Anwar jadi MB? Khalid jadi MB? Azmin jadi MB? Tak penting. Yang penting kepada Anwar adalah berlakunya masalah dengan Istana, dan kemudiannya ia boleh dipanjangkan kepada suatu suasana yang lebih parah di peringkat Persekutuan.
Taktik ini tak ramai yang boleh baca. Kenapa kalau ada krisis perlembagaan ianya positif kepada Anwar? Tak mungkin Anwar sebodoh itu.
Yang Anwar nak buktikan adalah Selangor adalah permulaaan kepada perubahan Perlembagaan di Malaysia. Kuasa Raja mesti dihadkan. Tidak ada kebebasan untuk mereka buat sesuka hati.
PKR HQ sebenarnya dah siap bahan-bahan bertulis mengenai keperluan sistem Raja di Malaysia dirubah supaya lebih membenarkan proses check and balance di dalam pentadbiran.
Anwar hanya perlu ride kepada pemikiran Melayu liberal yang memang mahukan ini berlaku. Target Anwar bukan sangat jawatan MB - tetapi berlakunya masalah apabila proses perlantikan MB mahu digagalkan oleh institusi raja.
Model Politik Turki
Malaysia memang perlu cepat mengambil model politik Turki. Pindaan Perlembagaan di Turki berlaku dengan cukup massive dan besar. Segalanya boleh diubah. Termasuk klausa untuk membawa bekas pemimpin ke dalam mahkamah. Ini semua sedang disusun dengan baik.
Antara pindaan yang akan Anwar cadangkan di dalam DUN Selangor, yang selari dengan apa yang yang dilakukan di Turki:-
Artikel 10 Perlembagaan Turki (Equality before the Law). Istana pun siap untuk diheret ke muka pengadilan.
Artikel Privacy Protection (tidak ada rahsia di dalam perbelanjaan Duli Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu)
Artikel 54 Strike and Lockout
Artikel 125 Recourse to Judicial Review
Artikel 146 Constitutional Court
Artikel 147 Term of Office
Yang paling Anwar nak jual sekali adalah mengehadkan tempoh masa seorang MB memegang jawatan. Anwar tidak mahu pegang jawatan MB lebih daripada 2 penggal - dan dengan model sama, pressure akan diberikan kepada Najib untuk melakukan benda sama di peringkat Persekutuan..
Rasanya benda ini lebih menarik untuk BN jual, berbanding video seks. Kecuali Ahmad Maslan memang nak Najib melingkup.
Kajang bukan soal MB sahaja. Kajang juga soal menyusun semula gerakan politik PKR dan menekan Najib di peringkat Federal. Kalau tak nampak, itu tanda pendek umur.
Melayu liberal memang terpesona dengan janji Anwar untuk mengehadkan tempoh jawatan MB. Anwar dah tawarkan kepada Khalid, tapi Khalid tidak mahu terima. Sebab? Sebab ramai ahli korporat PKR yang masuk air kalau MB bertukar. Sebab itu ada rejection.
gelagatanwar | Februari 3, 2014 at 6:39 pm | Label:
Anwar Ibrahim,
DAP,
Gelagat Anwar,
PAS,
Perlembagaan,
PKR,
politik Turki | Categories:
ANWAR IBRAHIM,
Dato Seri Anwar Ibrahim,
Perlembagaan | URL:
http://wp.me/pkuQ0-XvKomen See all comments
Unsubscribe to no longer receive posts from Gelagat Anwar.
Change your email settings at Manage Subscriptions.
Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://gelagatanwar.wordpress.com/2014/02/03/krisis-perlembagaan-memang-itu-yang-anwar-hajatkan/
Thanks for flying with WordPress.com
No comments:
Post a Comment