Monday 16 December 2013

GANI SEDIA BEKERJASAMA DGN RAFIZI

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedia memberi surat kuasa kepada anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Dalam kenyataan empat perenggan di sini Isnin, Abdul Gani berkata, surat kuasa atau autoriti itu akan diberikan jika Rifizi mahu memeriksa akaun bank di mana-mana negara, termasuk di Hong Kong, kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes itu yang didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Beliau turut menjemput Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR, ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.

"Saya juga menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atas saya sejak sebulan yang lalu, dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali ke atas saya," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment