Friday 31 May 2013

BILA YANG DI PERTUAN AGUNG SUDAH BERTITAH.....

Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah bertitah,

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara."

"Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,"

Dengan titah Yang Di-Pertuan Agung itu, maka segala perancangan Pakatan Pembangkang untuk mengadakan sebarang perhimpunan haram untuk meneruskan tohmahan buruk ke atas keputusan PRU13 yang lepas dengan secara sendiri terbatal dan tidak patut disokong oleh sesiapa pun mempunyai 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' nya.

Maka selepas ini, sesiapa yang tidak menggunakan kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, maka mereka itu boleh dianggap engkar dan mengkhianati titah Yang Di-Pertuan Agung.

Malah, tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang begitu bodoh tidak tahu sistem pilihanraya dan pembentukan kerajaan berkonsepkan First Past The Post juga amat memualkan rakyat terutamanya kepimpinan DAP yang parti mereka sendiri terbukti menjalankan proses pemilihan CEC DAP yang meragukan dan amat memalukan sekali.

Sila baca :

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.
 
Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini Jumaat malam.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu. 

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

MAHASISWA PEMBANGKANG YG BANGANG

Salam perjuangan

sejak kecil mereka disayang dan bersekolah utk mendapatkan ilmu yang berguna..harapan keluarga mereka amat tinggi untuk memastikan kehidupan mereka baik dan dapat membantu keluarga mereka juga...berkat dari doa dan harapan kekuarga maka mereka berjaya memasuki universiti dan bergelar mahasiswa..namun adakah ini keputusan harapan dan cita cita keluarga mereka apabila mereka menjadi kuda mainan politik utk membuat demo dan bantahan buta..
mereka harus sedar bahawa mereka lahir dizaman keberadaan dan berkat kepimpinan BN mereka bepeluang utk melanjutkan pelajaran tanpa perlu keluarga mereka menggadai tanah atau menjual semua asset..

namun kerana buta sejarah dan buta hati iman mereka sanggup menggadai maruah bergelar mahasiswa utk membuat kerja kerja politik rakus org yg gila utk ke putrajaya..

20 mahasiswa berdemo mahu gertak Zahid Hamidi letak jawatan.

Sekumpulan mahasiswa semalam berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik. Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 20 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu. Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah. Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas. Tarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu. Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis. "Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.

GUAN ENG & KIT SIANG MALU BESAR! BLACKOUT DAP - STYLE !!


Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian. 

"Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut. 

"ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut. 

Blackout undi DAP-style !!

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih.

Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC. 

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut. 

Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu - UM

Apakah kita akan menyaksikan parti DAP yang akan diharamkan?

4 muka surat ROS yang menjadi kontroversi dan memalukan seluruh kepimpinan DAP

LAWAK SAFWAN BAKAL MEMECAHKAN POPULARITI ADAM ADLI DLM MAHARAJALAWAK ANAK IKAN ANWAR

hahhhhhhha hahahhhahah ahhahahahahaha
taknak ikat jamin dan sanggup disumbatkan dalam penjara sungai buloh..
hahahaaha...oleh kerana dlm penjara sungai buloh takde bantal peluk so kenalah balik....hahahhhahaha

Aktivis mahasiswa Muhammad Safwan Anang hari ini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM5,000, kata isterinya Mastura Abu Bakar. Menurut Mastura, Safwan dijamin oleh adik lelakinya sendiri di mahkamah dekat Jalan Duta, pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

 Safwan yang juga pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dituduh bersama pemimpin politik dan aktivis NGO Naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim pada 29 Mei lalu. Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

 Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Bagaimanapun Safwan enggan diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh. Ketika dihubungi media tengahari ini, Mastura berkata suaminya pada asalnya, enggan diikat jamin selepas dituduh di bawah akta tersebut.

 Bagaimanapun, Mastura berkata, Safwan menukar fikirannya selepas mempertimbang peranan yang boleh dilakukannya di luar penjara sebagai aktivis mahasiswa. "Beliau merasakan beliau boleh melakukan lebih banyak perkara di luar penjara berbanding di dalam penjara," kata Mastura.

 Tambahnya lagi, Safwan kini sedang berehat sebentar di rumah mereka dan akan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya petang ini. Menurutnya, Safwan bersama beberapa aktivis pelajar lain akan menyerahkan memorandum membantah penangkapan aktivis dan pemimpin politik oleh polis kepada kementerian itu.

Thursday 30 May 2013

KUDA PERANG YANG BUTA DEK TAMAK KUASA

PAS Diberi Kata Putus!

