Tuesday, 12 August 2014

NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP;

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

Saturday, 9 August 2014

Drama bakal berakhir, tunggu episod baru: Noh


SHAH ALAM - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kemelut politik kerusi Menteri Besar Selangor sudah boleh dijangka dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR serta-merta.

Katanya, walaupun jalan cerita sudah sampai ke penghujung kerana skrip tersebut memang sudah ada, tetapi masih ada episod baru yang lebih mengujakan iaitu pendirian Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid.

"Episod seterusnya terletak pada Pas. Sama ada mereka terus sokong Abdul Khalid seperti mana pendirian mereka sebelum ini atau menarik balik sokongan mereka.

"Pada masa yang sama, sekiranya mereka ikhlas, mereka boleh mempelawa Abdul Khalid menyertai parti itu kerana kedudukan menteri besar yang kini menjadi Adun bebas," katanya, semalam.

Noh berkata, walaupun Abdul Khalid disingkir daripada PKR namun beliau boleh kekal sebagai ketua kerajaan negeri kerana pelantikannya sah menurut Perlembagaan.

"Inilah kali pertama dalam sejarah Selangor, menteri besar adalah Adun Bebas. Namun begitu Umno Selangor mengambil pendirian tunggu dan lihat sahaja drama ini," katanya.

KHALID IBRAHIM DIHUKUM

KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Sunday, 27 April 2014

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Assalamualaikum....... Tazkirah untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu membaca serta mengambil pengajaran.

Sebagai RENUNGAN

Bahayanya penyebar berita palsu (fitnah)

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar berita yang tidak jelas asal-usulnya. Kadang kadang isu kecil di perbesarkan dalam berita yang di edarkan atau sebaliknya.

Kadang kadang berita itu berkait dengan kehormatan seseorang muslim. Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya ?

Dalam naskah berikut ini, penulis menjelaskan kepada kita, bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. 

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu.

Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar. Allah berfirman, maksudnya:-“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti” Maksudnya, janganlah kamu menerima (begitu saja) berita dari orang fasik, sebelum kamu periksa, teliti dan mendapatkan bukti kebenaran nya.(Dalam ayat ini) Allah memberitahu, bahwa orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar.

Karena, berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika ben
ar sesuai dengan bukti, maka diterima dan jika tidak, maka ditolak.Kemudian Allah menyebutkan illat (sebab) per
intah untuk meneliti dan larangan untuk mempercayai berita-berita tersebut.

Allah berfirman.

“Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya”.

Kemudian nampak bagi kamu kesalahanmu dan kebersihan mereka.“Yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” [Al Hujurat : 6]

Terutama jika berita tersebut boleh menyebabkan punggungmu kena rotan. Maksudnya isu yang kamu bicarakan boleh mengkibatkan kamu kena hukum had, seperti qadzaf (menuduh) dan yang sejenisnya.

Sesungguhnya semua kaum muslimin perlu menghayati ayat ini, untuk di baca dan renungi, lalu beradab dengan adab yang ada padanya. Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan orang fasiq yang jahat !

Betapa banyak darah yang tertumpah, jiwa yang terbunuh, harta yang terampas, kehormatan yang terkoyak, akibat berita yang tidak benar! Berita yang dibuat oleh para musuh Islam.

Dengan berita itu, mereka hendak menghancurkan persatuan umat Islam , dengan menyemarakkan dan mengobarkan api permusuhan diantara umat Islam.Betapa banyak dua saudara, berpisah disebabkan berita bohong! Betapa banyak suami-isteri berpisah karena berita yang tidak benar !

Betapa banyak bangsa bangsa, dan kumpulan kumpulan, parti parti,jemaah jemaah dan negara negara saling memerangi, karena tertipu dengan berita bohong!Allah Azza wa Jalla Yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui, telah meletakkan satu kaedah bagi umat ini untuk memelihara mereka dari perpecahan, dan membentengi mereka dari pertikaian, juga untuk memelihara mereka dari api fitnah.

Tetapi sayang tidak ada satu pun masyarakat muslim yang bebas dari orang-orang munafiq yang memendam kedengkian.

Mereka tidak senang melihat kaum muslimin berbaik baik menjadi masyarakat yang bersatu dan bersaudara.Wajib atas kaum muslimin untuk berhati hati dan berwaspada dengan musuh-musuh mereka.

Dan hendaklah kaum muslimin mengetahui, bahwa para musuh me
reka tidak pernah tidur (tidak pernah berhenti) merancang tipu daya terhadap kaum muslimin. Maka wajiblah atas m
ereka untuk senantiasa waspada, sehingga boleh mengetahui sumber kebencian, dan bagaimana rasa saling permusuhan dikobarkan oleh para musuh.

Sesungguhnya keberadaan orang-orang munafiq di tengah kaum muslimin dapat menimbulkan bahaya yang sangat besar. Akan tetapi yang lebih berbahaya, ialah keberadaan orang-orang mukmin berhati baik yang selalu menerima berita yang dibawakan orang-orang munafiq.

Mereka membuka telinga lebar-lebar mendengarkan semua ucapan orang munafiq, lalu mereka berkata dan bertindak sesuai dengan berita itu.

Mereka tidak peduli dengan bencana yang bakal menimpa kaum muslimin akibat percaya kepada orang munafiq.

Al Qur’an telah mencatatkan buat kita satu bencana yang pernah menimpa kaum muslimin, akibat dari sebagian kaum muslimin yang mengikuti orang-orang munafiq yang dengki, sehingga boleh mengambil pelajaran dari pengalaman orang-orang sebelum kita.

Bacalah Surat An Nur dan renungilah ayat-ayat penuh barakah yang Allah ucapkan tentang kebersihan Ummul Mukminin ‘Aisyah x dari tuduhan kaum munafiq.

Kemudian sebagian kaum muslimin yang jujur terikut ikut menuduh tanpa meneliti bukti-buktinya.

