Saturday, 30 November 2013

Ustaz Kazim Elias dimaki macai dan anjing oleh Melayu PR!!

Ustaz Kazim Elias dimaki macai dan anjing oleh Melayu PR!!

1.Kesian Ustaz Kazim Elias sebab dimaki oleh Melayu Pembangkang dengan gelaran macai dan anjing. Nampaknya bukan Umno yang menjauhi golongan agamawan, apabila Umno cuba menunjukkan perubahan, golongan Melayu Zuhud dan Melayu Urban inilah paling kuat menentang daripada mana mana golongan agamawan berada didalam Umno.

2.Bagi Melayu Zuhud dan Melayu Urban, golongan agamawan hanya menjadi hak mutlak untuk pembangkang sahaja seperti Uztaz Azhar Idrus dan lain lain. Tapi jika ada agamawan yang mahu bersama Umno, ianya akan dikeji oleh golongan Melayu Pembangkang dengan gelarai macai, anjing dan munafik.

3.Demi agama bangsa dan negara adalah molek diangkat orang yang berani menegur pemimpin dalam hal pertakbiran negara yg bersandarkan pada agama Islam. Ustaz Kazim memang layak kerana selama ini beliau sentiasa memberi teguran dan pandangan ikhlas beliau kepada pemimpin termasuk pemimpin pembangkang.

Cuba cabaran kali ini lebih berat kerana pasti pihak pembangkang akan mula membuat serangan fitnah terhadap beliau.

Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada Ustaz Kazim.

Biar manusia manusia ini menghina, mencari keredhaan Allah adalah lebih baik.

Wallahualam.

Wednesday, 27 November 2013

7 SIFAT CINA MALAYSIA YANG PERLU MELAYU HATI HATI

BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:

Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. 

Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:


1. Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. 

Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

2. Keangkuhan orang cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. 

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3. Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. 

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4. Penghinaan orang cina:

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. 

Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5. Sikap negatif orang cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. 

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6. Isu Tuan Rumah:

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat.l Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. 

Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:

"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. 

Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. 

Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata"

(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

Monday, 25 November 2013

AL ARQAM KEMBALI DI PUTRAJAYA???


PUTRAJAYA 24 Nov. - Satu kumpulan serpihan ajaran sesat Al-Arqam dikesan sedang bergiat aktif di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini dengan menjadikan beberapa tempat sebagai lokasi pertemuan untuk mengembangkan semula ajaran itu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kegiatan tersebut yang dikesan sejak beberapa bulan lalu menyasarkan penduduk di sekitar kawasan itu bagi mengembangkan pengaruh mereka.

"Kita mendapat maklumat terdapat saki-baki pengikut kumpulan Al-Arqam menggunakan dua tempat iaitu masing-masing di sebuah klinik dan surau di Putrajaya untuk membawa ajaran ini.
"Pihak kami telah memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memantau ajaran ini daripada menular," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis khatan beramai-ramai di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 140 kanak-kanak sekitar Putrajaya dikhatankan menggunakan kaedah Smart Klamp menerusi tajaan UMNO Bahagian Putrajaya.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya meminta semua penduduk supaya berhati-hati dengan helah yang digunakan pengikut ajaran tersebut terutama mengenakan caj yang murah ketika mendapatkan rawatan.

Katanya, pihaknya bimbang caj murah yang dikenakan di klinik tersebut akan menyebabkan orang ramai terpedaya dan mengikut ajaran itu.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, beliau telah meminta pertimbangan Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara untuk menghentikan penggunaan perkhidmatan pembekal pengawal keselamatan di bangunan kerajaan di sini.

Katanya, pihaknya mencadangkan supaya tugas itu digantikan oleh polis bantuan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan dan banyak rahsia kerajaan yang terdapat di sini. Lebih berbahaya apabila ada pengawal keselamatan ini mempunyai kunci pendua yang boleh masuk ke pejabat menteri dan ketua setiausaha kementerian.
"Jadi saya minta setiap kementerian mengambil alih tugas ini dengan melantik dan melatih polis bantuan," katanya.

Mengenai isu pelaksanaan kadar baharu cukai pintu, beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan beberapa pihak esok bagi membincangkan dan mengemukakan cadangan baharu untuk menangani isu tersebut.
"Semua pihak diminta tidak risau dengan cadangan pelaksanaan ini kerana kita akan membincangkan kaedah baharu menyelesaikan isu ini dengan mengkaji pelbagai pilihan yang ada agar rakyat tidak terbeban," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131125/dn_18/Al-Arqam-kembali-di-Putrajaya#ixzz2lhxgkIrL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 10 November 2013

Ketua Pegawai Penguat Kuasa di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak


KUANTAN 10 Nov. - Ketua Pegawai Penguat Kuasa di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu mengakibatkan mangsa yang berusia 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di dada kanan dan kerongkong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, sebelum kejadian mangsa sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan anaknya.
"Siasatan awal mendapati sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum seorang lelaki memakai jubah hitam serta berkopiah putih berumur lingkungan 50-an keluar dan memanggilnya.
"Sebaik sahaja mangsa menghampiri suspek, seorang lagi suspek berumur lingkungan 30-an dari tempat duduk belakang tiba-tiba meluru keluar dari kereta lalu melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Dua daripada tembakan itu mengenai mangsa mengakibatkan pegawai itu mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia di tempat letak kereta rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu habis-habisan suspek yang menembak mati Allahyarham Ahmad Raffli.
Dalam kenyataan beliau menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Khalid memberitahu polis akan berusaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab dalam kes itu.
"Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada waris Ustaz Raffli di Kuantan. Kami akan jejak pembunuh ini. Insya-Allah," kata beliau.
Allahyarham merupakan seorang pegawai penguat kuasa agama yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini.
Pada 28 September lalu, Allahyarham yang mengetuai serbuan Bahagian Penguat Kuasa JAIP menahan seorang imam berusia 64 tahun dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah.
Menurut Zakaria, polis percaya kejadian itu bermotifkan bunuh kerana berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang dari satu minit.
"Kita percaya suspek berlegar-legar di kawasan perumahan mangsa beberapa kali sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa.
"Bagaimanapun kita masih menyiasat motif kejadian itu sama ada berkaitan dengan tugas mangsa sebagai ketua penguat kuasa," katanya.
Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_02/Ketua-Penguat-Kuasa-JAIP-ditembak#ixzz2kJMSD0s1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TAHNIAH P.D.R.M


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Genap 19 hari pemburuan pasukan polis terhadap pengawal keselamatan yang membunuh seorang pengawai operasi AmBank di Subang Jaya, Selangor pada 23 Oktober lalu, suspek warga Indonesia itu akhirnya berjaya ditangkap hari ini.
Suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, ditangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pukul 7 pagi ini.
Difahamkan suspek tidak menetap di kampung itu sebaliknya sering berpindah-randah di beberapa rumah termasuk di premis kosong untuk dijadikan tempat persembunyian bagi mengelak aktivitinya dikesan polis dan orang ramai.
Suspek juga dipercayai sukar untuk mendapatkan bantuan saudara dan rakannya untuk keluar dari negara ini berikutan pemantauan ketat pihak berkuasa.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wang rompakan RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu ditemukan semula. Polis sebelum ini merampas wang berjumlah RM20,000 selepas menahan tiga suspek termasuk isterinya.
Ketua Polis Negara. Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan syabas kepada pasukan Op Cantas Khas yang berjaya menahan suspek serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia membantu polis.
“Syabas, pasukan Op Cantas Bukit Aman telah berjaya tangkap pembunuh dan perompak kejam AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM," katanya dalam laman Twitter rasminya hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, lelaki yang ditahan dalam serbuan oleh pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu merupakan suspek utama dalam kejadian samun AmBank, bulan lalu.
“Dengan penahanan ini kita anggap kes tersebut berjaya diselesaikan. Malah polis merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama serta keprihatinan yang diberikan sepanjang siasatan kes berlangsung," katanya.
Pembunuhan kejam Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, yang ditembak dari jarak dekat oleh seorang pengawal keselamatan di AmBank cawangan Subang Jaya menggemparkan negara.
Mangsa yang ketika itu berada di dalam bilik kebal bank bersama seorang kakitangan wanita ditembak dengan pump gun.
Suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan kemudian disahkan sebagai warga asing dan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan itu.
Jenayah yang dilakukan suspek kemudian membawa kepada pembongkaran aktiviti sebilangan warga asing khususnya dari Indonesia dan Filipina yang menyamar sebagai rakyat Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 November ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nazri Omran pada pukul 4.40 petang di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, sebaik sahaja suspek tiba dari Kota Tinggi diiringi sepasukan pegawai Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor menaiki empat buah kenderaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_01/Suspek-tembak-Norazita-ditahan#ixzz2kJCuJbyR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes AmBank: Seorang lagi suspek warga Indonesia diburu

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Polis memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu.
Suspek yang dikenali sebagai Joemar, warga Indonesia itu dipercayai bertanggungjawab merancang dan bersubahabat dengan suspek utama kes berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek kini sedang diburu hasil siasatan terhadap suspek yang ditangkap di Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_13/Kes-AmBank-Seorang-lagi-suspek-warga-Indonesia-diburu#ixzz2kJBTM6Jj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 5 November 2013

Analisa: BN Tempangkan PAS Di Sg Limau


Keputusan Pilihanraya N20 Sg Limau sudah pun diketahui umum. Jangkaan PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut telah pun dijangka.

PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN memperoleh 10,985 undi. Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.

Walau bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sg Limau. PAS dan Pakatan Rakyat telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sg Limau.

PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.

Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau.

Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu. 

Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim.

Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat.

Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah. 

Antara faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi.

Antara faktor lain yang menyebabkan kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar. Pengundi luar yang pulang mengundi amat rendah. Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja.

Selain itu, tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang mengundi.

Menurut penganalisis politik, faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu, hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS.

Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS. 

Isu ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan & Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS. Kemerosotan jumlah keluar pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji manis Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.

Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.

Secara moralnya Barisan Nasional telah berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau. PAS hanya memenangi 9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu.

Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan. Kesimpulannya, laungan Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu kuatnya.