Parti pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan Ketua Pembangkang itu sejak pilihan raya umum lalu bermotifkan peribadi.
 
Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri dijadikan alat tunggangan Ketua Pembangkang kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.

Beliau yang bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan perhimpunan haram anjuran pembangkang sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring menambah, Pas perlu berhenti daripada terus diperbodohkan.

"Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla adalah pengajaran terbaik dalam isu Anwar Spring ini. Anwar memungkiri perjanjian damai melibatkan Perdana Menteri apabila enggan menerima keputusan pilihan raya sebaliknya memilih demonstrasi ke jalanan.

"Dalam konteks ini bukan hanya rakyat perlu membuka mata tetapi paling penting Pas. Sampai bila Pas hendak menjadi kuda tunggangan Anwar demi cita-cita peribadi, bukan kerana memperjuangkan nasib rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berkata, kempen Anwar Spring melalui penganjuran siri perhimpunan haram sengaja dicetuskan Ketua Pembangkang itu sebagai provokasi terhadap pasukan keselamatan selain bertujuan menarik perhatian media asing bagi memburukkan Malaysia.

Mengulas isu yang sama, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, dakwaan pakatan kononnya perhimpunan haram anjuran mereka adalah Malaysia Spring merupakan taktik lapuk untuk mengaburi mata rakyat mengenai perjuangan peribadi Ketua Pembangkang itu.

Katanya, Anwar cuba berselindung di sebalik nama Malaysia Spring agar motif politiknya tidak kelihatan peribadi di mata penyokong, sekali gus mampu mengheret rakyat untuk turut serta menyokong gerakan tersebut meskipun keselamatan negara menjadi taruhan.

"Sebab itu saya menyokong kenyataan Ahmad Zahid. Anwar Spring adalah agenda peribadi Anwar yang mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak beretika bagi menjayakan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memperalatkan rakyat. Ini memang taktik Anwar.

"Jadi pesan saya kepada rakyat, jangan tertipu dengan Anwar yang mahu menghuru-harakan negara sekali gus menjemput kuasa asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia kerana selaku individu antara paling rapat saya cukup kenal siapa Anwar," katanya.

IZZAH DIHALAU DARI SABAH - FAKTOR KESELAMATAN DIUTAMAKAN!!

Tidak ada sebab yang konkrit kenapa izzah perlu ke sabah!! adkah izzah menyambut pesta keamatan sehingga dia perlu kesabah..??
banyak pertimbangan yg perlu dibuat oleh pejabat KM Sabah apabila berhadapn dgn situasi ini.faktor keselamatan rakyat sabah perlu diutamakan..kenapa tidak anwar saja yg datang??namun kehadirn izzah hanya sbg perutusn penting dari anwar utk sesuatu hajat di sabah...negara kita baru sahaja digemparkn dgn insiden di lahad datu apatah lagi beberapa pemimpin pembangkang terlibat dlm gerakan pencerobohan tersebut..dan kehadiran pemimpin pembangkang ke sabah perlu ditapis demi kestabilan sabah..

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah. Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen. "Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada media dalam satu perbualan telefon. Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya. Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan. Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini." Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. "Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan.

Wednesday 29 May 2013

SISTEM PEMILIHAN UMNO BARU..MENYUSAHKAN ATAU MENYENANGKAN???

Tahniah kpd UMNO kerana berani membuat perubahan besar dalam sistem pemilihan Majlis Tertinggi UMNO..ini adalah satu pendekatan berani dalam membarisi kepimpinan umno diperingkat pusat..diharap rakyat akan lebih melihat usaha dan komitmen daripada UMNO untuk lebih telus dan berintegriti...TAHNIAH UMNO

PEMILIHAN UMNO LEBIH MENARIK DAN DEMOKRASI

Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah TUJUH PINDAAN dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.

Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian
* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian
* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian
* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian
* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Wanita - 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.

Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.

"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini. Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.

"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri. Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan?

Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.

Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.

Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.

Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?

Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.

"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.

Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung," katanya.

