Saturday, 30 March 2013

TARIKH PEMBUBARAN DUN DAN PARLIMEN BUKAN RAHSIA

Assallammualaikum dan salam perjuangan

catatan ini dibuat pada 31 Mac 2013 pada jam 8.00 pagi...
sehingga kini belum lagi pembubaran parlimen diumumkan oleh YAB PM kita. sehinggakan Dun di Negeri Sembilan terbubar sendirinya.ini mencipta sejarah kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara dun di salah sebuah negeri terbubar sendirinya.
dan Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa ini tiada masalah sebab sebelum ini tidak pernah berlaku sebab itulah dikatakan kali pertama..
tun Mahathir pun mengulas tidak ada masalah utk bubar lewat kerana kerajaan masih sah kerana pembubaran akan sendirinya berlaku pada bulan Mei kelak.
usaha untuk melewatkan PRU bukan satu usaha utk melengahkan atau dibuat sambil lewa tetapi agensi keselamatan negara dan perisikan negara bekerja siang dan malam tanpa rehat utk memastikan proses kempen..proses membuang undi dan proses kiraan undi berjalan lancar..pelbagai aspek dan andaian diambil kira utk memstikan semuanya berjalan lancar dan teratur.
DS Najib memandang perkara ini dengan begitu berhati hati kerana amanah rakyat terpikul dibahu beliau utk memastikan segala galanya selamat dan tiada ruang dan peluang dari anasir luar utk menangguk di air yang keruh..persoalannya kalah menang BN bukan lagi perkara utama tetapi aspek keselamatan dan keamanan perlu diberi perhatian menyeluruh. BN tidak seperti PR sanggup gunakan apasaja cara asalkan menang dlm PRU kelak.
Kita sebagai rakyat Malaysia samada pengundi BN atau PR harus sama sama berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk negara Malaysia kita tercinta..Pembubaran parlimen bukan satu isu yang besar kerana kita semua sudah tahu bila tarikh parlimen akan terbubar sendirinya dan kini pun semua parti sudah berkempen tetapi kita selaku rakyat Malayska harus berfikiran matang dan siap siaga utk masa hadapan anak cucu cicit kita..
halatuju perlu jelas dan nyata kerana keamanan dan kemakmuran boleh kita hancurkan sekelip mata tetapi utk mendapatkan dan membinanya memerlukan pengorbanan dan air mata..janganlah kita siasiakan pengorbanan dan kepayahan warisan terdahulu hanya kerana kita memenuhi cita cita politikus yang rakus dan sempit..
berilah peluang kepada Najib utk kita sma sama menjalankan proses demokrasi dengan aman dan damai supaya kita rakyat malaysia terus menjadi contoh dimata dunia dan Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua..InsyaAllah..
sumber : sahabat blogger

Thursday, 28 March 2013

SEORANG PEJUANG ISLAM ATAU SEORANG MUNAFIK?


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

sumber : sahabat blogger

TAHNIAH SAHABAT DAN PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG ASAHAN MELAKA

Watch "DEMO PENCAK SILAT KOTA SENDENG" on YouTube

Mahathir: Pilih Parti Boleh Capai Wawasan 2020

Rakyat negara ini diminta memilih pemerintah secara bijak dan tidak terikut dengan perasaan semata-mata bagi memastikan mereka tidak tersalah pilih pemerintah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat tidak terlalu terpengaruh dengan kedaerahan, kaum, ideologi dan pihak tertentu ketika memilih pemerintah.

Katanya tentukan pemerintah yang dipilih mempunyai kewibawaan, pengalaman, mampu menjaga keselamatan negara, ekonomi dan sosial negara.

“Rakyat perlu matang dalam perkara ini dan kita tidak boleh mengikut perasaan semata-mata. Ini kerana ramai akan cuba menimbulkan perasaan benci kepada sesuatu dan kerana kebencian itu kita boleh membuat pilihan pemerintah yang salah,” katanya pada ‘Program Temu bual Bersama Radio Sandakan FM’ yang bersiaran hari ini.

Temu bual secara rakaman melalui telefon itu disiarkan pada 9.30 pagi bertajuk “Malaysia Negara Cemerlang Menjelang 2020″.

Dr Mahathir berkata nilailah kebolehan sesebuah pihak itu – adakah mereka mampu melaksanakan pemerintahan yang baik dan memastikan Wawasan 2020 negara – menuju ke arah negara maju tercapai.

Beliau berkata jika memilih sebuah parti yang pendapatnya berbeza dengan Wawasan 2020 dan mereka ingin menunjukkan kebolehan mereka dengan memperkenal wawasan mereka, ia akan menyebabkan pergolakan berlaku dalam politik negara dan sudah tentu Wawasan 2020 dilupakan.

“Memang ini naluri manusia apabila berkuasa dia ingin menunjukkan kebolehan tetapi apa yang diperkenalkan itu tidak baik kepada kita.

“Justeru itu, saya berharap rakyat Malaysia berhati-hati memilih dengan cara bijak, menggunakan akal fikiran dan bukannya emosi,” katanya.

Bekas perdana menteri itu juga meminta rakyat memberi penghargaan terhadap jasa yang ditunjukkan oleh orang tertentu dalam membangunkan negara, menyelamatkan negara dan menentukan rakyat hidup sempurna dan bahagia.
Bernama
sumbee : sahabat bloggeer

Wednesday, 27 March 2013

manifesto bukan janji cuma suka suka pancing undi - PR

Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video manifesto mereka.

Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga k ereta. Seperti semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir urus bumi bertuah ini.

Menurut orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.

Harus rakyat sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.

Lebih menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed Mokthar Albukhary.

Rafizi telah melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-

PERTAMA: Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi tetapi lebih.

KEDUA : Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.

KETIGA : Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji populis mereka itu.

