap perlu bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Dalam Islam, manusia diwajibkan tunduk kepada kehendak Allah serta hukumNya.

Firman Allah:

إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلّهِ

“Sesungguhnya segala hukum itu milik Allah”
(Yusof 12:40).

Seseorang itu sama sekali tidak boleh menjadikan selain daripada Allah sebagai sumber hukumnya. Firman Allah:

وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَداً

“Dan Dia tidak melantik sesiapa pun untuk masuk campur dalam hukumNya”
(Al-Kahf 18:26).

Oleh itu, Allah memberi AMARAN terhadap mereka yang berhukum dengan selain hukum Islam dalam firmanNya:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ

“Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan -mana-mana bahagian daripada Agama mereka- sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?”
(Al-Syuura, 21).

Maka golongan yang berhukum dengan selain daripada hukum Allah dianggap sebagai golongan munafik yang tidak beriman dengan Allah dan hukumNya dengan erti kata yang sebenarnya.

Firman Allah:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُواْ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُواْ إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُواْ أَن يَكْفُرُواْ بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيداً

“Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu dan dengan apa yang telah diturunkan sebelum kamu?
Mereka hendak berhukum kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar terhadap taghut itu; dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka sejauh-jauhnya”
(Al-Nisaa’ 4:60).

ISLAM MENGAJAK KEPADA KESATUAN UMAT

Di antara ciri utama demokrasi adalah mewujudkan parti-parti politik yang berbeza fahaman dan ideologi di mana mereka akan menentang antara satu sama lain demi untuk menang dalam pilihanraya yang diadakan.

Akhirnya parti yang menang akan membentuk kerajaan manakala parti-parti yang kalah akan menjadi pembangkang.

Pendek kata, tidak ada demokrasi tanpa kepartian dan tidak ada kerajaan tanpa pembangkang.

Inilah REALITI DEMOKRASI. Sama ada kita sedar atau tidak ia mengajak kepada perpecahan dan perbalahan sesama Umat walhal perkara ini jelas ditegah sama sekali dalam Islam.

Sebagai Umat yang bersaudara, Allah subhanahu wata’ala memerintahkan supaya Umat Islam sentiasa menjaga kesatuan mereka.

FirmanNya:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu bercerai-berai”
(Al-Imraan 3:103).

Oleh itu, Umat Islam dilarang berbalah sesama mereka kerana ia akan menyebabkan mereka gagal dan menjadi lemah.

Firman Allah:

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan gagal dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”
(Al-Anfaal, 46).

Bukan sahaja diperintahkan supaya menjaga kesatuan mereka, Umat Islam turut diingatkan supaya tidak menjadi seperti orang-orang kafir yang telah memecah-belahkan agama mereka sehingga menjadi berpuak-puak dan berparti-parti.

Firman Allah:

وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ,مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

“Dan janganlah kamu tergolong dalam golongan orang-orang musyrikin. (Iaitu) mereka yang telah memecah-belahkan agama mereka dan menjadi berpuak-puak; setiap puak berbangga dengan apa yang ada padanya”
(Al-Rum 30:31-32).

DEMOKRASI SENJATA MUSUH UNTUK MENGUASAI UMAT ISLAM

Sebagai Umat Islam yang sedar akan permusuhan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Islam, kita wajar mempersoalkan mengapa orang-orang Barat beriya-iya menjaja demokrasi ke negara-negara Islam.

Adakah demokrasi benar-benar menjanjikan keadilan dan kemakmuran seperti yang didakwa?

Kita perlu berhenti sejenak dan bertanya. Sejak bilakah orang-orang Yahudi dan Nasrani berdamai dengan orang Islam dan berusaha ke arah kebaikan dan maslahat mereka?

Jawapannya, mereka tidak pernah berdamai. Bahkan permusuhan mereka berterusan sehingga ke hari ini.

Bagi yang sedar dan tidak tertipu dengan propaganda Barat, mereka akan dapat lihat dengan jelas bagaimana demokrasi digunakan sebagai senjata untuk memporak-perandakan negara Islam serta melemahkan mereka.

Masyarakat Islam dipecah-belahkan kepada parti-parti politik yang berbeza fahaman dan ideologi semata-mata kerana mengejar kuasa dan harta dunia.

Perbalahan politik tidak lebih daripada kerana ada yang merasakan bahawa diri mereka lebih layak memegang tampuk kuasa daripada yang lain. Atau kerana perselisihan yang timbul akibat pembahagian harta kekayaan dunia.

Akhirnya, berlakulah tuduh-menuduh zalim, rasuah, menyeleweng, gila kuasa dan seumpamanya semata-mata kerana tamakkan kuasa dan harta dunia.
َ

Thursday 4 April 2013

Menteri Besar Kedah Jatuh Sblm PRU???

Kesian  tengok menteri besar kedah jatuh tersungkur selepas mengadap YDP Agong bagi mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah sebentar tadi. Mungkin ini tandanya kejatuhan PAS kedah.

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.

Selain itu, katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu. Pendeka kata, dia sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang media itu dia meminta “simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja sepenggal memerintah Kedah.

Dia membuat kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Desakan itu dibuat memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini.

Selain itu, bekas Mufti Perlis yang selalu cuba mencari publisiti, Dr. Asri, yang dilihat seolah-olah condong kepada pro-liberal, memerli Azizan Razak menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan untuk memartabatkan Islam di Kedah berbanding dengan apa yang berlaku di Kelantan.