Allah berfirman.“Sesungguhnya orang-orang yang membawa ifki adalah dari golongan kamu juga.Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu.Tiap-tiapseseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya adzab yang besar”. [An Nur : 11].

Ifki , maksudnya ialah berita bohong. Dan ini merupakan kebohongan yang paling jelek.“Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu”. [An Nur : 11].

Tidak semua perkara-perkara itu boleh dinilai hanya melalui zahirnya saja. Karena terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan. Diantara kebaikan (yang
dijanjikan Allah buat keluarga Abu Bakar), ialah Allah menyebut mereka di malail a’la. Dan Allah menurunkan beber
apa ayat yang boleh dibaca mengenai keadaan (keluarga Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhu).

Dengan turunnya ayat ini, maka hilanglah mendung dan tersingkaplah kegelapan itu. Lenyap sudah gunung kepedihan yang berlegar dalam kalbu Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, suaminya, yaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ayahandanya.

Sebagaimana juga hilangnya kepedihan si penuduh, iaitu seorang shahabat yang jujur Shafwan bin Mu’atthil.Kemudian ayat selanjutnya mengajarkan kepada kaum mukminin, bagaimana menyikapi berita. Allah berfirman.“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:

”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Wahai kaum msulimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnuhan (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan.

Dan engkau katakan,“Maha Suci Engkau (Allah) , ini merupakan kedustaan yang besar”. [An Nur : 16].

Inilah yang dilakukan oleh sebagian shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika sampai berita kepada mereka tentang Ummul Mukminin.Diceritakan dari Abu Ayyub, bahwa istrinya berkata,”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab,”Ya.

Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab,”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata,”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.”Kemudian Allah berfirman.“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itula
h pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

Inilah langkah yang kedua, jika ada berita tentang saud
aranya. Langkah pertama, mencari dalil yang bersifat batin, maksudnya berhusnuzhan kepada saudaranya.Langkah kedua mencari bukti nyata.“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].

Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta.

Dan cegahlah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali. Dengan demikian, berita itu akan mati dan terkubur di dalam dada pembawanya ketika kehilangan orang-orang yang mau mengambil dan menerimanya.

Seperti inilah Al Qur’an mendidik umatnya. Namun sayang sekali , banyak kaum muslimin yang tidak konsisten dengan pendidikan ini. Sehingga jika ada seorang munafik yang menyebarkan berita bohong, maka berita itu akan segera disebarkan di masyarakat samada melalui percakapan atau melalui media termasuk melalui internet tanpa periksa dan meniliti kebenarannya.

Dalam hal ini Allah berfirman.“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut”.[An Nur : 15].

Pada dasarnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Akan tetapi Allah ungkapkan tentang cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan boleh atau tidak berita itu disebar luaskan.“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.

Padahal dia pada sisi Allah adalah besar”. [An Nur : 15].

Allah mendidik kaum mukminin dengan adab ini. Mengajarkan kepada mereka cara menghadapi berita serta cara membanterasnya, sehingga tidak tersebar di masyarakat.

Setelah itu Al
lah mengingatkan kaum mukminin, agar tidak membicarakan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Allah juga mengingatkan
mereka, agar tidak menyertai bantu para pendusta penyebar berita bohong.

Allah berfirman.“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman”. [An Nur : 17].

Kemudian Allah menjelaskan, membantu para pendusta bererti mengikuti langkah-langkah syaitan.

Allah berfirman.“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syetan, maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar”. [An Nur : 21].

Dalam ayat selanjutnya Allah menerangkan, lisan dan semua anggota badan lainnya akan memberikan kesaksian atas seorang hamba pada hari kiamat.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka adzab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahwa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)”. [An Nur 23-25].

Wahai para penyebar berita palsu (fitnah) !
Wahai para pendusta! Hai orang yang tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan !

Hai orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang baik !

Tahanlah lidahmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan.

Allah berfirman :

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].

Tahanlah lidahmu! Jauhilah perbuatan bohong dan janganlah menyebar fitnah !

Janganlah menuduh kaum muslimin tanpa bukti, dan janganlah berburuk sangka kepada merek
a !

Seakan-akan aku dengan engkau, wahai saudaraku, berada pada hari kiamat; hari kerugian dan hari penyesalan. S
ementara para seterumu merebutmu. Yang ini mengatakan “engkau telah menzalimiku”, yang lain mengatakan “engkau telah menfitnahku”, yang lain lagi mengatakan, “engkau telah mengaibkanku”.

Sementara engkau tidak mampu menghadapi mereka. Engkau mengharap kepada Rabb-mu agar menyelamatkanmu dari mereka, namun tiba-tiba engkau mendengar.“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya”. [Al Mukmin : 17].

Lalu engkaupun menjadi yakin dengan neraka. Engkau ingat firman Allah.“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang dzalim.

Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak” [Ibrahim : 42].

Kita berlindung kepada Allah dari kehinaan. Dan semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya. 

Oleh DR Abdul Azhim Al Badawi

[Diterjemahkan dari majalah Al Ashalah, edisi 34 tahun ke VI )

Tuesday, 22 April 2014

TARIK DIRI TANDING PRESIDEN, ANWAR ULANG SKRIP LAMA PERTAHAN SANDIWARA POLITIK

TARIK DIRI TANDING PRESIDEN, ANWAR ULANG SKRIP LAMA PERTAHAN SANDIWARA POLITIK

KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menganggap pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul yang memaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, apabila Anwar mencalonkan diri bagi jawatan Presiden, maka keputusan yang diumumkan hari ini telah pun dijangka sebagaimana sikapnya yang penuh dengan sandiwara.

“Ini semua sandiwara daripada Anwar dan keluarganya yang mahu memastikan bahawa PKR kekal didominasi oleh anak beranaknya sendiri tanpa ada orang lain yang berani tampil mencabar Wan Azizah sebagai presiden parti,” katanya kepada UMNO-Online.

pkr-parti-keluarga-rakyat-suami-isteri-anak-anwar-azizah-nurul-pemilihan

Jelas beliau, Anwar sedar kebarangkalian untuk beberapa pemimpin PKR yang akan bertanding jawatan tertinggi parti lantas dia sendiri mencalonkan diri menentang isterinya agar pihak lain tidak berani untuk berbuat demikian.