REMAJA WANITA DITEMUI MATI DI MELAKA

Amat sedih bila mendapat berita tentang kematian seorang gadis yang hilang sejak 2hari lalu apabila keluar utk mengaji..saya berharap agar ibubapa sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka walaupun lelaki..begitu juga adik2x hendaklah keluar rumah dengan kawan2x dan jangan bersendirian apatah lagi diwaktu malam.
saya berharap kita semua sebagaj jiran dan masyarakat hendaklah peka dan sentiasa curiga dgn apa yg berlaku disekeliling kita..kita berharap agar pihak polis dpt menyiasat perkara ini dan dpt menangkap penjenayah ini.semuga ruh adik ini tenang dan damai dalam rahmat Allah..

sila klik sini

MELAKA: Seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar mengaji ditemu mati di dalam semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, semalam.Mayat mangsa Aimi Hamizah Mohamad, 14, dari Taman Desa Molek ditemui sekumpulan remaja selepas bermain bola di kawasan berhampiran kira-kira jam 7 malam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintedan PR Gunarajan berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya kelmarin di Balai Polis Tiang Dua. "Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang lengkap berbaju kurung merah jambu di atas papan lapis di kawasan pembuangan sampah kira-kira 4 kilometer dari kediamannya."Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada anggota badan dan mangsa dipercayai mati dua hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula mereput," katanya ketika ditemui di lokasi.Katanya, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat yang akan dilakukan di Hospital Melaka hari ini untuk mengetahui punca kematian. "Kami menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang kemas mangsa masih ada ditubuhnya," katanya. Menurutnya kes akan diklasifikasi selepas laporan bedah siasat dierima.

TUN M @ JASA YANG TAK TERNILAI...

DI BAWAH ADALAH PERI CONTOH PEMIMPIN YANG MELAYU MAHUKAN SEMULA !

1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.

2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.

3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.

4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.

5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.

6. Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.

7. Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentality colonial  yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].

8. Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]

9. Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].

10. Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di Malaysia.

11. Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’ dan menyelesaikan isu CHOGM.

12. Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].

13. Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.

14. Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel 1998.

15. Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai 234 juta pound.

16. Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].

17. Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas beliau.

18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994].

19. Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last’ II.

20. Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.

21. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.

22. Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.

23. Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.

24. Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.

25. Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi segala-galanya.

Buat Hal Tempat Orang Pasti Kena Balun

Nah!!! Ambik nak sangat. Sebelum ni, Si Nurul Izzah ni bukan main lantang lagi mengkritik tindakan Kerajaan Singapura yang menahan 21 orang warga Malaysia.

Mereka yang ditangkap sebelum ini didapati telah melanggar undang - undang Negara Republik tersebut kerana berhimpun dan menimbulkan kekecohan.

Bagi Nurul Izzah, tindakan Kerajaan Singapura itu adalah satu tindakan yang tidak wajar. Dia mendesak agar Kerajaan Singapura membebaskan mereka yang terlibat.

Selain itu, Si Nurul Izzah juga turut mengecam Kerajaan Singapura yang bertindak menarik semula permit pekerja asing yang diberikan kepada 21 orang itu.

Sekarang, ini respon secara lansung dari Kerajaan Singapura terhadap kritikan dan bantahan yang telah dibuat oleh pemimpin macam Si Nurul Izzah ni:

PETALING JAYA: Singapura memberi amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia supaya tidak mencampuri hal ehwal negara itu berhubung isu penahanan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di republik berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, gesaan Ahli Parlimen Malaysia supaya pihak keselamatan negara itu membebaskan mereka yang ditahan dilihat sebagai campur tangan asing.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web kementerian itu, dinyatakan bahawa Singapura sentiasa mengambil pendirian yang tegas berhubung isu yang berkaitan campur tangan asing dan politik yang cuba di bawa masuk ke negaranya.

Tegas kementerian itu Singapura sentiasa mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain dan mengharapkan mendapat layanan yang sama.

Pesan buat Si Nurul Izzah ni. Adalah lebih baik dia jaga kawasan dia dulu. Jaga hal ehwal rakyat yang berada dikawasan dia sendiri.

Itu lebih berfaedah. Yang paling penting, jaga parti dia sendiri. Jangan dok nak sibuk menjaga tepi kain orang!!!

Parti sendiri pun masih tunggang langgang, lagi dia nak sibuk dalam urusan orang lain ke?

Mitos undi popular PRU13 — Zulkifli Noordin





Sekarang mari kita lihat prestasi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa pilihan raya umum sebelum PRU13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!
Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada BN. Semasa bertanding dalam PRU8, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS, Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.
Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU9 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP, Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.

