Wednesday, 10 March 2010

LIM KIT SIANG BANGSAT

Sikap chauvanist, extremist, ultra-kiasu dan lupa diri bukan lagi asing kepada Lim Kit Siang yang pernah menghuru-harakan negara ini menerusi tragedi 13 Mei 1969 menerusi kegembiraannya kerana GERAKAN yang ketika itu bersekutu dengannya dan DAP yang merupakan najis tinggalan PAP, berjaya menyapu hampir bersih kerusi Bandaran Kuala Lumpur dalam pilihanraya umum sebelum itu. Pembabitan PKM, Parti Buruh yang ber'isme'kan sosialis dan beberapa NGO yang jelas-jelas menyambung perjuangan menakluk serta merampas negara ini dari tangan orang Melayu-Islam, telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan rakan-rakannya.

Hari ini Lim Kit Siang mempersoalkan kewujudan PERKASA, sebuah NGO Melayu di dalam BLOGNYA, dengan menyifatkan PERKASA - Sebuah kelahiran Syaitan atau Kejahatan.

Takut benar Lim Kit Siang seandainya umat Melayu-Islam bersatu di Tanah Melayu ini. Bayangkanlah seandainya rancangan MACHAPAGAL, bapa kepada Presiden Filipina sekarang benar-benar direalisasikan menerusi kewujudan NEGARA MELAYU YANG LEBIH BESAR iaitu MELAYU RAYA, barangkali Lim Kit Siang akan menyertai Chin Peng di dalam hutan untuk melakukan pemberontakan. Dan kerana itulah, Lim Kit Siang berpendapat bahawa PERKASA hanyalah perkakas untuk para pemimpin Melayu, khususnya di dalam UMNO untuk mengumpulkan lebih banyak kekayaan menerusi penyelewengan Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan orang Melayu.

Lim Kit Siang boleh jadi BODOH, BENGAP, BAHLOL dan BENGONG... Tidak ada seorang Melayu-Islam, kaum Bumiputera Bukan Islam, dan kaum Peribumi di seluruh Tanah Melayu ini pun yang mempertikaikan tentang KEWUJUDAN orang Cina, India dan segala pendatang lain di sini. Malah TIDAK ADA sekelumit pun rasa dengki atau sakit hati melihat kaum pendatang memperolehi kekayaan, kemakmuran, kemewahan sekalipun datuk nenek mereka dahulu berpusu-pusu datang ke sini dengan bantuan British setelah mengalami kebuluran, kemiskinan, penindasan serta perbezaan kasta di negara leluhur. Malah sekian ramai Cina Kampung yang menjadi Melayu malah lebih Melayu dari orang Melayu sendiri sekalipun mereka tidak memeluk Islam di samping tetap mengamalkan cara hidup Cina Tiongkok.

Ada orang Melayu pergi sabotaj pejabat Robert Kuok kerana sakit hati, bekas Raja Gula tersebut saban tahun menjadi orang paling kaya di Tanah Melayu ini? Bandingkan pula dengan usaha-usaha jahat yang digiatkan menerusi persatuan ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat yang bergabung tenaga untuk menjatuhkan Syed Mokhtar Al-Bukhary tanpa sedikit pun disebut atau dicerca oleh orang Melayu di negara ini.

Hanya kerana orang Melayu-Islam dan kaum Bumiputera bukan Islam serta Pribumi cuba mempertahankan hak dan keistimewaan mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Cobbold dan Lord Reid, Lim Kit Siang menganggapnya sebagai satu kejahatan. Lebih aneh, RAMAI SUNGGUH orang Melayu yang termakan gula-gula ini dengan berpandangan mereka lebih liberal, otak lebih terbuka, berpandangan jauh dan bermartabat tinggi seandainya hak-hak Bumiputera Islam dan Bukan Islam dan Kaum Pribumi ditiadakan daripada perlembagaan. Mereka lebih senang seandainya kaum-kaum ini terus terpinggir dan keseluruhan kekayaan tertompok kepada golongan pendatang, seperti yang berlaku dalam PEMONOPOLIAN pelbagai sektor termasuk barangan runcit sekarang ini.

Aneh atau tidak, orang Melayu mempunyai hak keistimewaan, tapi yang 'menikmati hak keistimewaan itu' tetap kaum pendatang?

Mujurlah ini Tanah Melayu... boleh jadi kalau Tanah Melayu ini bertukar menjadi Fiji, Filipina, Indonesia, Thailand atau Australia, rasa-rasanya Lim Kit Siang sudah lama bertukar nama menjadi Abu Kit Siang Abu Lullah... rasa-rasanya Lim Kit Siang tidak dapat merasai betapa nyamannya udara di Dewan Rakyat dan betapa seronoknya berucap di atas pentas-pentas politik sambil mendabik dada, AKULAH ORANG CINA!

Kepada Lim Kit Siang, anda tidak perlulah mendendangkan isme komunisme, sosialisme, atau sebarang isme yang bersangkut-paut dengan penyebaran ekonomi secara sama rata kerana ia tidak akan berlaku dalam dunia realiti. Ia hanya ada di atas kertas dan dipercayai serta diimani oleh golongan pengkhayal seperti anda. Dakyah anda serta gerombolan DAP anda semenjak 1960-an lalu, kian nampak pincang seperti pincangnya pentadbiran anak anda sendiri di Pulau Pinang dengan kroni-kroni membelasah projek ratusan juta ringgit untuk dibawa lari ke Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat!

CUCU TOK WAN

No comments:

Post a Comment