PRK N.25 KAJANG.
Forum Legasi Tunku Abdul Rahman
Tarikh : 10 Februari 2014 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Auditorium New Era College, Kajang.
VIP :
1) YB DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR
2) YAB Khalid Ibrahim MB Selangor
3) YB Lim Kit Siang Pengerusi DAP
4) YB Dr. Hatta Ramli Pengarah Pilihanraya PAS
5) Datuk Ambiga Pengerusi BERSIH
Kehadiran : 800 orang (M: 12%, C: 80, I: 8%)
Isu :
1) Datuk Ambiga memulakan ucapan dengan menyifatkan Tunku adalah Perdana Menteri kepada semua kaum yang tulen dengan memetik kata-kata Tunku tentang tragedi 13 Mei 1969, antara lain berbunyi "Malaysia tidak ada rakyat kelas satu atau kelas rendah" sambil menamakan Tunku sebagai Bapa Solidarity Malaysia yang baru (New Malaysia).
2) Ambiga menyifatkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) tidak faham undang-undang, sambil menyatakan ikrar antara lain berbunyi "when they divide us, we must unite. Jika mereka mengancam kita, kita mesti melawan. Jika mereka berbohong, kita mesti memperkatakan yang benar. Jangan benarkan mereka membuli kita".
3) YB Dr. Hatta Ramli memulakan ucapan dengan mengenang Tunku sebagai insan tertua di negara ini, jika beliau masih hidup ketika ini. Tetapi yang paling "bising" ialah seorang tua yang berusia 89 tahun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sambil disambut dengan gelak oleh audien. Dr. Hatta menyuburkan sentimen perkauman dengan menyatakan bahawa pada zaman Tunku, tiada laungan Ketuanan Melayu atau Hidup Melayu seperti pada zaman Dr. Mahathir yang memisahkan Melayu dengan orang Cina di negara ini.
4) YB Dr. Hatta bertanya secara sinis kepada Lim Kit Siang, jika ditanya kepada Tunku, Malay first or Malaysia first? Sudah pasti Tunku akan menjawab Malaysia first, bukan Malay first. YB Dr. Hatta membakar sentimen anti-Melayu dikalangan orang Cina dengan menyatakan sampai bila Melayu nak menolak meritokrasi dan sampai bila orang Melayu harus berlindungi disebalik keistimewaan.
5) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memulakan ucapan dengan mengungkapkan penghargaan kepada Almarhum Tunku sebagai pemimpin yang "doing right thing, with right reason". Tunku berjumpa Raja Saudi untuk meminta nasihat bagaimana memajukan institusi Islam di negara ini, maka tertubuhlah Islamic development bank.
6) Tan Sri Khalid Ibrahim memainkan sentimen orang Cina dengan memetik kata-kata Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew mengenai Tunku yang antara lain berbunyi "walaupun anda (Tunku) memisahkan kami (Singapura) tetapi anda tidak pernah menggangu kami (Cina)."
7) YB Lim Kit Siang menyatakan bahawa Tunku hanya mahu diingati sebagai the happiness Prime Minister tetapi jika beliau masih hidup, pasti Tunku amat kecewa kerana Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang cukup kritikal, jenayah yang cukup teruk, perbalahan antara kaum dan agama yang teruk dan kerajaan yang penuh dengan rasuah.
8) YB Lim Kit Siang mempersendakan Tan Sri Taib Mahmud yang akan berundur dari jawatan Ketua Menteri Sarawak pernah menyatakan bahawa UMNO tidak akan dibenarkan memasuki Sarawak kerana UMNO parti yang cukup teruk.
9) YB Lim Kit Siang memainkan isu kalimah Allah untuk menakut-nakutkan orang Cina dengan mencemuh demonstrasi UMNO di Pulau Pinang baru-baru ini. Lim Kit Siang juga memainkan sentimen orang Cina berhubung ancaman dan tawaran ganjaran RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar YB Teresa Kok berikutan video wonderfull Malaysia.
9) YB Lim Kit Siang mencemuh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyatakan "I am Malay first and Malaysia second" apabila Dato' Seri Najib melancarkan Gagasan 1Malaysia dan menyatakan bahawa dia melaungkan Malaysia first and Chiness second di Dewan Rakyat.
10) Anwar Ibrahim memulakan ucapan dengan mengingati peristiwa dalam satu majlis keraian, Tunku bercakap dihadapan khalayak ramai iaitu Anwar anak muda yang cukup lantang tetapi masuk UMNO apabila letih menentang. Dalam Parlimen, wakil rakyat PAS bertanya mengenai tabiat Tunku minum arak tetapi Tunku menjawab dengan berhemah, "yang saya minum arak tu ye la, tetapi apakah yang saya bina masjid, itu bukan pahala ke?"
11) Anwar Ibrahim mengenang peristiwa pengistiharan kemerdekaan oleh Tunku, tetapi hari ini, telah dicemari oleh language of hates and fears.
12) Anwar Ibrahim memainkan sentimen bahawa masa depan rakyat bermula di Kajang dan Selangor ini untuk meneruskan legasi Tunku "not more than securing unity of Malaysia" tidak kira anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Orang Asli, Iban atau anak Kedayan.
Ulasan :
1) Seperti dijangka, forum ini dijadikan pentas untuk menanam kebencian orang Cina terhadap UMNO dan dalam forum ini, menyaksi bertapa rapuhnya jatidiri pemimpin Melayu dalam PAS apabila mengecam bangsa sendiri.
No comments:
Post a Comment