Anwar tidak bertanding dalam PRU10 (1999), PRU11 (2004) dan PRU12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.
Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU12 dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding di bawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di bawah lambang PKR.
Anwar memenangi PRK itu pada Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Datuk Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU9.
Dalam PRU13, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan 3,950 berbanding PRU 2008. Dan berkurangan 11,794 undi berbanding dengan PRU9 semasa bertanding sebagai calon BN.
Apa makna semua ini?
Maknanya undi popular Anwar sendiri di kerusi tradisionalnya makin merosot. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.
Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak sah pembangkang menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!
UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT
Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Datuk Seri Najib Razak, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU10 dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.
Mengikut carta di atas, undi popular untuk Najib bagi PRU12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU11 (2004).
Dan bagi PRU13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU12 (2008)!
Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum!
SISTEM PILIHAN RAYA YANG SAMA
Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang?
Sedangkan sistem pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN. Sistem pilihan raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sistem pilihan raya yang sama yang menjunjung Anwar selama 16 tahun di dalam BN sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!
Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem pilihan raya Malaysia, mahupun SPR?
Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan sistem pilihan raya Malaysia?
ANWAR DITOLAK PAS
Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dalam kalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan.
Ini adalah jelas apabila Majlis Syura' PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU13 tempoh hari.
Malah Muktamar Agung PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!
RUMUSAN
Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang yang memenangi PRU13 dan sekali gus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.
Pertama,
Sistem pilihan raya Malaysia menggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk kerajaan.
Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.
Kedua,
Malaysia, seperti juga negara maju lain di dunia, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi.
Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.
Ketiga,
Jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU13.
Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-PAS adalah tidak munasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan simbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesama mereka di beberapa kerusi!
Keempat,
Undi popular Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum sejak terkeluar daripada BN.
Kelima,
Sistem pilihan raya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara.
Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya makin lama makin jauh!
Keenam,
Parti tunggak dan komponen terbesar pembangkang PAS sendiri menolak Anwar sebagai bala Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggirkan.
Apa yang berbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit.
Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini! Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit dan jijik ini.
Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda!
Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin di bawah BN.
Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar memang seorang pembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!
Pembohong
— Anwar berjanji akan berundur daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!
Putar belit
— Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu “undi popular” sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang menang dalam PRU13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

Tuesday 28 May 2013

ANWAR DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU????? SIASAT TERUS SIASAT!!!


Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan. 

Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ‘ikan besar’. 

Apatah lagi dengan pendedahan mengenai ‘perjanjian’ antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia. 

Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat. 

Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato’ Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya. 

Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13. 

Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato’ Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju. 

Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan. 

Keduanya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara. 

Ketegasan Dato’ Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah. 

Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ‘ikan besar’ tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi. 

Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara. 

Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ‘ikan gergasi’ ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini. 

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya. 

Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan. 

Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. 




Anwar bakal berdepan dengan dakwaan yang maha berat. Insiden Lahad Datu, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa diberitakan ada terlibat secara langsung sebagai perancang ?!!

Anwar cuba alihkan perhatian rakyat..cuba dapatkan sokongan sebanyak mana yang mungkin..untuk APA ? supaya senang bila dia di bawa ke Mahkamah..maka Anwar akan buat dan bawa lagi sekali kera-kera dan anjing-anjing dalam jagaannya untuk buat huru hara depan Mahkamah..dan Mahkamah akan buat keputusan kononnya menyebelahi beliau !!

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya. 

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara. 

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut. 

Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut. Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13. 

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara. Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'. 

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. 

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.


Baca Selanjutnya: http://apple-bru.blogspot.com/2013/05/hot-news-anwar-mencari-nyawa-dengan.html#ixzz2Uel4ty00



HINA PEMIMPIN UMNO MELAKA.....TINDAKAN BIADAP!!!!!


Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tindakan seorang bloggers yang menghina dan menuduh seorang pemimpin UMNO hanya terpana dengan kehangatan pemilihan UMNO tahun ini adalah satu langkah yang menongah arus dan songsang.. Segala butiran didalam bloggers tersebut adalah spekulasi dan andaian semata tetapi isinya telah menghina seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan seorang pengerusi perhubungan UMNO negeri.

Kenapa ianya berlaku???

Inilah faktor utama yang menyebabkan BN kalah beberapa kerusi di parlimen dan Dun pada PRU yang lepas..dia merasakan dirinya hero dan lantang bersuara tetapi tindakannnya menyiarkan keaiban pemimpin UMNO yang lain telah menampakkan siapa dirinya sebenar..

Belum ada pun sebarang pengesahan untuk pemimpin UMNO itu bertanding...cuma andian sinis yang sebenarnya bertujuang untuk menghina pemimpin tersebut dan bertujuan untuk merosakkan parti UMNO itu sendiri.. Adakah ini dikatakan sebagai pejuang siber atau hanya lebih kepada perjuangan individu..