“Tindakan menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden ini dibuat adalah taktik politik bagi melindungi kepentingan kroni dan keutamaan keluarga sendiri agar tidak beralih kepada individu lain biarpun mereka adalah pemimpin PKR. Ini kerana Anwar mahu mengekalkan dominasi dan pengaruhnya sendiri.”

Akhir Mac lalu, pencalonan PKR untuk pemilihan parti dibuat dengan Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Wan Azizah untuk jawatan presiden sementara empat orang untuk jawatan Timbalan Presiden yang antaranya ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Azmin Ali dan Tian Chua. Anak Anwar, Nurul Izzah pula akan bertanding bersama 15 yang lain bagi jawatan Naib Presiden PKR.

“Ini bukan cerita baru kerana tindakan tersebut pernah menjadi permainan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini yang meletakkan Anwar bertanding dengan Wan Azizah dan di saat-saat akhir beliau bertindak menarik diri sebagaimana yang berlaku hari ini,” kata Hasbullah.

Dalam hal ini beliau menyorot kepada pemilihan PKR pada 2007 apabila Anwar bertanding bersama Wan Azizah dan Rahman Othman untuk jawatan Presiden tetapi kemudiannya Anwar menarik diri yang diikuti oleh Rahman dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Wan Azizah.

Ketika itu, Anwar tidak dibenarkan bertanding setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkannya tidak layak kerana tempoh sekatan politik masih berjalan hingga April 2008, dan kini untuk pemilihan 2014, Anwar juga berisiko hilang kelayakan ekoran hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya.

“PKR bukan sahaja parti anak beranak, laki bini dan parti keluarga tetapi mereka juga adalah parti politik yang penuh dengan babak-babak sandiwara, selepas satu babak maka mereka akan beralih kepada babak yang seterusnya untuk dilakonkan malah sekiranya wujud anugerah pelakon terbaik dalam politik maka Anwarlah orang yang paling layak.”

Penarikan diri Anwar itu sekali gus memberi laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan yang disandang sejak penubuhan parti pada 1999.

“Pemilihan PKR ini ibarat mengulangi skrip lama dengan siapa yang bakal menang telah pun dapat diduga.

“Apa yang berlaku dalam PKR ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kenyataan bahawa ideologi perjuangan parti tersebut adalah berlandaskan kepada individu dan ahli keluarganya semata-mata dan tidak mengutamakan kepentingan masyarakat keseluruhan.”

Lantaran itu, beliau menyeru rakyat agar menolak taktik politik sedemikian dan menjadikan insiden yang berlaku dalam PKR sebagai penilaian terbaik bagi memilih pemimpin negara pada masa hadapan.

Monday, 21 April 2014

PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

KUALA LUMPUR, 21 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin.

hafarizam-harun-peguam-umno-bn-penasihat-undang-undang-firma-mahkamah-perlembagaan-saman-fitnah

Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.

Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.

“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.

Sementara itu menurut  beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.

“Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.

“Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” akhiri beliau. -MediaUMNO

Saturday, 12 April 2014

SIAPE SEBENARNYA PEMEGANG PASSPORT BOC YANG MENJADI PENGKHIANAT NEGARA

1. Dalam era 70 an, selepas peristiwa 13 Mei, kaum Cina sudah menanam kebencian dalam jiwa mereka terhadap Malaysia. Tambahan pula, Tun Abdul Razak telah menggagaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kaum Cina berasa cemburu dan  bercadang untuk menghantar anak mereka belajar di luar negara dan akhirnya meninggalkan Malaysia.

2.  Kaum Cina telah mengkaji sistem kerakyatan negara maju seperti United Kingdom dan di negara Asia yang lain seperti Taiwan dan Hong Kong. Mereka mendapati UK adalah negara berpotensi besar memberi kerakyatan kepada rakyat negara lain apatah lagi British merupakan bekas penjajah Tanah Melayu yang menyediakan kemudahan passport BOC kepada rakyat jajahannya (Commonwealth).

3. Anak-anak Cina dalam era 90 an telah mendapat keputusan yang cemerlang dan di hantar belajar ke UK. Atas kebencian yang mendalam terhadap Malaysia mereka menanam tekad tidak mahu menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Kumpulan ini terus mencari peluang pekerjaan di UK dengan menggunakan pas lawatan kerja namun sebilangan besar daripada mereka duduk secara haram di sana.

4. Seluruh rakyat Malaysia akan marah jika mendengar fakta di bawah ini :-

a) Majoriti dalam kelompok ini merupakan penerima biasiswa kerajaan

b) Majoriti kelompok ini adalah golongan profesional yang terdiri daripada doktor, peguam, akauntan dan bankers.

c) Secara total kesemua mereka adalah kaum Cina (warganegara Malaysia)

5. Kaum Cina di Malaysia sememangnya mengatur stratergi menggunakan kemudahan kerajaan dan akhirnya meninggalkan bumi Malaysia sebagai pengkhianat negara.

6. Lebih daripada 10 tahun kumpulan tersebut bermastautin di UK dan berjaya memegang passport BOC akhirnya kerajaan UK telah meminda perundangan mereka dengan tidak lagi memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC.

7. Mengapa kerajaan UK meminda perundangan tersebut ?

a) Sebilangan kecil kaum Cina Malaysia yang telah menjadi rakyat UK menuntut kepelbagaian hak keistimewaan

b) Kumpulan yang lolos menjadi rakyat UK ini diberikan betis nakkan peha, diberi peha hendak pijak kepala.

8. Kumpulan 1000 orang profesional ini terkejut dengan keputusan kerajaan UK kerana mereka dengan angkuh telah melucutkan kewarganegaraan mereka secara sukarela. Mereka mengoyak, memijak dan meludah passport Malaysia pada tahun 2003.

