Thursday 6 June 2013

Dari kenyataan media SPR


Dari kenyataan media SPR bertarikh pada 6hb Mei 2013, maklumat-maklumat yang kita boleh proses ialah:-
PEMILIH BERDAFTAR.
Jumlah Pemilih berdaftar pada PRU13 ialah seramai 13,268,002 orang.
Yang keluar mengundi:-
Dewan Rakyat, 222 kerusi, seramai 11, 257,147 (84.84%)
Dewan Undangan Negeri, 505 kerusi - DUN Sarawak baru lepas PRN, seramai 9,742,254 orang (85.82%)
Ini menunjukkan bahawa setiap seorang pemilih mempunyai Kuasa Dua Undi, satu undi kepada Dewan Rakyat dan satu lagi kepada Dewan Undangan Negeri.
Pada PRU13 ada tiga jenis Pemilih Berdaftar:-
Pengundi Biasa seramai 12,885,434 orang;
Pengundi Pos seramai 146,742 orang;
Pengundi Awal seramai 235,826 orang.
Kita perlu peka mengenai undi Dewan Undangan Negeri. Kerena kerusi DUN Sarawak sudah dipertandingkan pada PRK Sarawak lalu.
Bermakna pengundi di Sarawak hanya mengundi untuk Dewan Rakyat. Kerana itulah ada perbezaan di antara jumlah yang mengundi untuk Dewan Rakyat dengan yang mengundi untuk Dewan Undangan Negeri.
Justeru itu, sukar untuk membuat sebarang perbandingan terbaik di antara parti-parti politik yang bertanding. Kemenangan hanya boleh di lihat kepada penguasaan dan jumlah kerusi yang dimenangi dan bukan undi popular.
Pada PRU13 kali ini, PAS dan PKR banyak kerugian berbanding DAP.
Dalam 89 orang ahli Parlimen DAP-PKR-PAS, hanya 41 orang sahaja Melayu-Islam berbanding dengan 122 orang Melayu Islam dalam BN.
Seramai 48 orang (39 org Cina dan 9 org india) berdominasi mengatasi ahli Parlimen Melayu Islam dalam DAP-PKR-PAS.
Padan muka penyokong PAS PKR dipermainkan oleh cinabeng dan pariah sosialis DAP -PKR.
Bukan itu sahaja, Cina Malaysia merupakan 30% dari jumlah pengundi. Sedangkan berbanding dengan peratusan penduduk, Cina Malaysia hanyalah 24% sahaja.
Ini kerana masih ada sebilangan besar Melayu yang masih lewa mendaftar sebagai pemilih.
Ini memberikan kerugian besar kepada pengaruh dan dominasi pengundi Melayu. Oleh itu, orang Melayu mestilah mendaftar sebagai pemilih. Ini mampu mengekang kemaraan Politik Cauvinistik tajaan DAP.
Kesatuan undi Melayu-India-Etnik Lain-Orang Asli-BP Pribumi Sabah & Sarawak, mampu menyedarkan kembali pengundi Cina Malaysia, agar kembali waras berfikir dan bertindak.

Prof Dr. Teo Kok Seong Kecam Sikap Melampau Chauvanis Dong Zong

Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.
 Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.
 Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina. Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar. "Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini.
Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini. "Kalau pergi Indonesia, orang Cina kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada, Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina, pergi ke sekolah Cina dan merayakan apa-apa sahaja perayaan," katanya. Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.  
Sementara itu, Kok Seong berkata, pelantikan dua anggota Kabinet, Senator Datuk Paul Low dan Datuk Mary Yap Kain Ching hanya kerana tidak fasih bahasa Mandarin tidak wajar dipertikai kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. "Masyarakat Cina cakap mereka ini tidak layak jadi pemimpin mereka, sampai tahap itu sekali. Malah, masyarakat Cina walaupun setelah 55 tahun merdeka, ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu. "Apakah ceramah perlu disampaikan dalam bahasa Cina (Mandarin). Kita ada bahasa sendiri (kebangsaan).
Sepatutnya perkara ini tidak timbul kerana pemimpin tidak perlu fasih dalam bahasa Cina hanya kerana hendak berkomunikasi dengan mereka," katanya. Sementara itu, katanya, penyatuan nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bertepatan dengan keadaan masa kini. Tambah beliau, kaedah terbaik menyelesaikan masalah perpaduan itu ialah dengan mewujudkan Sekolah Wawasan. "Sistem persekolahan sekarang telah memecah-belahkan anak-anak bangsa pada usia muda. Jadi kita kena fikirkan cara selesaikan masalah ini. "Saya rasa Sekolah Wawasan adalah jalan terbaik. Kita bina sekolah tiga aliran ini sebelah menyebelah supaya akhirnya akan mempertingkat integrasi antara pelajar," katanya.

sumber : Keris Pusaka at 10:11 AM

Wednesday 5 June 2013

SALAM ISRAK MIKRAJ

Assallammualaikum dan salam perjuangan...

Salam israk mikraj......

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.

Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah. 

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun kata-kata Sahabat yang Sahih. 

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal.