Jika dia seorang yang bertanggung jawab hendaklah memohon maaf kepada pemimpin UMNO tersebut dan menarik balik artikel di blogspotnya yang menghasut dan boleh merosakkan pemimpin dan UMNO itu sendiri.. JK displin UMNO perlu mengambil tindakan jika tidak maka banyaklah bloggers celupar yang akan merosakkan peribadi pemimpin dan hanya meruntuhkan kredibiliti UMNO itu sendiri...

Wajarkah DS Ali Rustam dihina sehingga tidak menghurmati rakyat Melaka yang menyanjung beliau sebagai seorang Ketua Menteri yang terbaik???



diantara keceluparan bloggers ini :-


Soal yang kedua,mampukah Ali Rustam menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung sedangkan sewaktu beliau memPengerusikan Biro Latihan,semua orang tahu apa yang terjadi kepada Biro tersebut dan kita perlu tahu bahawa popularity Ali Rustam hanyalah kerana `kebaikan’nya menganugerah darjah-darjah kebesaran kepada rakan-rakannya dalam UMNO,ini dilihat oleh sesetangah pihak sebagai jalan memancing undi dan sokongan sedangkan hakikatnya andai Ali Rustam kekal bertanding di DUN baru-baru ini pun berkemungkinan besar beliau akan turut kalah.
*mempertikaikan penganugerahan darjah kebesaran negeri Melaka???

Kalaulah Ali Rustam itu dilihat hebat rasanya Ghani Othman lagi hebat daripada Ali dan tidak pernah dihukum oleh parti walaupun beliau kalah di Parlimen Gelang Patah,sekurang-kurangnya ada juga jasa Ghani Othman terhadap Johor kalau mahu dibandingkan dengan Ali Rustam yang dikatakan meninggalkan hutang hampir 450 juta sewaktu mentadbir Melaka.Apa pembangunan.yang Ali Rustam buat,itu kalau mahu dibuat perbandingan antara Ali dengan Ghani Othman.
*Fitnah kepada kerajaan negeri Melaka???

Ataupun PM Najib sedang berkira-kira untuk melantik Ali Rustam sebagai Senator,dilantik Menteri bagi menghalalkan jawatan Ketua Penerangan UMNO.Lagi sedap pembangkang menyerang PM Najib di Parlimen.PM Najib tentu tidak lupa bagaimana Mat Taib yang dilantik Senator.diberikan jawatan Menteri,menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden parti,kalah dan akhirnya menikam parti daripada belakang dengan menyertai PAS,PM Najib tidak bimbangkah akan berulang peristiawa yang sama dan kita pasti Ali Rustam masih lagi bercita-cita untuk jawatan itu?

*Menyamakan Muhamad Taib dengan Ali Rustam dan memungkinkan Ali Rustam menikam parti dari belakang???

klik sini :http://www.sanggahtokjanggut.blogspot.com/

kami warga Melaka berharap UMNO dan kerajaan Negeri Melaka mengenakan tindakan tegas kepada bloggers ini supaya tidak sewenang wenangnya menghina pemimpin UMNO apatahlagi bekas Ketua Menteri Melaka yang kita tahu telah banyak menabur jasa kepada bumi bertuah Melaka tercinta..kami warga Melaka menghurmati Tok Janggut sebagai pejuang negara dan janganlah guna nama seorang ahli sufi dalam bloggers kalau niat hanya untuk menghentam sesama bangsa Melayu dan seagama Islam kerana itu bukan amalan Tok Janggut...kalau nak jadi pejuang guna nama sendiri dan boleh tukar kepada sanggah tok jambang!!!

PETIR SAMBAR MENYAMBAR DAN GURUH BERDENTUM AIR SETEMPAYAN SUDAH DIBUANG....AKHIRNYA HUJAN TAK JADI..........

Datuk Seri Najib Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat. 

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini. 

Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. - BERNAMA 

kami amat berharap agar YAB PM akan dapat menurunkan harga kereta tanpa menaikkan mana mana cukai berkaitan kereta atau cukai kenderaan berkaitan..kerana ini juga perlu untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan hutang utk memiliki kereta.kita terpaksa menerima hakikat bahawa kenderaan menjadi keperluan utama masa kini.

tahniah..JANJI DITEPATI!!!

Monday 27 May 2013

delima anu ar....