9. Walaupun permohonan kewarganegaraan mereka telah ditolak oleh UK, sikap biadap kumpulan ini dengan memasang guaman untuk memperjuangkan hak kewarganegaraan UK mereka atas alasan kononnya mereka pembayar tegar cukai di UK. Tindakan ini telah menyebabkan nama Malaysia terjejas di mata
kerajaan UK sehinggakan ada ura-ura hampir mengenakan visa terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang memasuki UK.

10. Rakyat Malaysia pasti marah dengan kumpulan ini. Sudahlah menjadi pengkhianat negara, sekali lagi mereka memburukkan imej Malaysia di mata antarabangsa.

11. Sekarang kumpulan ini bergelar "stateless". Kumpulan ini terhegeh-hegeh menagih kerakyatan dari negara lain seperti Australia, Hong Kong, Taiwan & Singapura. Mereka kini menjadi tukang cuci pinggan, tukang sapu malah ada yang menjadi penganggur walaupun mempunyai segulung ijazah dari universiti terkemuka.

12. Nasib kumpulan pengkhianat ini sedaya upaya di bela oleh DAP. Oleh sebab itu Ahli Parlimen Tanjong menarik nafas lega kononnya Malaysia menyambut baik kepulangan 1000 pengkhianat tersebut.

13. Peringatan buat Rakyat Malaysia, JANGANLAH sesekali kita memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana jika mereka memerintah sebagai kerajaan Persekutuan nyata 1000 pengkhianat ini akan diberi kerakyatan semula di Malaysia.

Thursday, 10 April 2014

Sekadar berkongsi maklumat CABARAN AWAL EKONOMI MELAYU


Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.

Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.

Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.

Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.

Wednesday, 9 April 2014

BN bidas Selangor mansuh diskaun harga rumah untuk Bumiputera



APRIL 08, 2014

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor membidas keputusan kerajaan negeri Selangor memansuhkan diskaun 7% yang diberikan kepada Bumiputera untuk pembelian kediaman mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku.

Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias (gambar) berkata kerajaan negeri sepatutnya mempertimbangkan perkara itu sebelum membuat keputusan yang membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri.

"Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun 7% itu kepada Bumiputera walaupun memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik di bawah RM42,000. Ini kerana kedudukan kewangan golongan itu masih lagi rendah.

"Bagaimanapun kerajaan negeri hari ini memansuhkan diskaun 7% itu, yang pasti akan membeban dan menyukarkan Bumiputera yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.

Shamsudin mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad (PAS) pada sidang DUN hari ini bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan diberikan subsidi.

Sementara itu, Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharif pula mempersoalkan komposisi bilangan unit rumah mampu milik oleh kerajaan negeri di bawah skim itu, yang hanya memperuntukkan 10% rumah jenis A, iaitu di bawah harga RM42,000.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri menetapkan peratusan lebih besar untuk pembinaan rumah mampu milik jenis B dan C yang berharga antara RM100,000 hingga RM200,000 iaitu 30%.

Begitu juga untuk perumahan mampu milik jenis D berharga antara RM220,000 hingga RM250,000, yang tidak mengehadkan peratusan pembinaannya kepada pemaju, katanya.

"Mengapa kerajaan negeri hanya bina 10% sahaja rumah mampu milik di bawah harga RM42,000. Ramai lagi Bumiputera tidak mampu memiliki kediaman mampu milik melebihi harga RM42,000, terutama yang berpendapatan rendah.

"Sepatutnya kerajaan negeri bina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga berkenaan. Jika ini keadaannya bagaimana usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam pemilikan perumahan," katanya. – Bernama, 8 April, 2014.

Tuesday, 11 March 2014

Kumpulan China dakwa rampas MH370





Sepang: Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs’ Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.

Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan. 


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek. 

Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.

“Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.

Elak buat andaian 

“Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.

Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.

Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.

“Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.

“Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.

“Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya,” katanya.

BHarian

Thursday, 6 March 2014

HATI

Jenis-Jenis Hati Manusia Menurut Islam

بسم الله الرحمن الرحيمPasti diantara kita semua bila keluar je nak kelihatan cantik dan kemas. Tapi itu semua cantik luaran semata-mata. Bagaimana pula dengan dalaman? Bagaimana pula dengan kecantikan hati kita? Bagaimana pula dengan pandangan Allah kepada kita?. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Dia melihat hati kamu. Saidina Ali r.a berkata: "Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati". Hati adalah tempat turunnya rahmat dan ilmu pengetahuan. Para ulama' membahagikan hati kepada 4 bahagian. 

4 Jenis Hati Manusia Menurut Islam.

1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.2~ Hati yang pecah.Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 3~ Hati yang tertutup.Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.4~ Hati yang suci.Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.

6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

Banyakkan bertaubat.Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.Jalinkan ukhwah antara manusia.Perbanyakkan solat malam.Perbanyakkan puasa sunat.Banyakkan berzikir.

13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.Mengerjakan solat sunat.Bersedekah dengan hati yang ikhlas.Berzikir.Menolong orang yang susah.Beriktikaf di dalam masjid.Mendengar ceramah agama.Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.Berpuasa sunat.Menolong ibu bapa.Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.Mendoakan kesejahteraan semua orang.Bersangka baik sesama makhluk.

Saturday, 15 February 2014

Perkara: ucapan Sambutan Tahun Baru Cina Teressa Kok?

China Press

Perkara: ucapan Sambutan Tahun Baru Cina Teressa Kok?

Ruangan: dalam negeri m/s A5

Tarikh: 14 Februari 2014 (Jumaat)

Tajuk:

Kritik UMNO tuduh filem menghasut

Tiong Lai dan Kah Siong jadi tali barut: Lim Kit Siang

13hb Segamat China Press,  isu perkataan video filem pendek berkaitan ucapan sambutan hari raya Cina oleh Teressa Kok dalam bahasa Kantonis yang menyebut “Ma Lai Sei Lei Ya” sedang terus membakar dan menyala, ketua pembangkang di Parlimen Lim Kit Siang kutuk presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Naib Presiden MCA Datuk Wee Kah Siong kerana menjadi dalang dan tali barut UMNO!

