Tuesday 9 March 2010

CUKUPLAH KAK ZAH - YB ZULKIFLI NOORDIN


Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Dato’ Seri Wan Azizah (DSWA) dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntut saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu.

Saya sebenarnya memang sangat keberatan dan tidak bercadang langsung untuk membuat apa-apa kenyataan yang melibatkan DSWA, kerana bukan sekadar menghormati beliau yang lebih tua daripada saya dan saperti kakak bagi saya, malah kerana kami telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis bersama, banyak luahan perasaan beliau kepada saya mengenai nasib dan masadepan beliau serta keluarga, banyak rahsia dan hal sulit yang pernah beliau ceritakan atau yang saya lihat sendiri selama lebih 12 tahun bersama beliau sekeluarga. Dan saya sedar beliau juga adalah mangsa kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mula menunjuk belang mereka didalam PKR. Atas dasar itu, saya berasa sepatutnya DSWA, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah (saya seorang sahaja yang memanggil beliau dengan nama itu, sedangkan orang lain memanggil beliau Kak Wan. Itupun ada rahsianya mengapa saya memanggil beliau dengan panggilan Kak Zah); DSWA lebih daripada tahu beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengan saya. Tetapi DSWA telah membuat kenyataan yang menyerang saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab serangan itu, dan saya berharap selepas ini DSWA akan berhentilah dengan serta merta daripada memilih untuk terus menyerang saya. Saya mahu terus mengingati DSWA dalam keadaan yang baiksambung

No comments:

Post a Comment