Setelah puas menjelajah ke seluruh negara untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam "konsert Blackout505", kononnya menipu Rakyat Malaysia dan berlaku tidak adil, semalam, Ketua Umum PKR telah ke balai polis untuk membuat laporan. Sudah pastinya dengan segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan semenjak 5 May yang lepas, kita menjangkakan laporan Polis yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim kalau tidakpun setebal Kamus Dewan, sekurang-kurangnya pastilah setebal sebuah novel! Rupanya tidak. Laporan polis yang dibuat hanyalah berkaitan penipuan dakwat kekal oleh SPR!!! 

Penat sahaja Rafizi Ramli menjaja ke sana ke sini mendakwa kononnya berlaku "blackout" atau keputusan tenaga elektrik sewaktu pengiraan undi. Penat sahaja budak-budak "Red Bean Army" DAP menjaja di media sosial gambar beg kertas undi jatuh dari helikopter. Penat sahaja budak-budak cybertroopers PAS dan Cina DAP mainkan isu puluhan ribu warga Bangla keluar mengundi untuk Barisan Nasional. AKHIRNYA ... akhirnya ... Anwar Ibrahim hanya buat laporan Polis isu dakwat kekal jer!!! Macam nak maki saja rasanya!

sumber : sahabat blogger

Sunday 26 May 2013

SEJARAH MELAYU PERTAMA SINGAPURA

Presiden Melayu Pertama Singapura tinggal sejarah. Rakyatnya sudah lupa!

Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini.

Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.

Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura” yang digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said.

Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.

“Ironiknya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu ? Di mana kamu tinggal ? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat Singapura.”

Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.

Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’

Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.

Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Tuesday 21 May 2013

I.S.A? ??

Waktu Untuk BERLEMBUT Sudah Berakhir. Malang I.S.A Telah Mansuh. Wajarkah DIHIDUPKAN Semula I.S.A ?

KENYATAAN 'panas' Menteri Dalam Negeri baharu bagaikan tamparan padu ke muka kumpulan 'puak pemberontak' di negara ini yang mahu mengambil alih pentadbiran negara tanpa mengira kesannya jika berlaku perpecahan kaum mahupun perpecahan orang Melayu sendiri.

Seperti cacing kepanasan, taktik memancing simpati rakyat dirancakkan untuk menunjukkan pihak berkuasa semakin zalim terhadap mereka yang 'memperjuangkan rakyat' melalui media sosial dan blog, seterusnya menyemarakkan lagi kebencian terhadap kerajaan.

Sudah sampai masanya pasukan menteri dan kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia menamatkan dasar berlembut yang diamalkan sejak lima tahun lalu dan mengembalikan ketegasan serta imej 'berani' kepada pasukan beruniform negara.

Walaupun rakyat khususnya majoriti Melayu dan bumiputera berterusan menyokong Barisan Nasional (BN), ramai yang memendam rasa kecewa apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sementara pelbagai demonstrasi dan rusuhan cuma dibalas 'amaran' serta kenduri makan untuk peserta rusuhan.

Rakyat kini mahukan ketegasan dalam pelaksanaan dasar keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali apabila ada gerakan 'Malaysia spring' untuk menggunakan kekerasan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Perlu dilaksanakan semua undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 yang setakat ini tidak nampak impaknya, agar pesalah dilayan sebagai penjenayah dan rakyat tidak lagi dibelenggu provokasi melampau politik jalanan.

Wednesday 15 May 2013

ANAK MUDA DICABAR...

Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar golongan muda untuk keluar dari zon selesa dengan mencabar diri melakukan sesuatu yang boleh membanggakan diri dan negara. Beliau berkata, ini adalah untuk memastikan negara terus berdaya saing dan wujudnya sifat semangat untuk mencuba di kalangan orang muda yang seharusnya aktif dalam kehidupan seharian mereka.Perdana Menteri turut menambah, kejayaan negara bergantung kepada daya saing dan semangat untuk mencuba di kalangan rakyat, khasnya dalam melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan orang lain.Sambil menyifatkan kejayaan Kapten James Anthony Tan menempatkan nama dalam World Guinness Book of Records setelah menamatkan misi penerbangan solo mengelilingi dunia dalam tempoh 48 hari sebagai membanggakan negara, beliau percaya kejayaan itu mampu memberi inspirasi kepada generasi belia untuk melakukan perkara serupa demi negara.Beliau yang dilihat sangat berbangga dengan pencapaian itu di usia 21 tahun, Datuk Seri Najib menyifatkan Kapten James telah melakukan perkara yang membanggakan negara dan yakin misi itu bukan semata-mata untuk dirinya tetapi dilakukan untuk Malaysia.Oleh yang demikian, PM berharap lebih ramai orang muda rasa tercabar seterusnya mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan untuk kebaikan diri dan negara.Najib berkata kejayaan beberapa individu dari kalangan belia seperti Datuk Nicol David, Datuk Malik Mydin dan Muhammad Muqarrabin mencatat rekod dunia perlu dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan mereka.Negara punyai ramai individu yang boleh dijadikan idola untuk menginspirasikan diri melakukan sesuatu yang berbeza, dan kejayaan Kapten James menambahkan lagi bilangan mereka yang boleh dijadikan teladan.Ini sebagai satu cabaran baru untuk anak muda di luar sana khususnya bagi mereka yang terlalu taksub dengan politik pembangkang untuk mencuba sesuatu yang lebih bermanfaat dan dapat mengharumkan nama dan negara.Berdasarkan pemerhatian, tidak ramai anak muda sekarang yang gemar mencara diri mereka  dengan perkara yang mampu mendatangkan kelebihan kepada diri mereka sebaliknya lebih gemar melakukan sesuatu yang tidak pasti. Daripada apa yang diperlihatkan, kerajaaan banyak membantu dari segi sokongan moral dan fizikal kepada anak muda untuk mencabar diri mereka kepada sesuatu yang lebih baik.Ini dilihat jauh lebih baik berbanding dengan mereka yang gemar berhimpun dan berdemonstrasi yang tidak-tidak dan memperjuangkan perjuangan yang tidak pasti. Jadi anak muda, cabarlah diri anda dnegan aktiviti yang lebih berfaedah dan menguntungkan berbanding berkhemah di Dataran Merdeka untuk tuntut perkara yang tidak-tidak.

LANGSUIR PUN MENGUNDI...BANGLA PEKERJA BINAAN AH CHONG PUN MENGUNDI??

salam perjuangan
walaupun pru sudah berlalu dan memberi mandat kepada BN utk mentadbir negara dgn 133 kerusi di parlimen namun pelbagai isu yang palsu dan fitnah kian berlegar legar dikalangan orang pr yg nyata kecewa gagal dlm menakluk putrajaya..walau berjuta RM dan pelbagai benda telah dikorbankan termasuklah ketuanan melayu..hak melayu..kalimah Allah jua menjadi taruhan namun masih belum berjaya menumbangkan kerajaan BN yg masih lagi diterima rakyat...
BN kekal menjadi bahtera yg utuh menerajui negara walaupun hebat dilanda badai namun kecekalan dan kesetiaan pemimpin dan ahli pada parti tidak boleh dipwrtikaikan apatah lagi UMNO menjadi tunjang kpd kekuatan dan kekebalan BN itu dari serangan PR durjana..
Isu pengundi hantu, gangguan bekalan elektrik dan bermacam-macam lagi fitnah disebarkan oleh penyokong PR di serata media sosial. Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai semua finah & penipuan tanpa usul periksa. Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN menang tipis dan tewas undi popular? Walaupun isu gangguan elektrik telah dinafikan oleh ramai penyokong serta wartawan pro-PR, ramai lagi yang masih percaya. Taktik Anwar menggunakan penipuan telah menjangkiti penyokong-penyokong PR. Pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13. Kenapa Anwar dan PR masih kecoh? Jelaslah perjuangan Anwar hanya untuk jadi PM. Beliau pernah janji untuk bersara jika gagal jadi PM. Sekali lagi penipu besar ini memungkari janji sendiri.
Kita bersama rakyat malaysia walaupun pada pru yg lepas mengundi PR sekalipun kita masih lagi inginkan keamanan dan kestabilan di negara kita...segala kehendak rakyat telah diterjemahkan dalam pru dan keputusan ini harus diterima oleh rakyat jelata sedangkan DAP dan PAS juga KHALID IBRAHIM telah mengangkat sumpah selaku menteri besar di pulau pinang kelantan dan selangor...
mereka telah mengiktiraf kemenangan masing masing...tp anwar..apa lagi yang dia mahu????