KEEMPAT: Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab. Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini. Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut. Ingatlah, malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan.

Sudahkah Rafizi menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.Mahukan anda melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan.

Anda bakal ada anak yang akan menwarisi Negara ini.Kita tunggu pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir.

Jom tweet

Menjelang hari pembubaran Parlimen sehingga tamat Pilihanraya Umum Ke-13, dan untuk menyelaraskan laporan, kami pohon jasa baik Tuan/Puan untuk menggunakan salah satu hashtag di bawah di laman Twitter masing-masing: 

#Manifestobukanjanji
#TolakPR
#BN4Selangor
#BN4Malaysia
#Vote4PM
#Vote4BN
#BNBagus
#PRU13
#GE13
#Transformasi
#SaveKedah
#TukarKelantan
#UbahPenang
#SavePenang
#SayangiSelangor
#Najib4PM

Pohon kerjasama Tuan/Puan untuk berkongsi maklumat di atas kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Segala kerjasama Tuan/Puan amat dihargai.

PANAS!!! Anwar Bakal Terkubur Di Perak ??


Walaupun perkataan seperti ‘malu’ atau ‘segan’ membawa takrif berbeza sejauh mana melibatkan kamus politik, dan mungkin juga kamus hidup beliau, paling jelas ialah perkataan ’takut’ sama sekali tidak wujud dalam kosa kata Anwar Ibrahim.

 Akibat politik beliau pernah meringkok (1974-1976) di Kem Kamunting, Perak. Tahun 1999 pula terpaksa meninggalkan jawatan dan dunia politik apabila disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa lalu berehat selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh. Kemudian 2000, dihukum sembilan tahun kerana tuduhan liwat.

 Pada 2004 ketika Pak Lah jadi PM, Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kerana pendakwaraya gagal kemuka bukti kukuh. Selanjutnya 2008, selepas PRU12, Anwar ditahan dan dihadap ke mahkamah kerana tuduhan liwat terhadap pembantunya Saiful Bukhari walaupun pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi bebaskan Anwar dari tuduhan salah laku.

 Tidak mustahil ketiadaan perkataan ‘takut’ dalam hidupnya itu melahirkan semangat juang, ‘lawan selagi hidup’. Namun, Anwar sendiri akur betapa kejayaan dalam perjuangan memerlukan lebih dari semangat. Selepas mempergunakan Abim selaku batu loncatan, tanpa segan dan tanpa rasa bersalah terhadap rakan-rakan seperjuangan, Anwar memilih Umno sebagai tapak baru dalam politik.

 Jawatan presiden Abim dilepaskan pada 29 Mac 1982 dan menyertai Umno atas ihsan Tun Dr Mahathir selaku Presiden Umno dan PM ketika itu. Walaupun bersama-sama Abim, turut berkempen untuk Pas di Kelantan pada 1978, tindakan beliau menyertai Umno bukan sahaja menghampakan rakan-rakan, tetapi juga Datuk Asri Muda, Presiden Pas ketika itu.

 Kini atau setidak-tidaknya bermula 2008, ia berada di barisan depan pembangkang sebagai ketua mereka. Musuh lama seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang atau DAP dan Pas, kini rakan sebantal. Menjelang PRU13 Anwar menambah lagi warna hidupnya yang sedia ada apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan kubunya - Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.

 Bagi pengundi di Permatang Pauh yang lebih mengenali Anwar, graf politik Anwar di kawasan berkenaan melalui pasang surut. Dalam PRU11 pada 2004, tempatnya diisi oleh isterinya hampir menyaksikan satu ‘up-set’. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding atas tiket PKR menang hanya bermajoritikan 590 undi. Pemuda Pas Perak undang Anwar tanding di Lumut, iaitu kawasan majoriti Cina. Tapi sanggupkah Anwar berkempen menentang calon Cina, Kong Cho Ha - Setiausaha Agong MCA yang merupakan anak tempatan. Anwar mahu dilihat “tidak anti Cina” justeru jika ia berdepan tokoh MCA itu, ia terpaksa guna bahan kempen yang anti MCA.

 Sama ada Anwar takut kepada pengundi generasi baru di Permatang Pauh atau ia sekadar salah satu strategi terbaru, ia diulas oleh hampir semua pihak. Dr Mahathir berkata “jika beliau mahu lari dari Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap kerusi Parlimen itu semakin hari semakin berkurangan.”

 Nampaknya Perak seperti menggamit keberaniannya untuk mencari kawasan baru. Jalan di hadapan masih berliku dan tanpa kepastian jitu terutama jalan ke Putrajaya. Setakat ini harapan lamanya iaitu menjadi PM melalui Umno berkecai, harapan baru dengan andaian rakyat menyokongnya juga menunjukkan graf penurunan. Percaturannya kini dilihat seperti kehilangan arah tujuan.

 Memetik kata-kata MB Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ‘setiap insan politik ada surutnya.’ Tidak ada yang lebih tepat untuk menghuraikan realiti politik Anwar yang sedang mengharungi zaman surut dari kata-kata tersebut. Ini dapat disaksikan di mana-mana. Walaupun konon sambutan ceramahnya mengundang ramai, namun beliau tidak memiliki sesuatu baru untuk ditawarkan. Kembali ke Permatang Pauh bererti mengambil risiko besar untuk tewas.

Kekalahan akan meranapkan segala impian untuk menjadi perdana menteri. Justeru, pada hemat beliau, jalan selamat ialah mempergunakan sokongan pengundi Cina di Perak (atau Selangor). Namun, besar kebarangkalian ini juga satu kesilapan percaturan.

 Kalau dalam PRU lalu, Umno menang 27 kerusi dari 59, kini di bawah Dr Zambry, jumlah itu akan bertambah dan malah MCA dan parti komponen lain yang bertanding akan mencatatkan pertambahan kerusi.

