Assallammualaikum
terimakasih kepada sahabat blogger kerana sudi share maklumat ttng comango ini...dan pastinya kita sudah tahu dan niat halatuju PKR ini utk membawa malaysia kearah mana sebenarnya....
peringatan kepada semua pejuang haqqul yakin...BERSEDIA....
COMANGO: NURUL IZZAH WAJAR BERDEBAT DENGAN AHLI PARLIMEN TEMERLOH!!!
Adalah disyorkan supaya anak kesayangan Si Ketua Penipu yang bernama Si Nurul Izzah tu mengadakan sesi berdebat dengan Ahli Parlimen Temerloh pasal isu COMANGO ni.
Bukan apa. Kalau orang lain cakap nanti, dia akan kata itu semua Retorik dan sengaja nak memutarbelitkan isu. Jadi, ada baiknya dia berdebat sesama sendiri.
Yang satu nak menghalalkan cara untuk mendapat sokongan sampai tahap sanggup menjual kesucian Islam secara terang - terangan. Yang satu pulak dok Pakat Angguk Saja.
Ini kita baru dengar dari mulut Si Ahli Parlimen Temerloh tu. Belum lagi kita dengar dari golongan - golongan Liberalis yang ada dalam PAS. Apa pulak kata mereka?
Adakah mereka akan turut membantah desakan yang dibuat oleh COMANGO kepada PBB atau menyokong tuntutan tersebut secara terbuka?
Bab yang ada kaitan dengan agama ni memang satu isu yang sering bercanggah dalam PAS sendiri. Sama macam isu penggunaan kalimah Allah. Pun sesama diorang bercanggah pendapat. Jangan sampai Ahli Parlimen Temerloh ni menyalak sorang - sorang sudah la!!!
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini ketika proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland hari ini, digugurkan.
Ini berikutan tuntutan Comango yang menuntut Malaysia menandatangani Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang menyentuh mengenai kebebasan beragama dan kelonggaran seseorang untuk menukar sekaligus mencabar undang-undang Syariah negara.
Malaysia juga digesa mengiktiraf hak-hak orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis.
Comango mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menggesa untuk menggugurkan atau meminda peruntukan mengenai polisi moral yang didakwa menggugat hak privasi seseorang.
Selain itu, Comango turut mempertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran syiah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.
Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen PAS-Temerloh, Nasruddin Hassan menegaskan keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dihormati Comango dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat jahat.
“Kami turut mendesak agar campurtangan atau tekanan luar terhadap keputusan yang telah diambil melibatkan Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa memandangkan is harus ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat,” kata kenyataan berkenaan.
No comments:
Post a Comment