Lim Kit Siang berkata, filem pendek itu menterjemahkan masalah keselamatan negara dan isu rasuah menggunakan bahasa Mandarin dan Kantonis, tetapi ramai pemimpin UMNO kritik filem pendek itu, sehingga mengatakan filem itu  menghina anggota keselamatan kita yang tewas kepada tentera Sulu di Sabah.

Kit Siang berkata jika bukan kerana MCA dan Gerakan jadi tali barut UMNO, menyampaikan maklumat itu kepada UMNO, jika bukan kenapa pemimpin pemimpin UMNO tidak henti henti menghentam filem pendek itu?

Kit Siang berkata, filem pendek itu beliau bukan tonton sekali sahaja, beliau telah tontonnya lebih daripada lima hingga enam kali, berulang ulang kali ia menunjukan langsung tiada merosakan perhubungan antara kaum dan agama.

Beliau cabar Tiong Lai dan Kah Siong tampil secara terbuka, jangan hanya pandai duduk di sisi UMNO jadi tali barut UMNO.

Pada masa yang sama, beliau mengkritik MCA yang tidak sabar sabar mahu adakan mesyuarat agong tergempar, semata mata hanya mahu rebut jawatan jawatan kerajaan, ambil bahagian dalam sebuah kerajaan yang teruk apa gunanya?

Note:

isi dan maksud suara sebutan perkataan sindiran dalam bahasa kantonis:

Ma Lai: Melayu

Sei Lei Ya: mampus la

“Ma Lai Sei Lei Ya”= Mampuslah Melayu

Yang bijaknya yang dipaparkan dalam karakter Cina bunyi seakan akan sama tetapi lain pula maksudnya, kerana mereka cuba alihkan pandangan yang berbentuk samar samar maksud dan bunyi antara bahasa Kantonis dan Mandarin yang berlainan maksud dicampur adukan,. Dimana dalam karakter Mandarin bermaksud kehadiran kuda membawa keuntungan yang tajam.

Terjemahan:

Abdul Rahman Tee Abdullah

15 Februari 2014

Perkara: ucapan Sambutan Tahun Baru Cina Teressa Kok?

China Press

Perkara: ucapan Sambutan Tahun Baru Cina Teressa Kok?

Ruangan: dalam negeri m/s A5

Tarikh: 14 Februari 2014 (Jumaat)

Tajuk:

Kritik UMNO tuduh filem menghasut

Tiong Lai dan Kah Siong jadi tali barut: Lim Kit Siang

13hb Segamat China Press,  isu perkataan video filem pendek berkaitan ucapan sambutan hari raya Cina oleh Teressa Kok dalam bahasa Kantonis yang menyebut “Ma Lai Sei Lei Ya” sedang terus membakar dan menyala, ketua pembangkang di Parlimen Lim Kit Siang kutuk presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Naib Presiden MCA Datuk Wee Kah Siong kerana menjadi dalang dan tali barut UMNO!

Lim Kit Siang berkata, filem pendek itu menterjemahkan masalah keselamatan negara dan isu rasuah menggunakan bahasa Mandarin dan Kantonis, tetapi ramai pemimpin UMNO kritik filem pendek itu, sehingga mengatakan filem itu  menghina anggota keselamatan kita yang tewas kepada tentera Sulu di Sabah.

Kit Siang berkata jika bukan kerana MCA dan Gerakan jadi tali barut UMNO, menyampaikan maklumat itu kepada UMNO, jika bukan kenapa pemimpin pemimpin UMNO tidak henti henti menghentam filem pendek itu?

Kit Siang berkata, filem pendek itu beliau bukan tonton sekali sahaja, beliau telah tontonnya lebih daripada lima hingga enam kali, berulang ulang kali ia menunjukan langsung tiada merosakan perhubungan antara kaum dan agama.

Beliau cabar Tiong Lai dan Kah Siong tampil secara terbuka, jangan hanya pandai duduk di sisi UMNO jadi tali barut UMNO.

Pada masa yang sama, beliau mengkritik MCA yang tidak sabar sabar mahu adakan mesyuarat agong tergempar, semata mata hanya mahu rebut jawatan jawatan kerajaan, ambil bahagian dalam sebuah kerajaan yang teruk apa gunanya?

Note:

isi dan maksud suara sebutan perkataan sindiran dalam bahasa kantonis:

Ma Lai: Melayu

Sei Lei Ya: mampus la

“Ma Lai Sei Lei Ya”= Mampuslah Melayu

Yang bijaknya yang dipaparkan dalam karakter Cina bunyi seakan akan sama tetapi lain pula maksudnya, kerana mereka cuba alihkan pandangan yang berbentuk samar samar maksud dan bunyi antara bahasa Kantonis dan Mandarin yang berlainan maksud dicampur adukan,. Dimana dalam karakter Mandarin bermaksud kehadiran kuda membawa keuntungan yang tajam.

Terjemahan:

Abdul Rahman Tee Abdullah

15 Februari 2014

Tuesday, 11 February 2014

Kerana Guan Eng Dan Kit Siang Menipu,DAP Bakal Di Haramkan?