 Justeru biarpun Anwar berusaha memadamkan perkataan ‘takut’ dari Kamus Dewan sekalipun, malangnya usaha sedemikian tidak mencukupi untuk memberikan beliau kemenangan. Jika Perak melahirkan bibit-bibit awal politiknya, maka nampaknya Perak juga akan menyaksikan politik Anwar Ibrahim berkubur untuk selama-lamanya. Kepada Anwar, selamat mencuba-Sinar Harian

Sumber : sahabat blogger

Friday, 22 March 2013

Anwar Cuba Beli Datuk Eskay Untuk U-Turn???

Kisah 16 September cubaan Anwar membeli ahli parlimen Barisan Nasional untuk menjadi Perdana Menteri segera masih terngiang-ngiang lagi di kepala saya.  Kali ini modus operandi Anwar keparat pula membeli individu yang difikirkan “BOLEH DIBELI” untuk membuat kenyataan U-Turn. Setelah Anwar keparat berjaya membeli Azlan bapa Saiful, Deepak dan Bala P.I, kini Anwar menyusun strategi untuk membeli Datuk Shazryl Eskay pula.

Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mendedahkan terdapat usaha untuk memujuk Datuk Shazryl Eskay supaya membuat pusingan ‘u turn’ untuk menyatakan bahawa video perlakuan seks yang melibat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Datuk Shazryl Eskay  telah diekori dan dihubungi oleh beberapa orang individu yang tidak kenali yang meminta beliau agar menandatangani satu surat pengakuan sumpah, bahawa video tersebut hanyalah satu konspirasi dari pihak tertentu.

“Cerita Datuk Eskay pada saya, beliau telah diekori dan dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali untuk tukar pengakuannya. Kata Datuk Eskay, individu tersebut cuma mahu dia menandatangi satu surat yang telah pun disiapkan untuk menukar dakwaannya tentang video seks tersebut.

“Ceritanya lagi pada saya, jika dia menandatangani surat pengakuan sumpah tersebut, dia boleh sebut berapa sahaja jumlah wang yang dia mahu sebagai imbuhan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya baik di dalam ataupun di luar negara,” jelas beliau dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan Risda Jalan Ampang.

Sidang media tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan bersama dengan Datuk Shazryl Eskay namun di atas faktor-faktor keselamatan, beliau dinasihatkan untuk tidak hadir di dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, setakat ini hanya Datuk Eskay sahaja yang dihubungi oleh individu tersebut manakala beliau dan Datuk Shuib Lazim masih tidak mendapat tawaran sebegitu dari mana-mana pihak berhubung pendedahan video seks tersebut.
Seterusnya, beliau menegaskan bahawa cubaan pihak tertentu untuk memujuk dengan menawarkan imbuhan sejumlah wang yang besar itu adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana beliau, Datuk Shazryl Eksay dan juga Datuk Shuib Lazim tidak akan berganjak dari kenyataan mereka sebelum ini.

“Saya nak nasihatkan mereka jangan buang masa. Apa yang kami dedahkan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan kami bertiga dan ianya bukanlah untuk dijual beli. Kami hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Kami bukan seperti sesetengah orang yang boleh membuat u –turn dengan menjual harga diri mereka. Melihatkan dengan usaha intensif sesetengah pihak ini untuk memujuk Trio Dato T, khususnya Datuk Eskay, maka saya mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan modus operandi mereka,” tegasnya.
Beliau hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan, bahawa beliau, Datuk Eksay dan Datuk Shuib menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam video tersebut.

“Video tersebut sudah kita hantar kepada beberapa pakar untuk diperiksa baik di dalam mahu pun di luar negara untuk membuktikan video tersebut adalah tulen, bukannya diedit dan sebagainya. Jika sebelum ini Anwar berkata, U Ulang I saman, maka hari ini saya nak ulang sekali kenyataan kami sebelum ini, bahawa beliaulah individu di dalam video tersebut.
“Dan jika Anwar mahu menyaman kami dipersilakan dan sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk menegakkan kebenaran tentang siapa fitnah siapa dalam isu video seks ini di dalam mahkamah,”akhiri beliau.

Anwar keparat ini tidak habis-habis dengan taktik kotor untuk menghalalkan cara kotornya semata-mata memuaskan kerakusan nafsunya untuk menjadi perdana menteri. Beliau harus redha bahawa sekiranya telah ditakdirkan Anwar tidak mungkin menjadi perdana menteri Malaysia maka apa sahaja cara Anwar lakukan hatta membunuh seluruh rakyat Malaysia sekalipun dia tidak mungkin menjadi perdana menteri Malaysia. Cukup-cukuplah Anwar Bin Ibrahim ini menyeksa hidup rakyat Malaysia.

sumber : sahabat bloggers

Thursday, 21 March 2013

INFO MENGENAI PRU

PLEASE TAKE NOTE THE HISTORIES OF PRU
* Period Between Election PRU 01 - PRU 12

PRU 01
Year - 1959
Nomination - 07/1959
Election - 19/08/1959
Period -

PRU 02
Year - 1964
Nomination - 03/1964
Election - 25/05/1964
Period - 4 years 7 months

PRU 03
Year - 1969
Nomination - 03/1969
Election - 10/05/1969
Period - 4 years 11 months

PRU 04
Year - 1974
Nomination - 08/1974
Election - 24/08/1974
Period - 5 years 3 months

PRU 05
Year - 1978
Nomination - 06/1978
Election - 08/07/1978
Period - 3 years 11 months

PRU 06
Year - 1982
Nomination - 03/1982
Election - 22/04/1982
Period - 3 years 8 months

PRU 07
Year - 1986
Nomination - 19/07/1986
Election - 03/08/1986
Period - 4 years 4 months

PRU 08
Year - 1990
Nomination - 05/10/1990
Election - 20 & 21/10/1990
Period - 4 years 2 months

PRU 09
Year - 1995
Nomination - 06/04/1995
Election - 24 & 25/04/1995
Period - 4 years 6 months

PRU 10
Year - 1999
Nomination - 10/11/1999
Election - 29/11/1999
Period - 4 years 6 months

PRU 11
Year - 2004
Nomination - 04/03/2004
Election - 21/03/2004
Period - 4 years 4 months

PRU 12
Year - 2008
Nomination - 13/02/2008
Election - 08/03/2008
Period - 3 years 11 months

Tuesday, 19 March 2013

APA LAGI TEMBERANG PR NI??

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas itu memberitahu penubuhan majlis penasihat merupakan satu langkah penting dalam menangani isu keselamatan negara.

"Pakatan telah memutuskan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan kerana isu keselamatan ini amat penting.

"Jeneral-jeneral kanan dan juga pegawai-pegawai kanan polis yang menyokong Pakatan Rakyat akan bersama dengan Majlis Penasihat Keselamatan dalam memberi nasihat kepada pimpinan pakatan rakyat terutama konflik yang timbul di Lahad Datu," kata beliau.

APALAGI TEMBERANG PAS NI...
NAK JAGA KESELAMATAN NEGARA TAPI PARTI SENDIRI HUJUNG TANDUK...
DAP PEMILIHAN DALAMAN PUN KIRA SALAH
PEMIMPIN PKR BANYAK BERMASALAH DAN SAMSENG
PAS SENDIRI TERLIBAT DALAM RUSUHAN...
SIASAT PARTI SENDIRI DAHULU....JANGAN PERASAN BEBAGUS SANGATTT

KENAPA TAK BUAT SURUHANJAYA SIASATAN VIDEO SEKS DAN GAY ANUAR???

Adnan redah zon merah

Lahad Datu: Kenderaan perisai berantai yang tiba kelmarin, mula memasuki ladang sawit FELDA Sahabat 17 di sini, bagi membantu pasukan infrantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjejak saki-baki pengganas selain mengurangkan risiko kecederaan atau kematian anggota pasukan keselamatan.
Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata, kemampuan 12 kenderaan berkenaan yang juga digelar Adnan, dilengkapi persenjataan berat termasuk meriam dan mesingan itu membolehkan lebih banyak lokasi mampu digeledah pasukan keselamatan.
“Kenderaan berperisai ini mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi, termasuk kawasan paya.

“Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kenderaan perisai ini bagi melancarkan Op Daulat,” katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16, di sini, semalam, yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Mohd Zaki berkata, lebih banyak lokasi mampu diredah pasukan keselamatan dalam usaha menjejak saki-baki pengganas yang berkeliaran.
“Pagi ini kenderaan berperisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu membantu pasukan hadapan.
“Kita harap semuanya berjalan baik dan dengan bantuan Adnan, lokasi lebih luas boleh diredah,” katanya.
Katanya, orang ramai diminta bersama-sama berdoa agar usaha membersih sepenuhnya kawasan berkenaan dapat dilaksanakan. Kenderaan berperisai itu dibawa ke sini menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlabuh di Pelabuhan Tawau Ahad lalu, sebelum diangkut menggunakan treler ke FELDA Sahabat.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebelum ini berkata, ATM akan menempatkan 12 Adnan serta dua helikopter Augusta A109LOH milik Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi memperkukuh Ops Daulat.
 
 

u ulang I saman u....ulang...Panasssssssss

Anwar Ibrahim UGUT nk saman bloger PapaGomo...dan PapaGomo DAH UGUT Anwar Ibrahim balik....
Blog papagomo TGH PANASSSSSSS GILAAAA SKRG....
jom ziarah blog PapaGomo di

http://www.papagomo.com/2013/03/saman-homoseksual-rm-100-juta.html?m=1

Teks ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelancaran Laporan Tahunan NTP 2012 Bhgn 1


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Rakyat Malaysia yang dikasihi,

1. Pada malam ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan bagi pihak diri saya selaku ketua kerajaan dan bagi pihak rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP.

2. Kedua-dua prakarsa bermula masing-masing pada tahun 2010 dan 2011 adalah bersama-sama dengan Program Transformasi Politik atau PTP dan Program Transformasi Sosial atau PTS. Ia membentuk Dasar Transformasi Nasional bagi memacu Malaysia ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, menjelang tahun dua ribu dua puluh.

3. Alhamdulillah, suka saya melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang telah dirancang berjaya dicapai. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

4. Perancangan dan pelaksanaan ETP dan GTP bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.
Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Rakyat terbanyak serta semua pihak yang berkepentingan boleh, melalui proses perundingan dibuat menyumbang melalui makmal-makmal yang diadakan dalam proses pembentukan GTP dan ETP. Mereka juga mampu menilai pencapaian kedua-dua prakarsa ini melalui laporan tahunan dan laporan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

6. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana rojak kependekan ini mampu menyentuh kehidupan kita? GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP? Apa hubungkaitnya dengan tuan-tuan dan puan-puan sekelian? Jawapannya ialah, semuanya dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang.

7. Sesungguhnya lagi, semua prakarsa ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal di mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi pula ganjarannya.

8. Pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, untuk mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

9. Jelasnya, kerajaan ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab. Kerajaan ini ialah kerajaan yang menepati janji. Kerajaan ini ialah kerajaan yang meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya. Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji.
Tuan-tuan dan puan-puan,

10. Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan. Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza. Pastinya, ada kerajaan yang berkesan dan ada kerajaan yang lemah serta gagal menunaikan amanah yang diberi.

11. Sebab itulah ada negara yang berjaya meningkatkan taraf daripada status mundur, kepada status membangun dan kemudiannya maju. Ada negara pula, tidak berubah statusnya, terus terperangkap sama ada dalam kemunduran atau membangun. Apa yang lebih teruk, ada juga negara bersifat regresif hingga jatuh tarafnya daripada negara membangun menjadi negara mundur.