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha). 

Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra’ ayat yang pertama maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimanakah baginda dapat memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Sedangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam.

Begitu pun Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jahal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya. Malah, mereka yang lemah imannya juga mendustakan Rasulullah s.a.w. Namun, dalam masa yang sama, mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut, memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.

Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.

Maka, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.

Kita juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat kerja, di sekolah dan di rumah, membawa kesejahteraan bagi orang di sekeliling kita. Sesungguhnya, orang Islam yang baik adalah juga rakyat, pekerja, majikan, pelajar dan ahli keluarga yang baik.

Di dalam perjalanan yang begitu istimewa ini, terlalu banyak yang dilihat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan begitu banyak pelajaran yang dapat kita peroleh. Antara pelajaran yang harus kita renungkan bersama adalah manusia harus sentiasa memerhatikan hubungannya dengan Allah, dan sentiasa menilai kembali dan berusaha memperelokkan hubungan tersebut.

Hubungan dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.

Menyingkap kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelum terjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.

Caranya ialah kita sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah dan melupakan Allah pada waktu senang.

Kehidupan kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.

Namun, semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6., Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.

Seperti yang ditunjukkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nya yang tercinta, bahawa Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yang ikhlas dan benar berjuang keseorangan. Ia akan dibantu Allah s.w.t. Ia akan diberikan kegembiraan oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat dan kedudukannya.

Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.

Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.

Nabi, juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.

Selain itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.

Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.

Tuesday 4 June 2013

TINGKATKAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI

salam..
tatkala kita bergembira dan berjuang kita juga bersedih ketika membaca artikel atau berita tentang kematian 3 beranak dek kemalangan jalan raya..
saya berharap agar kita sama sama tingkatkan keselamatan diri dan keluarga juga org yang menggunakan jalanraya..
pandu cermat jiwa selamat!!!

Selasa Jun 4, 2013
Suami Isteri & Anak Maut Dalam Kemalangan Ngeri di Bukit MertajamBUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri dan anak mereka berusia tiga tahun maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Bukit Teh, di sini malam Isnin.Dalam kejadian pada pukul 9.40 malam itu, Hasmizam Yahya, 36, Yusniza Abdul Rahman, 31, dan anak mereka Nurul Huda, 3, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata seorang lagi anak pasangan itu dikenali sebagai Hawa berusia empat tahun yang turut menaiki motosikal berkenaan selamat dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.Katanya, Hawa mengalami patah tulang bahu, tulang belakang dan tulang punggung serta luka di beberapa bahagian badan. "Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang Hasmizam dalam perjalanan ke sebuah kampung berhampiran dilanggar sebuah kenderaan lain sebelum beliau dan tiga penunggang lain terpelanting ke jalan bertentangan."Sebuah kereta jenis Proton Saga yang melalui jalan bertentangan merempuh motosikal dan empat mangsa berkenaan sebelum menyeret keluarga berkenaan beberapa meter," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.Azman berkata akibat pergeseran antara motosikal dan kereta berkenaan berlaku kebakaran sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan hangus terbakar.Hasmizam yang bekerja sebagai pemandu lori terbakar, manakala isteri yang bekerja di sebuah kilang di sini dan anaknya maut berikutan kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.Beliau berkata pemandu kereta proton saga yang datang dari arah Simpang Ampat Tasek sempat menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan."Mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam, di sini untuk bedah siasat," katanya. Azman berkata orang ramai yang melihat kejadian itu atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan berkenaan diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.Sementara itu, mayat tiga beranak berkenaan telah dituntut oleh anggota keluarga dan jenazah mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Janggus Cheruk Tokkun di sini. -BERNAMA

Sunday 2 June 2013

NURUL IZZAH BEBAL???

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.
   
Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan.

"Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.
   
"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.
   
"Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.
   
"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan.
   
"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.
   
"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?
   
"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya.

MEMORANDUM SEKRETARIAT MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA ISLAM DIDEDAHKAN !!!


Berikut adalah Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan berhubung isu penyalahgunaan nama “Allah” yang telah diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bersempena Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-231 yang telah diadakan pada 27 Februari 2013 untuk penelitian dan titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat terkini kes nama “Allah’ di peringkat Mahkamah Rayuan,sila baca di sini. 

Memorandum 

Dengan penuh hormat dan takzimnya,Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan (SEKRETARIAT),merafak sembah dan memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk meneliti dan seterusnya mengampun perkenan titah ke atas Memorandum berhubung perkembangan terkini berkaitan isu penyalahgunaan nama suci ‘Allah’.

Memorandum ini telah dizahirkan akibat kegusaran dan kekhuatiran umat Islam yang terbit dari perkembangan mutakhir, di mana kesucian nama ‘Allah’,sebagaimana terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Negeri-negeri serta kuasa-kuasa mutlak Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam, boleh dan telahpun tercemar.

Memorandum ini adalah ikhtiar terdesak SEKRETARIAT yang mewakili pelbagai lapisan umat Islam,khususnya Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, gagasan individu Melayu dan Muslim terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan yang berkongsi keprihatinan yang sama.

Justeru, DYMM Raja-Raja Melayu yang telah bersumpah Syar`iy dengan melafazkan “Wallahi,Wabillahi, Watallahi” untuk “memelihara pada setiap masa Agama Islam” dirayu untuk meneliti dan mengeluarkan titah ke atas keadaan yang amat membimbangkan ini. 

Keprihatinan SEKRETARIAT 

SEKRETARIAT prihatin dan gusar melihat usaha-usaha sesetengah pihak untuk menyalahgunakan nama suci Allah yang seterusnya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakmasyarakat Muslim khususnya orang Melayu yang sememangnya sangat komited dalam memelihara kesucian agama Islam terutamanya nama suci Allah, dan juga penganut Islam daripada keturunan lain.

Konsep ketuhanan berasaskan mentauhidkan ‘Allah’ yang dianuti oleh masyarakat Muslim di dalam realiti Malaysia dan konteks Muslim dan tradisi, kebudayaan dan sejarah Melayu di Malaysia,ialah Allah dalam ertikata agama tauhid,bercanggah dengan konsep Tuhan Triniti sebagaimana yang difahami oleh penganut agama Kristian 

Perkembangan Mutakhir 

Sebagai makluman Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu,mutakhir ini telah berlaku suatu lagi penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu, khususnya terhadap DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima surat daripada sebuah firma guaman, Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co. bertarikh 10 Januari 2013 berhubung beberapa aspek mengenai larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam seperti yang dititah DYMM Sultan Selangor.

Surat tersebut antara lain menyifatkan kenyataan MAIS tersebut sebagai bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memo dalaman daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertarikh 8 April 2011.

SEKRETARIAT,mewakili sentimen umat Islam amnya, merasa amat kesal kerana tindakan ini yang bersifat mempertikaikan kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor Darul Ehsan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. 

SEKRETARIAT berpendirian bahawa titah DYMM Sultan Selangor berhubung larangan penggunaan nama Allah adalah dibuat selaras dengan kuasa Baginda dan mengikut peruntukan dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang masih berkuat kuasa sejak ia diwartakan pada 7 Julai 1988.

Di negeri Selangor, Seksyen 9, enakmen berkenaan yang diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan,secara jelas melarang nama Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

Susulan perkembangan mutakhir tersebut, SEKRETARIAT menyembah kepada DYMM Raja-Raja Melayu perasaan prihatin dan khuatir yang amat sangat dengan sikap pihak-pihak yang masih berdegil mengambil tindakan-tindakan yang menghakis kedaulatan agama Islam.

Ini termasuklah mencetak dan menerbitkan bible di dalam bahasa melayu serta mengedarkan bible seumpama itu kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang dan memanipulasi isu penyalahgunaan nama suci Allah.

Sedangkan kedudukan undang-undang setakat ini masih bersifat status quo, kerana kes-kes mahkamah dalam isu ini masih belum dimuktamadkan.

Berikut adalah sedikit ringkasan kes-kes tersebut :  

i) MENTERI DALAM NEGERI & 1 LAGI v TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR: MRRS No. W-01-1-2010 

Berikutan daripada keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 terhadap permohonan Semakan Kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan bagi pihak Perayu-perayu di Mahkamah Rayuan pada 4 Januari 2010 dan telah memfailkan Rekod Rayuan pada 25 Februari 2010.Pada masa ini, tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 6 Januari 2010,YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Peguam Negara Malaysia untuk menggantung pelaksanaan dan prosiding seterusnya berhubung dengan keseluruhan keputusan YA Hakim tersebut sehingga rayuan Perayu-perayu di Mahkamah Rayuan dilupuskan dengan muktamad. 

ii) JILL IRELAND BINTI LAWRENCE BILL v MENTERI BAGI KESELAMATAN DALAM NEGERI & 1 LAGI; MTKL SEMAKAN KEHAKIMAN No. R492-25-256-2008 

Permohonan Pemohon untuk mendapatkan kebenaran (leave application) untuk memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dibenarkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi pada 4 Mei 2009.

Setakat ini,YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masih belum mendengar permohonan substantif bagi Semakan Kehakiman ini.

Kes ini masih di peringkat Pengurusan Kes.

Tarikh sebutan Pengurusan Kes yang akan datang ialah pada 28 Februari 2013.

SEKRETARIAT berpandangan bahawa apapun keputusan akhir mahkamah dalam kes-kes di atas, ia perlu dibataskan kepada fakta-fakta khusus kes-kes tersebut.

Ia tidak boleh difahami sebagai mengurangi kesan dan skop peruntukan-peruntukan yang sedia ada berkaitan dengan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan serta mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa terutamanya Enakmen-enakmen Negeri berkaitan Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Penganut Islam.

Peruntukan Enakmen-enakmen ini jelas menyatakan bahawa sesetengah perkataan termasuk nama suci ‘Allah’ adalah khusus untuk kegunaan Agama Islam.

Enakmen-enakmen ini adalah undang-undang yang sah serta perlu dikuatkuasakan dengan lebih bersungguh-sungguh.