Turun! Turun! Tapi Gaji Khalid Ibrahim Tetap Naik Bermula Januari 2014
Sedang sebahagian kita asyik memperkatakan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup, sedar tidak sedar ada segelintir individu yang sebenarnya tidak kisah sangat mengenai isu tersebut sebaliknya pula agak tidak sabar menantikan kehadiran bulan Januari 2014.
Mereka yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah para pimpinan PR di Selangor yang menganggotai pentadbiran Kerajaan Negeri kerana bermula 1 Januari 2014 masing-masing akan menikmati kenaikan gaji baru yang agak tinggi.
Dalam ramai-ramai pemimpin PR itu yang paling gembira sakan dah tentunya Khalid Ibrahim kerana bakal menikmati gaji baru sebagai Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM29,250.00 berbanding gaji lama RM14,175.15 sebulan. Kalah gaji Perdana Menteri.
Bukan sedikit naiknya kalau dah kenaikan mendadak sehingga RM15,074.95. Ia satu kenaikan gaji yang cukup lumayan bagi seorang MB yang mengurus tadbir sebuah negeri yang luasnya cuma lebih kurang 8,000 kilometer persegi sahaja.
Tapi itu cuma baru kenaikan gajinya sebagai MB, belum lagi dikira kenaikan gaji sebagai ADUN merangkap Pengerusi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Kewangan Negeri serta perolehan gajinya sebagai Pengerusi bagi jabatan dan GLC negeri.
Kalau nak dikira semuanya termasuk gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen, harus lebih RM50,000 sebulan. Lumayan!!!
Sementara itu di masa yang sama kakitangan Kerajaan Negeri pula cuma memperolehi bonus setengah bulan gaji sahaja, manakala rakyat marhaen pula hanya mendapat RM30.00 sahaja untuk belanja membeli kasut sekolah anak.
Beza antara dua darjat, agaknya ini cara baru negeri berkebajikan ala-PR.
Barangkali untuk menampung kenaikan inilah itu sebab cukai pintu di Selangor ‘terpaksa’ dinaikkan. Atau mungkin juga sebab kenaikan mencanak ini juga punca sebenar ada PBT di negeri ini mula menaikan bayaran untuk 90 jenis lesen perniagaan. Betulkah?
Kalau betul begitu, anggaplah ini pengorbanan rakyat Selangor demi keselesaan pemimpin negeri.
Namun satu yang jelas, tatkala sebahagian kita sibuk mencongak kira kenaikan perbelanjaan harian dan para penyokong PR pula terpekik terlolong melaungkan slogan turun! turun!, gaji Khalid dan EXCO Selangor tetap akan naik menggila.
No comments:
Post a Comment