Tuan-tuan dan puan-puan,

12. Kita amat bersyukur bahawa Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya. Hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan berkesan, Malaysia telah berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

13. Ternyata, kita ialah bukti dan contoh sebuah negara yang amat progresif. Semenjak kemerdekaan dan pada dekad-dekad awal, kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara.

14. Dalam aspek ini, hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapita daripada 257 dolar Amerika pada tahun 1957 kepada 9970 dolar Amerika pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan hampir 4000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad.

15. Peningkatan taraf hidup ini diperjelaskan lagi melalui angka-angka, hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah. PPIR 2012 menunjukkan bahawa, isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada 4,025 ringgit pada tahun 2009 kepada 5,000 ringgit pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan lebih daripada 1,200 peratus, sejak Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dimulakan pada tahun 1974.

16. Manakala, kadar kemiskinan pula terus menurun daripada lebih enam puluh peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012. Kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012. Kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Setelah tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, maka pada kesempatan ini saya ingin melaporkan pencapaian-pencapaian yang berjaya dizahirkan di bawah tujuh bidang-bidang keberhasilan utama seperti berikut:

18. Pertama: NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang diperkenalkan, telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah. Di bawah NKRA ini, Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif antaranya:-

19. Pertama, dalam rangka mempastikan subsidi benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia dan memperluas lagi skop program ini kepada individu bujang. Ini melibatkan peruntukan sejumlah lebih 2.34 bilion ringgit dan memanfaatkan lebih 6 juta rakyat Malaysia.

20. Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit atau Baucer Sekolah 1Malaysia kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. Sejumlah 524 juta ringgit telah diperuntukkan dan usaha ini memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.

21. Bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di universiti serta kolej pula pemberian 250 ringgit sebagai Baucer Buku 1Malaysia memanfaatkan seramai lebih 390,000 pelajar dengan peruntukkan lebih 97.5 juta ringgit.

22. Sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 37.8 bilion ringgit bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak

22. 3 bilion ringgit adalah untuk Subsidi, 873.5 juta ringgit untuk insentif dan 14.6 bilion ringgit bagi bantuan.

23. Di samping itu, melalui inisiatif Jenama 1Malaysia, rakyat kini mempunyai alternatif dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Melalui inisiatif ini, Kerajaan telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi 85 buah semuanya. Sejumlah 168 Klinik 1Malaysia pula sedang memberi rawatan kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan kos hanya satu ringgit.

24. Selain itu, kita juga sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Bantuan Tayar 1Malaysia, Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA serta Menu Rakyat 1Malaysia. Saudara dan saudari, sesungguhnya dan sememangnya segala ikhtiar ini dan semua yang dilakukan ini demi kepentingan serta kesejahteraan segenap rakyat Malaysia tercinta.

SALAHUDIN AL AYUBI

Salam..info... SALAHUDDIN AL-AYUBI.... Nama sebenar beliau Yusuf bin Najmuddin Ayyub.d lahirkan tahun 534H,1138M, kota Tarkit Iraq iaitu bahagian tebing barat sungai Tigris terletak diantara Monsul dan Baghdad..Selain sebagai Panglima Perang,beliau adalah pendakwah,mujahid dan tokoh pemimpin islam...antara ciri2 keperibadian salahuddin al-ayyubi...
1. TIDAK BANGGA DIRI
2. MEMILIKI VISI DAN MISI YG JELAS
3. MAMPU LAKUKAN SEMUA TUGAS
4. BIJAK DLM MENGATUR STRATEGI PEPERANGAN DAN HELAH
5. SENTIASA PATUH PADA AJARAN AGAMA ISLAM
6. SENTIASA BERBINCANG DGN ORANG BAWAH
7. TIDAK MUDAH PUTUS ASA
8 .BERCITA-CITA TINGGI
9. BERSEDERHANA
10. TIDAK LEKA DENGAN KEPUJIAN

sumber : Sahabat bloggers

Pembangkang Tabur Janji Baru Untuk Ibu Tunggal


Nampaknya pembangkang masih tak serik nak menipu rakyat... janji lama masa tak dikotakan, tiba pula janji baru... bila tiba bulan PRU.. macam-macam janji di manis ditabur untuk menarik undi rakyat, tapi sebenarnya hampeh! Tak cukup ke tindakan saman untuk puak rejim Selangor ni?

Laporan Utusan - Janji untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal di Selangor pada pilihan raya lalu belum ditunaikan, pakatan pembangkang malam ini menabur janji baharu kepada golongan tersebut.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya.

Malahan beliau turut berjanji untuk memberikan saham kepada setiap pengguna air di negeri Selangor jika kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang dapat mengambil alih pengurusan air daripada Syabas dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selain Rodziah, ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu gagal mendapat sambutan apabila tidak sampai 1,000 yang hadir dan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar pembangkang.

sumber : Sahabat blogger

Sunday, 17 March 2013

12 perkara buat Anwar berahi sebut "U ulang I saman"

Dua belas persoalan perlu dijawab Anwar dan pembangkang tentang Lahad Datu....

1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.

4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

“Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

“Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.

“Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

9.“SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.

Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit.

Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.

Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

sumber: Sahabat bloggers

ADA MELAYU MALU MEREKA MELAYU.


SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil.

Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam.

Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah.

Penjajah tetap berbangga dengan bangsa mereka. Tidak ada perasaan malu di kalangan mereka berkenaan bangsa mereka. Mereka tidak pula anggap diri mereka rasis. Sebaliknya mereka memelihara dan memupuk kebangsaan mereka dan betapa tingginya bangsa mereka.

Pengalaman dan pemerhatian saya di masa bangsa saya dan negeri Kedah saya dijajah, membakar semangat kebangsaan saya. Saya berniat pada masa itu untuk memulih semula maruah bangsa saya.

