Rakyat semakin musykil termasuk akar umbi PAS, KENAPA hukum hudud tidak disebut dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan 2 minggu lepas? Kalau rakyat saksikan riak wajah Nik Aziz dan Haji Hadi diatas pentas pun akan sedar wajah mereka menggambarkan ditipu hidup-hidup oleh DAP dan PKR.
Apa guna sudah berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya? Tetapi masih juga berdusta dan membuat fitnah UMNO tolak islam sedangkan mereka raja mempermainkan Islam termasuk isu khalimah Allah.
Jika diimbas kembali Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pengalamannya bersama PAS 20 tahun lalu membuktikan parti itu tidak berani atau ikhlas untuk melaksanakannya walaupun pernah meluluskan enakmen mengenainya yang diperkenan Sultan Kelantan.
“Semuanya sudah berkedut. Pelbagai dalih diberikan, termasuk berbohong macam-macam. PAS tidak laksanakan hukum hudud kerana awal-awal lagi mereka tidak ada cadangan untuk buat hukum ini. Ia tidak ada dalam manifesto pilihan raya.”
Kenyataan yang dibuat Ku Li pada 1999 masih relevan pada hari ini. PAS dikatakan membuat hukum hudud hanya untuk memenuhi cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April 1992.
PAS berbelanja lebih RM200,000 wang rakyat yang dibayar kepada sebuah syarikat guaman menyediakan draf enakmen itu, akhirnya wang itu hangus begitu saja. Kata Ku Li, PAS ternyata mengejar kuasa bukan untuk mendaulatkan Islam kerana, selepas mendapat begitu banyak kuasa, hukum hudud tidak juga dilaksanakan sampai kini.
Bukankah ini pembaziran yang hanya kerana nafsu amarah Nik Aziz tercabar? Tercabar je bazir duit! Tercabar je buang duit buat himpunan PAS! Terdesak sahaja berpuluh bas dibayar angkut pengikut dari serata tempat untuk kumpulkan demi menunjuk-nunjuk PAS ramai sokongan. Itu rutin PAS dan itu sahaja PAS mampu lakukan.
Selama ini yang dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS dari semasa ke semasa untuk pancing undi dan terus mendapat kuasa lagi. Dan demi tujuan yang sama PAS sanggup menjadi kaldai seumur hidup DAP.
Sekarang timbul Isu Lahad Datu diceroboh pengganas, PAS bukan membantu kerajaan demi keselamatan negara sebaliknya lebih bersubahat dengan Pakatan Rakyat walaupun Tian Chua menghina anggota Polis dengan tuduhan sendiwara semata-mata. PAS semakin gila kuasa! Walaupun Suaram di dedahkan menyalur dana USD 2 juta.
Dimana PAS selain menjadi ejen mengngucar-kacir negara matlamat ke Putrajaya lebih Penting berbanding keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment