Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR.Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti.
Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.
Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini.
Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta.
Beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu dalaman parti dan lebih obses untuk menawan Putrajaya.
Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi.
Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137.
Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti.
Beliau juga menjangka Anwar akan berusaha sedaya upaya memujuk mereka agar jangan keluar.
Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti.
(DIPETIK DARI PARPUKARI.BLOGSPOT.COM
No comments:
Post a Comment