Dihormati

Berlainan dengan orang yang malu kerana bangsa mereka, saya malu jika bangsa saya dijajah dan dihina. Saya ingin bangsa saya dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Saya ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Pada masa dijajah saya tidak mampu untuk memiliki kuasa supaya saya dapat buat sesuatu bagi menebus maruah bangsa. Walaupun dipandang hina oleh penjajah dan orang lain yang lebih berjaya, saya anggap dengan mengejar ilmu untuk menjayakan diri, sedikit-sebanyak saya dapat membuktikan bangsa saya berkebolehan.

Sudah tentu apabila saya berkuasa sebagai Perdana Menteri maka saya tumpukan kepada mengguna apa juga kuasa dan peluang yang ada pada saya untuk membebaskan bangsa saya daripada dihina.

Caranya adalah mewujudkan peluang supaya bangsa saya dibekal dengan ilmu dan kecekapan supaya mereka maju. Alhamdulillah berkat sokongan daripada kebanyakan bangsa saya, usaha ini berhasil.

Hari ini orang Melayu tidak lagi dipandang hina, sudah tentu tidak boleh ditendang oleh sesiapa. Hari ini orang Melayu dapat menguasai ilmu, menjadi profesor di universiti, ahli professional yang terkenal, menjadi saintis, menjadi peniaga dan pengusaha yang berjaya. Mereka mengepalai tentera dengan gelaran jeneral, bijak membangunkan negara bahkan menjadi angkasawan. Dan bermacam lagi.

Kita tidak nafi yang kejayaan-kejayaan ini dihasilkan dari dasar dan rencana kerajaan untuk menjayakan orang Melayu.

Apa salahnya jika kerajaan berusaha untuk mengurangkan jurang kaya miskin di kalangan rakyat. Bukankah ini satu dari tanggungjawab kerajaan. Apakah kerajaan harus terima sahaja yang miskin terus miskin, yang kaya semakin kaya.

Apakah benar orang lain tidak ditolong oleh bangsa mereka. Sebenarnya semua bangsa di dunia membantu bangsa sendiri. Mereka sanggup membunuh bangsa lain pun dalam usaha mereka menolong bangsa mereka. Kejayaan penjajah adalah kerana kebangsaan mereka.

Mereka berbangga dengan bangsa mereka. Mereka mendakwa bangsa mereka superior. Dan mereka tidak pernah malu akan kebangsaan mereka walaupun semasa mereka menindas dan menghina bangsa lain.

Kepercayaan

Dalam bidang perniagaan tolong menolong sesama bangsa memang diamalkan. Cuba berniaga dengan bangsa lain?

Biasanya kepercayaan kepada yang bukan sebangsa amat sukar didapati. Sebaliknya orang Melayu mempunyai inferiority complex, perasaan kerendahan diri sehingga berperasaan segala yang dilakukan oleh mereka salah dan tidak seperti orang lain. Jika mereka berjaya pun mereka akan kecam dan memburukkan yang berjaya kerana kononnya kejayaan ini bukan kejayaan sebenarnya tetapi kerana ditolong atau kerana penipuan atau dilindungi, atau kroni.

Mereka turut mengecam orang Melayu yang kaya kerana percaya tuduhan mereka adalah kroni dan penipu. Mereka akan lebih lantang dari orang bukan Melayu apabila menuduh amalan yang tidak baik. Mereka menyokong penuh tuduhan yang dibuat orang lain.

Mereka sambut tuduhan rasuah terhadap orang Melayu walaupun tidak ada bukti semua yang berjaya disebabkan rasuah. Mereka tutup mata terhadap rasuah oleh orang lain. Mereka mengecatkan orang Melayu dengan cat yang terhitam mungkin.

Kita tidak nafi adanya perlakuan yang tidak baik oleh orang Melayu. Tetapi orang lain juga melakukan perkara yang sama.

Sebenarnya orang lain apabila berpeluang dan berkuasa akan amalan pilih kasih berasas bangsa. Di negara di mana orang Melayu menjadi minoriti mereka ditindas dan diketepikan. Layanan buruk ke atas Melayu minoriti tidak dicap rasis, walaupun oleh orang Melayu. Mereka anggap wajarlah ini berlaku.

Sepatutnya yang mempertahankan keMelayuan mereka ialah mereka yang mampu menukar dan menilai sendiri, dan mereka tentulah dari golongan orang Melayu yang terpelajar. Yang peliknya puak inilah yang sering memiliki inferiority complex dan malu dengan keMelayuan mereka.

Amat malang sekali apabila mereka yang menikmati kebahagiaan hidup kerana mereka Melayu, begitu malu dengan bangsa mereka sehingga sanggup menidakkan nikmat yang mereka terima kerana bangsa mereka.
Oleh TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Abby abadi kurang diajar

Ostazah Abby Abadi Kurang Ajar ,Hina dan Perli Lawatan Tun Dr. Mahathir Ke #LahadDatu

Bodoh dan dangkal betul la si janda twitter nie,dah habis modal ke nak maki hamun UMNO/BN sampaikan terpaksa memburukkan nama Tun Dr Mahathir yang membuat lawatan khas ke Lahad Datu untuk meninjau dan melawat anggota keselamatan yang bertugas disana.

Sekurang-kurangnya,kehadiran Tun. Dr. Mahathir dapat juga menaikkan semangat anggota polis dan tentera kita disana untuk terus berjuang habis-habisan membanteras pengganas Sulu.

Nampaknya, kehadiran si Ostazah PAS ini ke dalam politik membuatkan dirinya lebih dibenci lagi rakyat kerana berani menyentuh negarawan hebat seperti Tun yang sangat dihormati tidak kira penyokong BN mahupun pembangkang.

Apa sumbangan Abby ??Tun Dr. Mahathir pergi melawat ke Lahad Datu pun nak jadi isu,meroyan sungguh janda nie,mulut lancang betul.

Kalau dah tak ada sumbangan tue, diam sahaja la daripada memalukan diri sendiri.

Disaat rakyat Malaysia khususnya anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu ini masih berduka akan kematian beberapa wirawan negara,si Abby ini cuba menunjukkan kebodohannya seperti ini.

Rasanya,kalau kedua-dua ibu bapa Abby baca apa yang dia tulis ini,pasti menitis air mata dan terkilan melihat betapa kurang ajar anaknya ini kepada negarawan seperti Tun Dr. Mahathir

Sepatutnya,ketika ini kita banyakkan berdoa dan solat hajat kepada anggota-anggota keselamatan kita disana agar selamat dan keamanan negara dapat dipulihkan dengan segera.

Jangan jadi seperti Ostazah ini yang sanggup memalukan dirinya sendiri.Kita seharusnya menyokong segala usaha kerajaan untuk memastikan keamanan negara dipulihkan.Kepada Ostazah Abby,bawa-bawa bertaubat,sampai bila nak tweet benda-benda yang buat dosa nie,buat orang bertambah benci sahaja.

sumber : sahabat blogger

Friday, 15 March 2013

Jacel yang kantoi

TERKINI : SEMUANYA SALAH JACEL - SULTAN JAMALUL KIRAM

Kesian Puteri Jacel...mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook hari ini telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Pendedahan itu dibuat oleh anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram hari ini.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'pajakan kekal' tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British.

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook hari ini.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya

SALAH UMNO KER??

nak cakap pun tak guna..tapi itulah pkr

Tuesday, 12 March 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU

TERKINI!! #LahatDatu SERANGAN HENDAP MUSUH DI SG NYAMUK CEDERAKAN 3 ANGGOTA KESELAMATAN & 3 MUSUH TEWAS.

Jam 10.34 pagi ini, Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi cedera.

Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.

Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. Berita lanjut menyusul.

Sementara itu Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Bangau-bangau, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, sepasukan polis dari IPD Semporna telah menyerbu sebuah rumah selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat individu disyaki serpihan anggota kumpulan terbabit.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu.

Sunday, 10 March 2013

ISYARAT TEWAS KEPADA PR DARI ORANG MUDA PARLIMEN ALOR GAJAH

ternyata kejayaan program orang muda parlimen alor gajah pada hari ini memberi isyarat yang jelas dan nyata bahawa org muda parlimen Alor Gajah tetap mengundi dan memilih BN dalam pru ini..

ini memberi berita buruk kepada PR bahawa anak muda kian jelak dan menyampah terhadap apa yg mereka lakukan sekarang ini..

1000 orang belia dan pemuda berjaya dihimpunkan dengan pengisian pelbagai program utk membuktikan dengan keamanan dan kestabilan hasil pentadbiran terbaik BN kita mampu menjalankan segala prog dgn baik dan teratur..

PR hanya pandai buat provokasi dan ketidakstabilan dan sentiasa membakar sentimen perkauman sehinggakan rakyat merasa tidak selamat dan huru hara..

tahniah BN...kami pemuda Alor Gajah sedia mengundi dan menyokong BN...

we are ready for BN!!!!

Saturday, 9 March 2013

KEAMANAN DAN KESTABILAN PILIHAN KAMI PEMUDA BN - YB SENATOR BAHA

apa yang penting dalam kehidupan kita melainkan keamanan dan kestabilan tempat tinggal kita..utk apa kita menggadaikan segala keamanan dan kemakmuran negara utk kepentingan dan nafsu sendiri..
kerajaan sekarang tidak pernah mengabaikan kebajikan dan masa depan pemuda dan belia sekarang..

pemuda bn memilih keamanan dan kemakmuran juga kestabilan....

pilihan ditangan anda..

pilih PR
1.bersih 1.0 2.0 3.0
2.sokong pemberontak sulu
3.sokong lgbt dan join sekali
4.sokong komunis
5.kongsi kalimah Allah
6.liwat khalwat
7.banyak nak tulisss.....hancur PR ni..

pilih BN
1.BR1M
2.BL1M
3.karnival orang muda
4.karnival kerjaya
5.mcm mcm yg hebat dan terbaik..

are u ready for BN....

PEMUDA UMNO DAN BN AG BIKIN ORG PR PANAS

kalau bab maki orang..bab fitnah orang mmng PR juara tapi kalau bab patriotisme dan pembangunan insan memang hancurr..

pemuda umno AG terus kehadapan utk menjaga hal ehwal dan kebajikan juga pembangunan belia pemuda di AG...pagi ini mereka buat pr AG panas kerana telah berjaya membirukan dataran keris dengan program karnival orang muda..

jom kita sama sama datang dan tunjukan sokongan kita kepada BN..

are u ready for BN?????

aman makmur stabil...

MAHATHIR PERCAYA BN MENANG!!!

Mahathir: Suasana 2013 Memihak BN
Posted by Nasir AB
MARANG – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) berbanding semasa pilihan raya umum pada 2008.

Katanya, pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat.

“Saya berpendapat Datuk Seri Najib ambil alih (jawatan Perdana Menteri), iklim bertukar dan beransur-ansur memihak semula kepada BN, kepada Umno khususnya.

“Ini kerana saya sedar tahun 2008 ramai juga orang Umno yang mengundi parti lawan kerana kecewa. Jadi tiada sebab lain mereka kecewa dan banyak usaha sedang dilakukan (Datuk Seri) Najib untuk memulih semula sokongan (kepada) Umno dan BN. Saya yakin keadaan lebih baik berbanding PRU 2008,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas program Amanat Negarawan Kepada Rakyat Marang yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Exco kerajaan negeri.  – Bernama

Friday, 8 March 2013

PAS VS HUDUD

Rakyat semakin musykil termasuk akar umbi PAS, KENAPA hukum hudud tidak disebut dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan 2 minggu lepas? Kalau rakyat saksikan riak wajah Nik Aziz dan Haji Hadi diatas pentas pun akan sedar wajah mereka menggambarkan ditipu hidup-hidup oleh DAP dan PKR.

