Saturday, 30 March 2013

TARIKH PEMBUBARAN DUN DAN PARLIMEN BUKAN RAHSIA

Assallammualaikum dan salam perjuangan

catatan ini dibuat pada 31 Mac 2013 pada jam 8.00 pagi...
sehingga kini belum lagi pembubaran parlimen diumumkan oleh YAB PM kita. sehinggakan Dun di Negeri Sembilan terbubar sendirinya.ini mencipta sejarah kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara dun di salah sebuah negeri terbubar sendirinya.
dan Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa ini tiada masalah sebab sebelum ini tidak pernah berlaku sebab itulah dikatakan kali pertama..
tun Mahathir pun mengulas tidak ada masalah utk bubar lewat kerana kerajaan masih sah kerana pembubaran akan sendirinya berlaku pada bulan Mei kelak.
usaha untuk melewatkan PRU bukan satu usaha utk melengahkan atau dibuat sambil lewa tetapi agensi keselamatan negara dan perisikan negara bekerja siang dan malam tanpa rehat utk memastikan proses kempen..proses membuang undi dan proses kiraan undi berjalan lancar..pelbagai aspek dan andaian diambil kira utk memstikan semuanya berjalan lancar dan teratur.
DS Najib memandang perkara ini dengan begitu berhati hati kerana amanah rakyat terpikul dibahu beliau utk memastikan segala galanya selamat dan tiada ruang dan peluang dari anasir luar utk menangguk di air yang keruh..persoalannya kalah menang BN bukan lagi perkara utama tetapi aspek keselamatan dan keamanan perlu diberi perhatian menyeluruh. BN tidak seperti PR sanggup gunakan apasaja cara asalkan menang dlm PRU kelak.
Kita sebagai rakyat Malaysia samada pengundi BN atau PR harus sama sama berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk negara Malaysia kita tercinta..Pembubaran parlimen bukan satu isu yang besar kerana kita semua sudah tahu bila tarikh parlimen akan terbubar sendirinya dan kini pun semua parti sudah berkempen tetapi kita selaku rakyat Malayska harus berfikiran matang dan siap siaga utk masa hadapan anak cucu cicit kita..
halatuju perlu jelas dan nyata kerana keamanan dan kemakmuran boleh kita hancurkan sekelip mata tetapi utk mendapatkan dan membinanya memerlukan pengorbanan dan air mata..janganlah kita siasiakan pengorbanan dan kepayahan warisan terdahulu hanya kerana kita memenuhi cita cita politikus yang rakus dan sempit..
berilah peluang kepada Najib utk kita sma sama menjalankan proses demokrasi dengan aman dan damai supaya kita rakyat malaysia terus menjadi contoh dimata dunia dan Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua..InsyaAllah..
sumber : sahabat blogger

No comments:

Post a Comment