PRU13 SANGAT KREDIBEL DAN TELUS

Dalam laporan mereka tentang PRU13, CEO Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) Wan Saiful menggesa rakyat Malaysia menerima keputusan PRU13. Presiden CPPS Ramon Navaratnam pula berkata keputusan PRU13 sangat kredibel memandangkan tiada sebarang bukti penipuan yang ditemui. Beliau menambah bahawa keputusan PRU13 menggambarkan kemahuan rakyat. Isu-isu yang ditimbulkan terlalu kecil untuk mengubah keputusan PRU13. Sebarang isu yang ditimbulkan telah diselesaikan oleh pegawai-pegawai SPR. Secara keseluruhan, PRU13 telah berjalan dengan lancar dan saksama. Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap kerajaan berkata bahawa pemantauan Ideas tidak menjelaskan perjalanan PRU13 secara keseluruhan. Tuduhan bahawa BN menyemarakkan api perkauman tidak benar sama sekali memandangkan penyokong PR yang bertindak menghalang beberapa orang rakyat Malaysia yang kelihatan seperti rakyat Bangladesh untuk membuang undi. Isu tiada kebebasan media juga tidak tepat kerana media di negara ini juga termasuk media internet yang mempunyai lebih ramai pembaca daripada media cetak arus perdana. Sebagai contoh, pada 5 Mei 2013 MalaysiaKini telah menerima kunjungan seramai 4.3 juta pembaca, manakala gabungan pembaca dua akhbar Inggeris terbesar negara hanyalah sekitar 500,000 sahaja. Ideas juga membangkitkan isu Undi Elektorat sedangkan ia telah diamalkan sekian lama di Malaysia dan juga negara-negara lain termasuk AS dan UK.

80% MAHU ANWAR????

Kajiselidik: Hampir 80% rakyat Malaysia mahu Anwar bersara dari politik.

Kajiselidik majalah The Edge mendapati 76.29% rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menepati janji dan berundur dari politik setelah gagal ke Putrajaya. Majoriti rakyat Malaysia sudah mula bosan dengan politik jalanan Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia harus kembali bersatu dan bersama memajukan negara, bukannya menunjuk perasaan di jalanan.

Cadangan Untuk Twitter sahaja, hashtag #GE13 #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM
Sila ambil bahagian dalam kajiselidik di bawah dengan menjawab “Yes he should call it quits as he has made this pledge.”

10 AKU JANJI KHALID SELANGOR

Tercatat dalam sejarah moden Selangor, seorang Menteri Besar melafazkan 10 AKU JANJI sambil memegang sebatang tombak di hadapan DYMM Sultan Selangor.

Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor tanpa kehadiran ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP.

Dengan kata-kata lain, ADUN-ADUN Pakatan telah memboikot upacara tersebut.

Dan mereka akan lebih berbulu terutama sekali dari DAP apabila mengetahui sumpah AKU JANJI yang dilafazkan oleh Khalid Ibrahim.

Antara yang telah dibuat AKU JANJI oleh Khalid Ibrahim ialah akan memastikan dia selaku Menteri Besar Selangor akan menjunjung tinggi prinsip-prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negeri, mematuhi kedaulatan Institusi Raja dan mempertahannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawa, amanah, jujur dan ikhlas.

Pada penggal lalu, Khalid Ibrahim telah terlibat dalam banyak kes-kes kontroversi termasuklah kes memurtadkan umat Islam pada awal bulan Ramadhan ang kemudian dibela bersungguh-sungguh oleh para wakil rakyat Pakatan termasuklah Teresa Kok, Ronnie Liu, Xavier Jeyakumar dan sebagainya.

Kes tersebut membawa kepada campurtangan DYMM Sultan Selangor. Meskipun kes tersebut tidak berjaya diselesaikan, tetapi setidak-tidaknya ia memperlahankan keaktifan para pemurtad daripada memurtadkan lebih ramai umat Islam secara terang-terangan.

Disebabkan sakit hati, para pemimpin dan pecacai Pakatan Rakyat turut mempersoalkan keberadaan DYMM Sultan Selangor.

Malah para pecacai Pakatan secara terang-terangan telah menghina Sultan Selangor menerusi media-media sosial kerana tidak berpuas hati apabila, usaha memurtadkan umat Islam, telah berjaya dikekang dan dihalang.

Semalam, Khalid Ibrahim melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Menteri-Menteri Besar Selangor yang lain. Dia perlu memegang sebilah tombak dan melafazkan 10 AKU JANJI.

Selesai sahaja majlis tersebut, dalam sidang medianya, Khalid Ibrahim menyatakan perkara pertama yang akan dilakukannya adalah PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR BERSIH di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dan pada masa yang sama, dia juga turut menyatakan bahawa usaha-usaha tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin bagi meneruskan Projek Loji Sungai Langat 2 yang sudah tertangguh selama beberapa tahun.

Kita tidak akan menunggu lebih lama untuk melihat Khalid Ibrahim melanggar satu persatu AKU JANJI yang dibuatnya itu, terutama apabila dia mulai diasak oleh para pemimpin DAP dan rakan-rakannya dalam PKR.