MAKLUMAT ASAL KLIK SINI...

http://www.pisau.net/kerana-guan-eng-dan-kit-siang-menipudap-bakal-di-haramkan/

DAP telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi memohon perintah bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) untuk menahan pengiktirafan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC ) yangtelah dipilih semula pada 29 September 2013.Pilihanraya semula ini sebenarnya telah diadakan kerana ROS tidak akan mengiktiraf pilihanraya pertama parti ituyang dibuat pada 15 Disember 2012.
Dalam permohonan yang difailkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 22 Januari baru-baru ini, parti itu juga memohon bagi suatu perisytiharan bahawa keputusan ROS adalah tidak sah di sisi undang-undang. Perkara ini ditetapkan untuk sebut kes dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof pada 11 Mac.
” Kami mengatakan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk menahan pengiktirafan CEC yang dipilih secara sah ,” kata Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAP , AhliParlimen Gobind Singh Deo, di ibu pejabat parti itu diJalan Pudu.
Sebab mengapa ROS menahan pengiktirafan CEC DAP adalah kerana lebih dari satu dozen surat aduan yang dihantar kepada ROS daripada anggota DAP sendiri dan juga pemimpin-pemimpin parti itu.
Aduan-aduan yang diterima oleh RoS adalah seperti berikut:
1. ​Tempoh notis yang tidak mencukupi (tempoh yang sepatutnya adalah 10 ​minggu , seperti yang diakui oleh Karpal Singh sendiri ).
2. ​851 perwakilan yang tidak hadir atau tidak dijemput untuk pemilihan ​semula apabila mereka layak untuk hadir dan mengundi pada mesyuarat ​itu.
3. ​Terdapat 985 cawangan bila hanya 865 cawangan yang sepatutnya ​terlibat dalam pilihan raya semula .
4. ​Senarai perwakilan yang bertarikh 15 Dis 2012 tidak digunakan seperti ​yang sepatutnya.
5. ​Notis mesyuarat yang sebenar gagal dikeluarkan .
6. ​Pilihan raya tidak telus.
7. ​Mengesyaki terdapat elemen penipuan .
8. ​Keputusan pilihan raya yang mencurigakan.
9. ​Manipulasi undi.
Semua tuduhan-tuduhan ini telah dibangkitkan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP sendiri.
Lim Kit Siang perlu menangani isu-isu ini dan menerangkan bagaimana ianya berlaku dan mengapati ada apa yang telah dilakukan untuk membetulkan kesilapan ini walaupun telah diminta berbuat demikianberulang kali oleh ROS .
DAP cuba menampakkan bahawa mereka adalah mangsa dalam persengketaan dengan ROS ini sedangkan dariahli-ahli sehingga kepada pemimpin-pemimpin parti DAP adalah sebenarnya penyebab kepada semua ini,bukan sahaja mereka melanggar undang-undang tetapiberdegil enggan untuk membetulkan kesilapan mereka .
Adakah DAP sengaja mencipta senario yang membolehkan ROS mengambil tindakan terhadap mereka supaya DAP boleh menggunakan simpati masyarakat dan berpura-pura menjadi mangsa penganiayaan danketidakadilan ?
DAP menuduh ROS sengaja menzalimi parti tersebut.Namun DAP perlu ingat bahawa Umno sendiri tidak dikecualikan daripada mengikuti peraturan, seperti yang berlaku dalam Krisis Umno 1988. Dan apa yang lebih teruk adalah, DAP tidak hanya melanggar peraturan ROS tetapi sebenarnya melanggar perlembagaan parti sendiri.
Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Umno Sabah

Monday, 10 February 2014

ANWAR DAN NALAKARUPANN


DAH BOLEH BACA AKHBAR TAMIL UNTUK BERTANDING DI PRK KAJANG...

YENGGAVAAAAAA!!!!

FORUM LEGASI T.A.R

PRK N.25 KAJANG.
Forum Legasi Tunku Abdul Rahman
Tarikh : 10 Februari 2014 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Auditorium New Era College, Kajang.
VIP :
1) YB DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR
2) YAB Khalid Ibrahim MB Selangor
3) YB Lim Kit Siang Pengerusi DAP
4) YB Dr. Hatta Ramli Pengarah Pilihanraya PAS
5) Datuk Ambiga Pengerusi BERSIH
Kehadiran :  800 orang  (M: 12%, C: 80, I: 8%)
Isu :
1) Datuk Ambiga memulakan ucapan dengan menyifatkan Tunku adalah Perdana Menteri kepada semua kaum yang tulen dengan memetik kata-kata Tunku tentang tragedi 13 Mei 1969, antara lain berbunyi "Malaysia tidak ada rakyat kelas satu atau kelas rendah" sambil menamakan Tunku sebagai Bapa Solidarity Malaysia yang baru (New Malaysia).
2) Ambiga menyifatkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) tidak faham undang-undang, sambil menyatakan ikrar antara lain berbunyi "when they divide us, we must unite. Jika mereka mengancam kita, kita mesti melawan. Jika mereka berbohong, kita mesti memperkatakan yang benar. Jangan benarkan mereka membuli kita".
3) YB Dr. Hatta Ramli memulakan ucapan dengan mengenang Tunku sebagai insan tertua di negara ini, jika beliau masih hidup ketika ini. Tetapi yang paling "bising" ialah seorang tua yang berusia 89 tahun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sambil disambut dengan gelak oleh audien. Dr. Hatta menyuburkan sentimen perkauman dengan menyatakan bahawa pada zaman Tunku, tiada laungan Ketuanan Melayu atau Hidup Melayu seperti pada zaman Dr. Mahathir yang memisahkan Melayu dengan orang Cina di negara ini.
4) YB Dr. Hatta bertanya secara sinis kepada Lim Kit Siang, jika ditanya kepada Tunku, Malay first or Malaysia first? Sudah pasti Tunku akan menjawab Malaysia first, bukan Malay first. YB Dr. Hatta membakar sentimen anti-Melayu dikalangan orang Cina dengan menyatakan sampai bila Melayu nak menolak meritokrasi dan sampai bila orang Melayu harus berlindungi disebalik keistimewaan.
5) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memulakan ucapan dengan mengungkapkan penghargaan kepada Almarhum Tunku sebagai pemimpin yang "doing right thing, with right reason". Tunku berjumpa Raja Saudi untuk meminta nasihat bagaimana memajukan institusi Islam di negara ini, maka tertubuhlah Islamic development bank.
6) Tan Sri Khalid Ibrahim memainkan sentimen orang Cina dengan memetik kata-kata Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew mengenai Tunku yang antara lain berbunyi "walaupun anda (Tunku) memisahkan kami (Singapura) tetapi anda tidak pernah menggangu kami (Cina)."
7) YB Lim Kit Siang menyatakan bahawa Tunku hanya mahu diingati sebagai the happiness Prime Minister tetapi jika beliau masih hidup, pasti Tunku amat kecewa kerana Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang cukup kritikal, jenayah yang cukup teruk, perbalahan antara kaum dan agama yang teruk dan kerajaan yang penuh dengan rasuah.
8) YB Lim Kit Siang mempersendakan Tan Sri Taib Mahmud yang akan berundur dari jawatan Ketua Menteri Sarawak pernah menyatakan bahawa UMNO tidak akan dibenarkan memasuki Sarawak kerana UMNO parti yang cukup teruk.
9) YB Lim Kit Siang memainkan isu kalimah Allah untuk menakut-nakutkan orang Cina dengan mencemuh demonstrasi UMNO di Pulau Pinang baru-baru ini. Lim Kit Siang juga memainkan sentimen orang Cina berhubung ancaman dan tawaran ganjaran RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar YB Teresa Kok berikutan video wonderfull Malaysia.
9) YB Lim Kit Siang mencemuh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyatakan "I am Malay first and Malaysia second" apabila Dato' Seri Najib melancarkan Gagasan 1Malaysia dan menyatakan bahawa dia melaungkan Malaysia first and Chiness second di Dewan Rakyat.
10) Anwar Ibrahim memulakan ucapan dengan mengingati peristiwa dalam satu majlis keraian, Tunku bercakap dihadapan khalayak ramai iaitu Anwar anak muda yang cukup lantang tetapi masuk UMNO apabila letih menentang. Dalam Parlimen, wakil rakyat PAS bertanya mengenai tabiat Tunku minum arak tetapi Tunku menjawab dengan berhemah, "yang saya minum arak tu ye la, tetapi apakah yang saya bina masjid, itu bukan pahala ke?"
11) Anwar Ibrahim mengenang peristiwa pengistiharan kemerdekaan oleh Tunku, tetapi hari ini, telah dicemari oleh language of hates and fears.
12) Anwar Ibrahim memainkan sentimen bahawa masa depan rakyat bermula di Kajang dan Selangor ini untuk meneruskan legasi Tunku "not more than securing unity of Malaysia" tidak kira anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Orang Asli, Iban atau anak Kedayan.
Ulasan :
1) Seperti dijangka, forum ini dijadikan pentas untuk menanam kebencian orang Cina terhadap UMNO dan dalam forum ini, menyaksi bertapa rapuhnya jatidiri pemimpin Melayu dalam PAS apabila mengecam bangsa sendiri.



Sunday, 9 February 2014

Gelagat Anwar Krisis Perlembagaan: Memang Itu Yang Anwar Hajatkan by gelagatanwar



‪Anwar jadi MB? Khalid jadi MB? Azmin jadi MB? Tak penting. Yang penting kepada Anwar adalah berlakunya masalah dengan Istana, dan kemudiannya ia boleh dipanjangkan kepada suatu suasana yang lebih parah di peringkat Persekutuan.‬

Taktik ini tak ramai yang boleh baca. Kenapa kalau ada krisis perlembagaan ianya positif kepada Anwar? Tak mungkin Anwar sebodoh itu.‬

Yang Anwar nak buktikan adalah Selangor adalah permulaaan kepada perubahan Perlembagaan di Malaysia. Kuasa Raja mesti dihadkan. Tidak ada kebebasan untuk mereka buat sesuka hati.‬

‬PKR HQ sebenarnya dah siap bahan-bahan bertulis mengenai keperluan sistem Raja di Malaysia dirubah supaya lebih membenarkan proses check and balance di dalam pentadbiran.‬

‬Anwar hanya perlu ride kepada pemikiran Melayu liberal yang memang mahukan ini berlaku. Target Anwar bukan sangat jawatan MB - tetapi berlakunya masalah apabila proses perlantikan MB mahu digagalkan oleh institusi raja.‬

‬Model Politik Turki‬

‬Malaysia memang perlu cepat mengambil model politik Turki. Pindaan Perlembagaan di Turki berlaku dengan cukup massive dan besar. Segalanya boleh diubah. Termasuk klausa untuk membawa bekas pemimpin ke dalam mahkamah. Ini semua sedang disusun dengan baik.‬

Antara pindaan yang akan Anwar cadangkan di dalam DUN Selangor, yang selari dengan apa yang yang dilakukan di Turki:-‬

Artikel 10 Perlembagaan Turki (Equality before the Law). Istana pun siap untuk diheret ke muka pengadilan.‬

‪‬Artikel Privacy Protection (tidak ada rahsia di dalam perbelanjaan Duli Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu)‬
‪‬
Artikel 54 Strike and Lockout‬
‪‬
‪Artikel 125 Recourse to Judicial Review‬
‪‬
Artikel 146 Constitutional Court

‪Artikel 147 Term of Office‬

Yang paling Anwar nak jual sekali adalah mengehadkan tempoh masa seorang MB memegang jawatan. Anwar tidak mahu pegang jawatan MB lebih daripada 2 penggal - dan dengan model sama, pressure akan diberikan kepada Najib untuk melakukan benda sama di peringkat Persekutuan.‬.