Apa guna sudah berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya? Tetapi masih juga berdusta dan membuat fitnah UMNO tolak islam sedangkan mereka raja mempermainkan Islam termasuk isu khalimah Allah.

Jika diimbas kembali Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pengalamannya bersama PAS 20 tahun lalu membuktikan parti itu tidak berani atau ikhlas untuk melaksanakannya walaupun pernah meluluskan enakmen mengenainya yang diperkenan Sultan Kelantan. 

“Semuanya sudah berkedut. Pelbagai dalih diberikan, termasuk berbohong macam-macam. PAS tidak laksanakan hukum hudud kerana awal-awal lagi mereka tidak ada cadangan untuk buat hukum ini. Ia tidak ada dalam manifesto pilihan raya.” 

Kenyataan yang dibuat Ku Li pada 1999 masih relevan pada hari ini. PAS dikatakan membuat hukum hudud hanya untuk memenuhi cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April 1992.

PAS berbelanja lebih RM200,000 wang rakyat yang dibayar kepada sebuah syarikat guaman menyediakan draf enakmen itu, akhirnya wang itu hangus begitu saja. Kata Ku Li, PAS ternyata mengejar kuasa bukan untuk mendaulatkan Islam kerana, selepas mendapat begitu banyak kuasa, hukum hudud tidak juga dilaksanakan sampai kini.

Bukankah ini pembaziran yang hanya kerana nafsu amarah Nik Aziz tercabar? Tercabar je bazir duit! Tercabar je buang duit buat himpunan PAS! Terdesak sahaja berpuluh bas dibayar angkut pengikut dari serata tempat untuk kumpulkan demi menunjuk-nunjuk PAS ramai sokongan. Itu rutin PAS dan itu sahaja PAS mampu lakukan.

Selama ini yang dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS dari semasa ke semasa untuk pancing undi dan terus mendapat kuasa lagi. Dan demi tujuan yang sama PAS sanggup menjadi kaldai seumur hidup DAP.

Sekarang timbul Isu Lahad Datu diceroboh pengganas, PAS bukan membantu kerajaan demi keselamatan negara sebaliknya lebih bersubahat dengan Pakatan Rakyat walaupun Tian Chua menghina anggota Polis dengan tuduhan sendiwara semata-mata. PAS semakin gila kuasa! Walaupun Suaram di dedahkan menyalur dana USD 2 juta.

Dimana PAS selain menjadi ejen mengngucar-kacir negara matlamat ke Putrajaya lebih Penting berbanding keselamatan negara.

CHE GU BARD DAN AZLAN????

Hot !!! Che Gu Bard Pernah Dedahkan Bapa Saiful Bukhari Cuba Melacurkan Isteri Untuk Mendapatkan Duit

Pada 09 May 2010, Che Gu Bard pernah membawa keluar satu artikel dalam blog miliknya ( Klik Sini  ) yang telah dipetik melalui email penyokong Pakatan Haram kepadanya. Dalam artikel tersebut penyokong Pakatan Haram yang menghantar email kepada Che Gu Bard telah mempertikai kredibiliti bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang telah menghilangkan diri sejak sekian lama.

Email tersebut juga ada mendedahkan bahawa bapa Saiful Bukhari sebelum menghilangkan diri merupakan seorang yang kuat berjudi dan pernah cuba memaksa arwah ibu Saiful Bukhari melacurkan diri untuk mendapatkan duit dengan secara mudah. Namun di sebabkan paksaan tersebut arwah ibu Saiful Bukhari telah memohon cerai dan penceraian tersebut telah berlaku ketika umur Saiful Bukhari berumur 4 tahun.



Sudah jelas dan nyata penyokong Pakatan Haram juga mempertikai kredibiliti bapa Saiful Bukhari sebelum ini yang di lihat hanya bertuhankan nafsu untuk mendapatkan duit dengan secara mudah.

Ye la.. semua orang tahukan.. Manusia yang bertuhankan nafus apabila dirinya terdesak memerlukan duit, pastinya akan sanggup melakukan apa-apa pun jua untuk mendapatkan duit dengan segera walaupun terpaksa menjual maruah keluarga.

Bagai " Pucuk dicita, Ulam mendatang ". Anwar Ibrahim pasti akan menggunakan kesempatan yang telah di tawarkan Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya dari kes liwat Saiful Bukhari walaupun Saiful Bukhari tetap mempertahankan kenyataannya bahawa dia pernah diliwat Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim sedar dengan menggunakan pengakuan Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya dari kes liwat Saiful Bukhari bukanlah satu bukti yang kukuh dan boleh di percayai kerana yang menjadi mangsa liwat adalah Saiful Bukhari dan bukannya bapanya Azlan Mohd Lazim.

Tapi harus di ingat, dengan pengakuan Azlan Mohd Lazim ini. Anwar Ibrahim akan gunakan sepenuhnya kesempatan yang ada supaya dapat mengalih pandang masyarakat terhadap pendedahan perisik Filipina yang menyatakan dia mempunyai kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu dan selain itu dapat di gunakan untuk mengalih isu kemarahan masyarakat terhadap kebodohan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mempolitikkan isu Lahad Datu untuk menyalahkan UMNO/BN selaku pentadbir Kerajaan Malaysia.

Sekiranya Anwar Ibrahim tidak berbuat begitu pastinya isu Lahad Datu akan membuat PKR berhadapan dengan kesukaran di PRU 13 ini. Malahan akan melibatkan parti-parti dalam Pakatan Haram.