Sunday, 1 December 2013

Memalukan! Rupanya Ustaz Pas Pembohong, Tidak Amanah Dan Kaki Fitnah

Memalukan! Rupanya Ustaz Pas Pembohong, Tidak Amanah Dan Kaki Fitnah

Oleh Zul Rawi

Laman-laman sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter semenjak semalam begitu heboh dengan posting seorang yang mendakwa sebagai seorang ustaz yang secara jelas cuba memfitnah atau sekurang-kurangnya cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap penceramah bebas, Ustaz Mohamed Kazim Elias.

Di dalam postingnya itu dia cuba menggambarkan kononnya telah dihubungi oleh Ustaz Kazim yang ingin menjelaskan berhubung tawaran Presiden Umno untuk melantik penceramah bebas itu sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT).

Melalui transkrip tersebut dia mengatakan kononnya Ustaz Kazim telah dijanjikan ‘habuan’ berupa bantuan untuk pusat pengajian kelolaan Ustaz Kazim serta turut ditawarkan jawatan di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam) dan sebagainya.

Paling menarik, disebabkan posting tersebut, ahli agama yang juga merupakan Pengasas dan pengetua, Pusat Pendidikan Al-Barakah itu telah dilemparkan dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian.

Malah tidak kurang juga ada yang merasakan tokoh agama itu seperti lalang dan sebagainya kerana sanggup menggadaikan usaha dakwah demi jawatan.

Menyedari akan perkara itu, Ustaz Kazim segera menjawab kembali tohmahan tersebut bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan.

Berikut adalah kenyataan penuhnya bagi menjawab isu yang dibangkitkan itu.

“Masya-Allah. Beraninya memfitnah n post pula fitnah.. Subhanallah.. Saya dah keluarkan kenyataan saya bukan ahli Umno dan tak pernah isi borang Umno. Dan saya belum setuju terima lantikan MT, saya buat kenyataan selepas bertemu PM (Perdana Menteri).

“Janganlah fitnah kata nak duit la, projek la, menteri la, malah PM tidak pernah tawarkan apa-apa pun pada saya.

Setakat ni saya masih mampu bagi makan anak-anak saya. Janganlah dok fikir buruk.

“Saya baca dalam FB satu Ustaz dan blog yang kenen (kaitkan) kata saya call dia dan beritahu kenapa saya di tawarkan jawatan di Jakim dan lain-lain. Walaupun dia tidak sebut nama saya, tetapi Allah tahu dalam hati kita.

“Wallahi, ini ada lah fitnah yang sangat hodoh. Buat ustaz yang buat cerita dalam bentuk dialog itu kononnya perbualan saya dalam telefon, saya harap jangan buat fitnah dan sebarkan fitnah.

“Ada orang kata, ustaz repot polis sahaja, saya jawab saya, report (laporkan) pada Allah di hari kiamat. Insya-Allah” jelasnya.

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat”
(Riwayat al-Bukhari).

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad saw ada menjelaskan walaupun seseorang itu kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, maka dia bukanlah orang yang soleh.

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.
 
Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
(Riwayat Muslim)

Paling memalukan, apabila mereka-mereka ini sering mendakwa sebagai pejuang Islam yang sebenar. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut berlakon dengan perwatakan dan pakaian bagi menipu masyarakat dengan imej Islam.

Namun tidak semua yang membaca posting tersebut percaya dengan penipuan yang dilakukan oleh ustaz yang menggunakan nama Mohd Akmal Kamarudin itu.

Tambah menarik dia dengan jelas menggunakan lambang Pas sebagai logo untuk gambar profilenya.

Beberapa pembaca yang prihatin segera mencela perbuatan tersebut yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Berikut adalah beberapa komen yang mempertahankan Ustaz Kazim itu :

Faiz Fauzi jika saya ni sahabat ustaz mohd akmal, saya tidak akan share masalah saya kepada beliau, sebab nanti beliau akan post di facebook masalah yang saya ceritakan kepada beliau.

Nizam Masjuni kau nk pertikai apanya ostad nie punya status?inilah ajaran isle yg sebenar.mgadu domba,tikam belakang,keji mengeji.

Zeanna Abdullah Kalau betul sekali pun dialog ni, tindakan anda membuka aib orang dan telah menjatuhkan maruah anda sekali…istighfarlah
 
Ahmad Dzamir Pas patut malu…. Ustaz Kazim Elias bagi tahu pada media dia masih ahli Pas, dan tidak terima apa apa surat pecat sebelum ini. Tetapi yang melihat kerja Dakwah Ustaz Kazim Elias adalah UMNO, Presiden UMNO yang mahukan UKE ini dilantik agar menjadi Ejen Dakwah kepada Ahli UMNO. Pas patut malu, kenapa tak lantik UKE, kenapa UMNO yang lantiK UKE? Dan hari ini UKE ke yang bersalah? Hanya kerana untuk Umat Islam maju dunia dan Akhirat?

Azham Ahmad Tak sesuai kot panggil ustaz sbb menyebar fitnah ni… kalau ustaz mohd kamal ni betul2 ustaz dia tentu faham hukum-hakam.

Azuan Arif Astaghfirullah… Kalau ini adalah fitnah siap sedialah utk terima pembalasan… Awk pon org agama kn… Lagipun bukan mcm ni perangai seorg yg kuat agama yg sepatutnya tidak mendedahkan kelemahan org dan maruah org… Sia2 la belajar agama tinggi2… Betullah org kata kewaraqan ketakwaan n kealiman seseorg xbleh diukur dgn tebalnya serban n besarnya kelulusan… Tahniah anda dah membuktikannya…

No comments:

Post a Comment