Tuesday, 21 January 2014

LAPORAN POLIS DAP??

Cuba kaitkan kes guru dipaksa buka tudung, DAP buat laporan polis

Posted on January 20, 2014 by admin

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI: DAP Johor semalam membuat laporan polis berhubung cubaan jahat seorang blogger yang cuba mengaitkan DAP dengan isu guru mualaf Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya, Bukit Tinggi yang dipaksa membuka tudung baru-baru ini.

Artikel blogger bernama Azmy Awang Kelana Jaya itu bertajuk ‘DAP makin kuat di Johor, Islam makin dipijak: Guru mualaf dipaksa buka tudung diterbitkan di laman http://azmyawangklanajaya.blogspot.com 17 Januari lalu.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, pihak polis diharap dapat mengambil tindakan secepat mungkin kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat berbilang kaum di Johor.

“Isi artikel itu tiada kaitan dengan tajuk yang diguna. Ia berniat jahat dan menghasut, serta cuba bangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, dipaksa membuka tudung oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Nan Ya, Pang Ah Nganng, 72, jika ingin terus mengajar di sana.

Peristiwa itu mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk DAP yang menggesa Pang meminta maaf segera kepada guru itu.

17 Januari lalu, Pang bersama guru besar, Chiew Swee Tuan memohon maaf secara terbuka kepada Choi di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi.

Kata Dyana lagi, laporan itu juga dibuat demi membersihkan DAP yang sering dituduh sebagai dalang perkauman oleh musuh politiknya.

“DAP dan Pakatan Rakyat secara jelas bukan parti berdasarkan kaum, tidak pernah bersikap perkauman dan berjuang untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau mengimbas kembali kes Hajah Halimatusaadiah Bt Kamaruddin lawan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 1994, selepas beliau diberhentikan kerja kerana memakai purdah, dan dianggap melanggar pekeliling yang melarangnya.

“Hajah Halimatussadiah yang menjadi kerani di Perak State Legal Department diberhentikan kerja. Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mewakili beliau dalam kes itu.

“Sudah jelas DAP sentiasa menegakkan hak kebebasan beragama bagi semua rakyat, seiring dengan jaminan dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Laporan itu dibuat beliau bersama-sama Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; ADUN Senai, Wong Shu Qi dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Johor, Mazlan Aliman.

Bukan cubaan pertama

Dalam pada itu, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan berkata, ia bukan kali pertama percubaan menyalahkan DAP dalam isu perkauman di Johor.

“Pertengahan tahun lalu, apabila seorang guru berbangsa Cina mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, ‘banner’ bertulis ‘DAP Johor Sokong Cikgu Poh, Melayu Bodoh Pukimak’ digantung di beberapa tempat.

“Jelas, DAP menjadi sasaran mudah UMNO. Taktik sama pasti akan diulang pada masa akan datang untuk mengalihkan perhatian daripada ketidakmampuan UMNO menyelesaikan masalah rakyat, seperti kenaikan harga barang,” katanya lagi. -Roketkini.com

http://www.roketkini.com/2014/01/20/cuba-kaitkan-kes-guru/

Saturday, 4 January 2014

MUNAFIK BERKATA2 MURTAD

Watch "Budak Munafik Hina Islam dan NABI" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=wF9qO3fIHwE&feature=youtube_gdata_player

Mohon Rakan2 Share ttg org ini cukup bahaya
dan merosakkan AKIDAH ISLAM

1.Menghina hadis nabi s.a.w
2.Menghina Islam
3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah
4.Mempersendakan nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri
5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia
6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain
7.Mengangungkan Syiah
8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah

Di manakah jabatan2 agama ketika ini???

Apabila orang membawa manusia kembali kepada quran & sunnah terus ditangkap maka ini lagi teruk bahkan kata2 ini sungguh menyedihkan kepada ISLAM..

Di manakah yg sering laungkan CINTAKAN KEPADA NABI S.A.W,Sering buat maulid nabi?ketika ini nabi s.a.w dihina dan dikeji kata2 nabi s.a.w?

Mohon jabatan agama dan rakan2 yg mampu yg ada kuasa ambil tindakan ke atas BUDAK ini sungguh melampau...Dikhuatiri nanti org Islam akan terpenagruh dgn pemikiran orang ini yg jelas kata2 nya itu Murtad serta merta.

Jangan terpengaruh dgn penagkuan munafik nya sebagai Islam itu sekadar gimik utk hancurkan Islam itu sendiri.

Jika Saidina Umar Al Khatab masih ada,  PASTI akan ditebas budak ini....

SIDANG MEDIA JALUR TIGA. ..JATI

Sidang Media Jalur Tiga (JATI)

Pada 4 JAN 2014 jam 1200-1245, Dato' Hassan Ali -(Pengerusi JATI) tlh mengadakan Sidang Media berhubung tindakan JAIS menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan Kenyataan Paderi Lawrence Andrew bertempat di rumah kediamannya di Lot 3586, Jalan 4/71B, Pinggir TTDI, KL.

Kehadiran seramai 11 orang semasa sidang media diadakan dan antara yg hadir dikenali:

a. Dato Aidit b. Ghazali - Timb. Presiden JATI
b. Kpt Dr. Shamsuddin Moner As Shakirie - Yayasan Islamiah Msia

Antara wakil media yang hadir membuat litupan adalah Berita Harian, Kosmo, TvAlhijrah, Sinar & Tv3

Antara kenyataan media JATI:-

1) Kenyataan Dato' Hassan Ali:

a) JAIS adalah badan utama penguatkuasa berkaitan Islam. Tindakan JAIS selaras dgn Perlembagaan Persekutuan dan ada hak utk mengambil tindakan mengikut Enakmen Undang2 Islam Selangor.

b) DAP telah bersekongkol dgn PAS. Perkara ini boleh dibawa ke Dewan Undangan Negeri tetapi dgn persetujuan Sultan dan perlu dibincangkan dahulu di exco negeri.

c) Rakyat akan dapat tahu pendirian PAS dan PKR dlm isu ini serta prinsip DAP dlm isu ini.

d) Jika pindaan enakmen agama islam Selangor  ini diluluskan, kesannya juga kepada rakyat islam di negeri2 lain . Keadaan ini akan menyebabkan berlaku huru-hara.

e) JAIS tidak perlu melaporkan kepada MB dan exco terhadap tindakan yg diambil. Semasa beliau menjadi exco, beliau memberi sokongan penuh kepada JAIS berkaitan Islam.

f) Bagi JATI ada pihak yg cuba mengambil kesempatan daripada isu yg sedang dimainkan, lantaran ada agenda lain, antaranya tuntutan COMANGO yg dibawa hingga ke peringkat PBB di Geneva

g) Menyeru supaya pimpinan agama bukan Islam, termasuk barisan pimpinan politik segera berhenti mengeksploitasi isu ini

h) Menyatakan tindakan yg diambil oleh Pedari Lawrence Andrew yg kononnya telah mengarahkan gereja2 di negeri Selangor supaya terus menggunakan kalimah Allah dlm acara2 agama mingguan yg diadakan di Gereja masing2, bagi JATI, Ia merupakan satu tindakan yg sedikitpun tidak mengambil kira kuatkuasa undang2 dan impkikasi buruk yg akan timbul kemudian hari.

