Monday 8 March 2010

Apabila Katak Memarahi Katak Lain Melompat

Filed Under ( ) by pisau.net

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi."Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,” kata Zaid (kiri) pada sidang akhbar yang diaturkan secara tergesa-gesa."Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah ada majoriti dua pertiga.”Sejak beberapa minggu kebelakangan lalu, PKR digoncangkan dengan tiga ahli parlimennya berpaling tadah sehingga menimbulkan krisis kepimpinan parti, terutama terhadap ketua numumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berita lanjut : KLIK
Kelmarin diberitakan seekor katak bernama Zaid Ibrahim memarahi katak lain hanya kerana mereka melompat berlandaskan prinsip demokrasi.

Beliau berasakan prinsip demokrasi dirampas apabila menyedari katak katak lain mampu melompat sepertimana beliau melompat,inilah punca beliau berasakan dirinya tercabar,selama ini katak yang bernama Zaid Ibrahim merasakan dia seorang sahaja yang mampu melompat atas prinsip demokrasi.

Inilah sifat binatang politik,dia boleh memperkatakan apa saja walaupun sedar cara beliau bercakap mempamerkan sifat sifat binatang politik yang jelas memperbodohkan diri sendiri didepan orang lain tanpa berasa malu.

Sebaliknya Zaid menuduh BN menjadi punca katak lain mula melompat keluar dari kelompok busuk beliau malah menuduh dan menfitnah Ds Najib begitu kemarukkan 2/3 kerusi di parlimen.

Zaid kelihatan telah meludah kelangit kemudian menyapu kesemua ludahnya diseluruh muka apabila memperkatakan soal lompat parti ,bodohnya Zaid tidak boleh diajar,beliau hanya nampak akan kesalahan orang lain dan mengfitnah tanpa bukti.

Pisau kata "Lompat si kata lompat,lompat lah tinggi tinggi"

No comments:

Post a Comment