Pertamanya, pada pandangan saya, cara Azizan Razak menjawab desakan Mukhriz itu menunjukkan bahawa dia tidak profesional. Mukhriz meminta dia meletak jawatan kerana di tidak sihat dan bukannya menuduh Azizan sebagai tidak profesional atau sebaliknya. Orang lain ambil berat mengenai kesihatannya, dia pula nak melenting. Profesionalkah begitu?

Keduanya, Azizan menyatakan dia tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah. Memang benar. Namun, apa yang dimaklumkan kepada saya, Azizan telah menyalahgunakan wang yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM150 juta setahun yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki jalan persekutuan di negeri itu.

Namun, dikhabarkan sebahagian besar wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji para kakitangan awam negeri itu. Perkara ini sememangnya diketahui oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional tentang bagaimana Kerajaan Pas Kedah itu membuat “rolling” duit peruntukan jalan tersebut. Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bahshah Hanipah, pernah mengutarakan persoalan “kehilangan” duit peruntukan dari Kerajaan Pusat itu.

Namun, Kerajaan Pas Kedah berdolak dalik dalam memberi jawapan dan memberitahu bahawa wang tersebut masih ada. Namun sampai sekarang, Kerajaan pimpinan Azizan Razak masih gagal membuktikan bahawa wang tersebut masih ada di dalam akaun Kerajaan Negeri. Apakah ini yang dikatakan “profesional” oleh Azizan?

Ketiganya, saya kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Asri itu. Memang benar Azizan tidak buat apa-apa yang memartabatkan Islam di Kedah. Namun, Nik Aziz, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun mentadbir Kelantan, hanya sebuah masjid saja yang mampu dibinanya. Sedangkan rumah ibadat agama lain dan patung-patung berhala menjadi keutamaaan Kerajaan pimpinan Tok Guru itu.

Apa yang Tok Guru buat di Kelantan untuk memartabatkan Islam hanyalah menaikkan papan tanda yang memaparkan aurat muslim dan muslimah, serta larangan membuat maksiat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Malangnya, meskipun sudah berpuluh tahun dasar papan tanda itu dilaksanakan, aurat muslim dan muslimah di negeri Kelantan masih lagi terdedah di sana sini.

Malah, statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Aids Malaysia baru-baru ini membuktikan Nik Aziz gagal membendung gejala maksiat melalui papan tandanya. Kelantan masih lagi menjuarai carta penghidap HIV di negara ini untuk tiga tahun berturut-turut, hatrik! Justeru itu, bolehkah kita katakan bahawa Nik Aziz melakukan sesuatu yang memartabatkan Islam di Kelantan berbanding Kedah?

Saya melihat, apa jua dasar yang dilaksanakan oleh Pas sama ada di Kedah atau Kelantan, adalah sangat kurang keberkesanannya. Dasar memang dilaksanakan, namun tidak mendatangkan sebarang hasil. Ini membuktikan ketidakcekapan Pas dalam pentadbiran secara menyeluruh.

Jika tumpu pada ekonomi, sosialnya akan tercicir. Jika tumpu pula pada sosial, ekonominya jatuh merudum. Dan jika ditumpu pula pada spiritual, makin teruk pula moral dan akhlak mereka. Jika tidak, takkanlah rumah pelacuran yang kurang 1 kilometer dari Pejabat Menteri Besar Kelantan pun Nik Aziz boleh tak tahu!

Justeru itu, Azizan tidak perlulah meminta simpati dari rakyat untuk mengasihaninya. Jika tidak mampu tadbir, mengaku sajalah dan berilah kuasa tersebut untuk ditadbir orang lain. Kalau jatuh tersungkur nanti siapa yang malu? Azizan mahu surat khabar melaporkan berita dimuka depan “Menteri Besar Kedah jatuh tersungkur dalam selut”? Bukan apa, UMNO sebenarnya “tak sanggup” Azizan Razak dimalukan sebegitu…

sumber : blogger sahabat

ISU CINCIN ROSMAH..MANA KEBENARAN??

Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang diterbitkan. Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan. Bukan setakat menafi malah turut sama bersumpah. Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya  (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd. Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM. Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya. Tiada siapa yang tahu. Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar. Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi. Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan. Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co. Yang saya tahu dan sahih cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal. Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YYBorang pengishtiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukaiKalau Datin Seri Rosmah yang beli cincin berkenaan, apa ke jadahnya cincin tersebut masuk ke rumah PM, kemudian terbang ke Singapura, kemudian terbang entah ke mana-mana negara , kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York ?Kalau ada yang tak percaya kepada dokumen di atas , sila cetak dan bawa pergi ke Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur untuk tujuan pengesahan samada ianya tulen atau palsu. Saya ulang sekali lagi.....bawa pergi ke Kedutaan Amerika, bukannya lari ke Kedutaan Turki. Sebagai penutup saya nak ingatkan sekali lagi kepada rakyat Malaysia. Janganlah sesekali kita mengangkat seseorang dari kaum nabi luth atau orang-orang yang bersekongkol dengan kaum nabi luth sebagai pemimpin kita. Betapa hina dan teruknya kaum nabi luth ini sampaikan Nabi junjungan kita pun tak mengaku mereka sebagai umatnya. Kalau kita angkat juga mereka atau orang-orang yang bersekongkol dengan mereka sebagai ulul amri kita, maka kita terimalah bahananya kelak.  Jadikan kisah silam sebagai pengajaran yang berguna.

sumber :RBF Online at 1:01 PM