2) Kenyataan Dato Aidit Ghazali- Timb. Presiden JATI

a)Kristian telah menjadi boneka kpd kuasa politik PR. Kebebasan beragama dlm Perlembagaan negara adalah bersyarat tetapi dlm isu ini, PR telah membelakangi Perlembagaan.

b) Lawrence telah mencabar tindakan mahkamah dan titah Sultan. Mereka kena memdalami Perlembagaan dan Sultan sebagai payung agama Islam

c)Kenapa baru sekarang ini isu kalimah Allah ditimbulkan bukannya dahulu setelah ada kepentingan politik pembangkang.

d) Bible memang memberi kesan dlm diri orang Islam dan amat sensetif jika dikaitkan dgn agama islam

e)JATI telah mengesan 15 cara yg dibuat oleh PR utk porak-perandakan islam. Musuh ini bukan sahaja kepada islam tetapi kepada masyarakat negara ini

f) 3 ADUN PR yg mahu membawa pindaan enekman ini sebenarnya akan membuka pekong PR sendiri

g)Menyatakan pindaan enakman ini adalah meminda kepada kehuruharaan.

h)Tindakan Lawrence ada unsur hasutan dan perlu dikenakan tindakan.

i) Lawrence adalah padri dan org yg sepatutnya memahami persekitaran dan tidak wajar membuat kenyataan tanpa mengambil kira perasaan Sultan sebagai payung negara.

j)Isu ini timbulnya kerana didalangi pembangkang. Yg kini ada saluran setelah PR dpt memerintah beberapa negeri.

k) JATI bercakap berdasarkan kpd undang2 utk memastikan keamanan negara ini tidak digugat dgn menggunakan isu agama.

l) Antara 15 langkah porak-peranda dgn mengunakan isu hak asasi versi pembangkang.

m) Dlm islam hak asasi adalah mengikut yg telah ditetapkan oleh Allah.

n)Ada di antara pemimpim PR yg menyokong JATI tapi mereka dikongkong dan takut hilang kuasa dalam PR.

o)Perkara ini perlu dipandang serius dan diselesaikan dgn segera kerana tidak mahu anak kita dan golongan muda keliru dgn isu ini.

p) Pindaan Perlembagaan Islam adalah mengikut selera PR di negara ini dan akan menyebabkan berlaku perselisihah faham atr agama dan pertumpahan darah jika tidak diuruskan sebaik mungkin.

q) Kerajaan Negeri Selangor jika tidak dpt menjalankan pent[truncated by WhatsApp]

Tun M.......dari hati...

ARKIB : 23/09/2012
Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir#ixzz2pDTOFfGz

Friday, 3 January 2014

MUSUH ISLAM YANG NYATA!!

Law Weng San (adun Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (adun Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Adun Damansara Utama akan mendesak kerajaan negeri Selangor untuk menggubal Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Apa Pernanan PAS dan Exco Agama di Selangor? Apa peranan ADUN Muslim PKR di Selangor?

Tahniah kepada orang Islam yang mengundi DAP.

Rujukan :

1. DAP trio in bid to amend Selangor law behind Jais raid.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-trio-in-bid-to-amend-selangor-law-behind-jais-raid

2. We Will Propose to Amend the Selangor Non-Islamic Religions Enactment 1988

http://www.yeobeeyin.com/2014/01/we-will-propose-to-amend-selangor-non.html?m=1

3.http://malaysiandigest.com/news/483383-dap-trio-in-bid-to-amend-selangor-law-behind-jais-raid.html

4. Three Selangor lawmakers propose amending state law on using religious words
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/selangor-lawmakers-to-propose-amendment-to-enactment-to-lift-restrictions-o

5. S'GOR TEST: Amend law, sack JAIS, don't let non-Muslims be SITTING DUCKS for Umno bullies

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=208421:acid-test-for-sgor-religious-law-must-be-made-clear-but-jais-culprits-must-also-be-sacked&Itemid=2#ixzz2pLxyu6L5

6. Propose to Amend Selangor Non-Islamic Religions Enactment 1988

http://wengsan.blogspot.com/2014/01/propose-to-amend-selangor-non-islamic.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/GbLRcj+(Blog@Wengsan...博客@永山)&m=1

JAIS adalah di Agensi di bawah kerajaan negeri Selangor. Dan sekarang pernan JAIS akan dibubarkan?

tahniah rakyat Selangor kerana memilih DAP-PAS-PKR. Mereka menang 2/3 dalam DUN Selangor dan mereka bebas utk merubah apa saja enakmen utk kepentingan mereka. Melayu Selangor akan jadi Melayu Singapura dan Melayu Pulau Pinang kerana perpecahan Melayu dan UMNO di Selangor.

dan Takziah kepada Machai PR kerana tak reti baca English.

Thursday, 2 January 2014

Turun! Turun! Tapi Gaji Khalid Ibrahim Tetap Naik Bermula Januari 2014

Turun! Turun! Tapi Gaji Khalid Ibrahim Tetap Naik Bermula Januari 2014

Sedang sebahagian kita asyik memperkatakan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup, sedar tidak sedar ada segelintir individu yang sebenarnya tidak kisah sangat mengenai isu tersebut sebaliknya pula agak tidak sabar menantikan kehadiran bulan Januari 2014.

Mereka yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah para pimpinan PR di Selangor yang menganggotai pentadbiran Kerajaan Negeri kerana bermula 1 Januari 2014 masing-masing akan menikmati kenaikan gaji baru yang agak tinggi.

Dalam ramai-ramai pemimpin PR itu yang paling gembira sakan dah tentunya Khalid Ibrahim kerana bakal menikmati gaji baru sebagai Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM29,250.00 berbanding gaji lama RM14,175.15 sebulan. Kalah gaji Perdana Menteri.

Bukan sedikit naiknya kalau dah kenaikan mendadak sehingga RM15,074.95. Ia satu kenaikan gaji yang cukup lumayan bagi seorang MB yang mengurus tadbir sebuah negeri yang luasnya cuma lebih kurang 8,000 kilometer persegi sahaja.

Tapi itu cuma baru kenaikan gajinya sebagai MB, belum lagi dikira kenaikan gaji sebagai ADUN merangkap Pengerusi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Kewangan Negeri serta perolehan gajinya sebagai Pengerusi bagi jabatan dan GLC negeri.

Kalau nak dikira semuanya termasuk gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen, harus lebih RM50,000 sebulan. Lumayan!!!

Sementara itu di masa yang sama kakitangan Kerajaan Negeri pula cuma memperolehi bonus setengah bulan gaji sahaja, manakala rakyat marhaen pula hanya mendapat RM30.00 sahaja untuk belanja membeli kasut sekolah anak.

Beza antara dua darjat, agaknya ini cara baru negeri berkebajikan ala-PR.

Barangkali untuk menampung kenaikan inilah itu sebab cukai pintu di Selangor ‘terpaksa’ dinaikkan. Atau mungkin juga sebab kenaikan mencanak ini juga punca sebenar ada PBT di negeri ini mula menaikan bayaran untuk 90 jenis lesen perniagaan. Betulkah?

Kalau betul begitu, anggaplah ini pengorbanan rakyat Selangor demi keselesaan pemimpin negeri.

Namun satu yang jelas, tatkala sebahagian kita sibuk mencongak kira kenaikan perbelanjaan harian dan para penyokong PR pula terpekik terlolong melaungkan slogan turun! turun!, gaji Khalid dan EXCO Selangor tetap akan naik menggila.

MENTERI KENA POTONG ELAUN?

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan

Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;

Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan

Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

SUBSIDI..SIAPA YANG PALING NAK?

Petikan dari China Press
Perkara : siapa yang perlukan polisi subsidi?
Ruangan: kedi kopi orang ramai m /s C 15

Tarikh: 4 Disember 2013 ( Rabu )
Tajuk: Sebenarnya siapa yang lebih memerlukan polisi
subsidi Bumiputera ?

Penulis: ShaoXue

Sistem kuota dan hak subsidi Bumiputera , selama ini menjadi kontrovesi di negara kita , apa yang
dimaksudkan polisi tongkat telah dilaksanakan lebih setengah Abad , ia adalah satu kebenaran yang nyata, menyebabkan sering berlaku bantahan dari kalangan kaum bukan Bumiputera , awal - awal lagi kaum bukan Bumiputera minta pihak kerajaan mansuhkannya.

