Kedai makan di Jitra letak gambar pemimpin Syiah
Semakin lama makin menular pulak fahaman syiah dalam masyarakat kita. Di Kedah khususnya sudah banyak laporan dibuat terhadap jabatan agama Islam. Tindakan fatwakan haram syiah di Kedah amat tepat oleh Kerajaan negeri.
Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakkan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabila gerakan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah, tetapi semua itu boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.
Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah.
KDN sudah kenal pasti pemimpin politik terlibat dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada majlis agama Islam negeri.
Setakat ini, kerajaan negeri belum menyediakan laporan berkaitan aktiviti Syiah di negeri ini, dan maklumat berkaitan sedang dikumpul untuk tindakan lanjut.
Maklumat yg ada akan dijadikan rujukan dan panduan untuk proses mewartakan fatwa itu dan telah dibahas dan diluluska. dalam sidang Dun 25 Ogos DENGAN TENTANGAN KUAT DR ADUN PAS. Bagaimanapun alhamdulillah fatwa anti Syiah selepas mendapat persetujuan dewan dan sdg diwartakan.
NAMUN JAGA2 kerana puak Syiah akan membalas dendam atas pewartaan tersebut kerana selepas diwartakan katanya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terbukti cuba menyebarkan fahaman Syiah.
Fatwa itu tidak akan dikuatkuasakan secara drastik, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah agar pengikutnya kembali ke pangkal jalan tapi ADAKAH PENGIKUT SYIAH TEGAR BOLEH DI PERBETULKAN SEMULA SEPERTI SEDIA KALA ?
Kita ambil contoh pd isu AL ARQAM....hingga saat ni masih lg bterusan walau dlm kumpulan yg kecil. Semua ini kerana TAKSUB DAN EKSTREM.
Langkah awal ialah mulakan usaha memperbetulkan akidah golongan ini sebelum diambil tindakan perundangan. Ada pihak yang tidak sedar mereka terikut-ikut dengan fahaman itu.
Kita berharap agar pemantauan dilakukan berterusan agar kegiatan ini tidak tersebar dengan cepat seperti sebelum ni, jadi langkah yang diambil Menteri Besar Kedah ini amat baik demi menyelamatkan akidah rakyat Kedah hatta Malaysia.
No comments:
Post a Comment