Masa yang ditunggu telah tiba apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah secara rasmi membubarkan Parlimen tepat jam 11.34 pagi menerusi siaran langsung di kaca tv.
Di kala BN tidak menghadapi masalah berhubung pembahagian kerusi dan kini hanya menunggu senarai calon yang akan diumumkan Pengerusi BN Negeri masing-masing.
Pakatan Sarawak khususnya dilihat masih belum bersedia apabila perebutan beberapa kerusi ‘panas’ masih menjadi rebutan hingga menyebabkan beberapa ahli parti DAP dipecat.
Manakala, bagi PKR Sarawak, Pengerusinya Baru Bian mengakui masih terdapat satu atau dua kerusi yang mahu ditandinginya turut menarik minat parti pembangkang lain di negeri ini.
Antara kerusi yang kini masih menjadi rebutan PKR dan DAP melibatkan Parlimen Mas Gading, Stampin, Miri. Manakala, Parlimen Kota Samarahan dan Batang Sadong menjadi pertikaian PKR dan PAS biarpun PAS menegaskan kedua-dua kawasan Parlimen itu adalah milik mereka.
Tuntutan bertindih terhadap beberapa kerusi Parlimen antara PKR dan DAP dilihat bukan masalah untuk parti itu meneruskan persiapannya.
Baru Bian juga mengakui bahawa PKR dan Pakatan Pembangkang masih belum bersedia sepenuhnya ekoran krisis dalaman parti berhubung senarai calon dan kawasan yang akan ditandingi.
sumber: sahabat blogger
No comments:
Post a Comment