Bagi orang - orang yang memerintah perlaksanaan polisi itu dikatakan adil , supaya dapat tingkatkan kedudukan ekonomi Bumiputera , dengan cara itu dapat kurangkan rasa tidak puas hati kaum Bumiputera terhadap kerajaan, dari segi jangka panjang ia menguntukan kepada perpaduan untuk semua kaum .

Langkah kerajaan adalah untuk tingkatkan kedudukan ekonomi Bumiputera memang tidak boleh dinafikan, mahu kurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum , dikatakan supaya masalah dalam masyarakat dapat diminimakan .

Masalahnya sekarang ini , polisi bantuan yang dilaksanakan sehingga ke hari ini , bukan sahaja tiada penghujungnya untuk ditamatkan, sebaliknya kaum Bumiputera dijaga dan dibelai semakin hari semain berleluasa , semakin hari bumiputera semakin mengharapkan kebergantungan kepada polisi ini , ia bukan satu perkara yang pelik lagi .

Bilangan penduduk Bumiputera semakin har. semakin bertambah , bermakna orang - orang yang bergantung kepada polisi ini semakin hari semaki. bertambah ramai , jika kemampuan Bumipuera masi. tidak menampakan berkembang , kos untuk biay. tongkat yang ditanggung oleh negara pasti semaki. hari semakin tinggi , hutang negara kini suda. begitu tinggi, tidak tahu berapa lama lagi bole. bertahan.

Baru - baru ini , perdana menteri Najib menegaskan, Bumiputera dan usahawan Bumiputera jangan terlalu bergantung kepada sistem Kuota , mereka perlu berdikari dan tingkatkan daya saing , supaya dapat bersaing dengan orang lain, dengan cara ini sahaja barulah kaum Bumiputera dihormati oleh pihak luar .

Kuota tidak kurang sebaliknya semakin bertambah Najib pernah berkata , jika apabila semua sektor di negara ini berkembang dengan stabil , polisi subsidi untuk kaum Bumiputera akan dihentikan .

Maksud Najib berkembang dengan stabil apakah pula garis panduannya , Adakah mahu menunggu
sehingga Bumiputera capai dan menguasai 30 perasus kek ekonomi negara ini ? Ataupun lebih banyak dari itu? Dahulunya industri perumahan 30 peratus kuota untuk Bumiputera , tetapi ada sesetengah negeri kuota ini ada yang dinaikan dan ada yang diturunkan, ada yang dinaikan sehingga 50 peratus sehingga 70 peratus . Adakah ini menjejaskan polisi subsidi yang begitu ketara tidak seimbang ?

Sebelum ini orang - orang yang memerintah sering diganggu oleh usahawan usahwan Bumiputera yang menuntut pelbagai projek- projek besar , usahasawan - usahawan ini melalui perhubungan dan kroni- kroni mendapatkan projek , selepas itu jadi Ali Baba untuk mengaut keuntungan sementara, ia tiada membantu dalam usaha tingkatkan ekonomi Bumiputera .

Kita juga dengar golongan kaum Bumiputera peringkat bawahan yang mengeluh , polisi bantuan Bumiputera ini akhirnya menguntungkan Bumiputera golongan atasan , kehidupan Bumputera di peringkat menengah dan bawahan masih tetap susah tidak terkata, mereka tidak dapat manfaat dari itu.

Kepada pemimpin- pemimpin politik yang hanya berkepentingan, polisi bantuan Bumiputera dijadikan alat sebagai senjata mereka, sering dengar mereka berhujah dengan hebat , jika BN tewas Bumiputera akan kehilangan payung tempat berteduh ; dikatakan nanti Buimputera akan susah, sebenarnya mereka asyik menakut nakutkan kaum Bumiputera , adakah mereka takut apabila Bumiputera sendiri sudah tidak mahu lagi polisi ini, bermakna sudah tiba masanya pemimpin pemimpin ini gulung tikar?

Terjemahan:
Sufian Lim Abdullah