Rasanya benda ini lebih menarik untuk BN jual, berbanding video seks. Kecuali Ahmad Maslan memang nak Najib melingkup.‬

Kajang bukan soal MB sahaja. Kajang juga soal menyusun semula gerakan politik PKR dan menekan Najib di peringkat Federal. Kalau tak nampak, itu tanda pendek umur.‬

Melayu liberal memang terpesona dengan janji Anwar untuk mengehadkan tempoh jawatan MB. Anwar dah tawarkan kepada Khalid, tapi Khalid tidak mahu terima. Sebab? Sebab ramai ahli korporat PKR yang masuk air kalau MB bertukar. Sebab itu ada rejection.‬

gelagatanwar | Februari 3, 2014 at 6:39 pm | Label:
Anwar Ibrahim,
DAP,
Gelagat Anwar,
PAS,
Perlembagaan,
PKR,
politik Turki | Categories:
ANWAR IBRAHIM,
Dato Seri Anwar Ibrahim,
Perlembagaan | URL:

http://wp.me/pkuQ0-Xv‬‪​‬Komen   See all comments 
Unsubscribe to no longer receive posts from Gelagat Anwar.

Change your email settings at Manage Subscriptions.‬
Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://gelagatanwar.wordpress.com/2014/02/03/krisis-perlembagaan-memang-itu-yang-anwar-hajatkan/‬

Thanks for flying with  WordPress.com 

Thursday, 6 February 2014

Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir- Reezal Merican

Politik Anwar hanya menghalalkan cara,asalkan kena kepada batang hidungnya kesemua dibolehkan. Tak ada apa yang lebih utama didalam politik haprak pakatan selain memuaskan serakah Anwar.
Pisau lihat DAP dan PAS diperbodohkan begitu saja oleh Anwar,haiwan politik seperti Anwar tidak peduli siapakah sahabat atau kawan .
Ucapan takziah Ketua Bahagian Kepala Batas memerangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno NegeriPulau Pinang Ds Reezal Merican cukup tepat.
Rakyat dipergunakan,dimomokkan dengan pelbagai cerita bombastik semata mahu meraih undi,kemudian diperbodohkan..
Pengundi Kajang majoritinya pasti mahu kelibat Anwar dikawasan mereka,Tetapi Pisau yang berada di Permatang Pauh cukup arif dan tahu..Pondan tua ini hanya makan gaji buta di Permatang Pauh…Sekarang giliran pengundi Kajang bakal menerima Adun ini..
1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ‘takziah’ kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari ‘luarSelangor’ untuk bertanding di kawasan tersebut.
2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak ‘khidmat cemerlang’ PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha ‘melonjak’ ego politik Anwar semata-mata.
3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.
4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman.
5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang.
6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir.


Video Malai Si Teresa Kok Sekadar Bukti Melayu & Mangsa Lahad Datu Tak Berapa Kisah Bila Di Hina..




Kita semua dah tahu siapakah DAP dan PKR,mereka ini juga dalang dan agen politik kebencian antara kaum.2 parti ini juga terlibat secara langsung menghasut rakyat berbilang kaum agar berprasangka buruk diantara satu sama lain.
Satu persatu asakan dan provokasi dilakukan,hingga mencetuskan kemarahan terutamanya kepada majoritiMelayu,mereka juga menghasut agar bangsa cina dan juga India berprasangka buruk terhadap bangsa melayu.
Mereka tahu jika perkara yang membabitkan perihal kepentingan bangsa melayu dan juga Islam disentuh pasti bangsa melayu bangkit mempertahankan. Kemudian apabila kemarahan bangsa malu diluahkan mereka ini akan dituduh sebagai rasis.

Tuesday, 21 January 2014

LAPORAN POLIS DAP??

Cuba kaitkan kes guru dipaksa buka tudung, DAP buat laporan polis

Posted on January 20, 2014 by admin

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI: DAP Johor semalam membuat laporan polis berhubung cubaan jahat seorang blogger yang cuba mengaitkan DAP dengan isu guru mualaf Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya, Bukit Tinggi yang dipaksa membuka tudung baru-baru ini.

Artikel blogger bernama Azmy Awang Kelana Jaya itu bertajuk ‘DAP makin kuat di Johor, Islam makin dipijak: Guru mualaf dipaksa buka tudung diterbitkan di laman http://azmyawangklanajaya.blogspot.com 17 Januari lalu.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, pihak polis diharap dapat mengambil tindakan secepat mungkin kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat berbilang kaum di Johor.

“Isi artikel itu tiada kaitan dengan tajuk yang diguna. Ia berniat jahat dan menghasut, serta cuba bangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, dipaksa membuka tudung oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Nan Ya, Pang Ah Nganng, 72, jika ingin terus mengajar di sana.

Peristiwa itu mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk DAP yang menggesa Pang meminta maaf segera kepada guru itu.

17 Januari lalu, Pang bersama guru besar, Chiew Swee Tuan memohon maaf secara terbuka kepada Choi di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi.

Kata Dyana lagi, laporan itu juga dibuat demi membersihkan DAP yang sering dituduh sebagai dalang perkauman oleh musuh politiknya.

“DAP dan Pakatan Rakyat secara jelas bukan parti berdasarkan kaum, tidak pernah bersikap perkauman dan berjuang untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau mengimbas kembali kes Hajah Halimatusaadiah Bt Kamaruddin lawan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 1994, selepas beliau diberhentikan kerja kerana memakai purdah, dan dianggap melanggar pekeliling yang melarangnya.

“Hajah Halimatussadiah yang menjadi kerani di Perak State Legal Department diberhentikan kerja. Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mewakili beliau dalam kes itu.

“Sudah jelas DAP sentiasa menegakkan hak kebebasan beragama bagi semua rakyat, seiring dengan jaminan dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Laporan itu dibuat beliau bersama-sama Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; ADUN Senai, Wong Shu Qi dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Johor, Mazlan Aliman.

Bukan cubaan pertama

Dalam pada itu, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan berkata, ia bukan kali pertama percubaan menyalahkan DAP dalam isu perkauman di Johor.

“Pertengahan tahun lalu, apabila seorang guru berbangsa Cina mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, ‘banner’ bertulis ‘DAP Johor Sokong Cikgu Poh, Melayu Bodoh Pukimak’ digantung di beberapa tempat.

“Jelas, DAP menjadi sasaran mudah UMNO. Taktik sama pasti akan diulang pada masa akan datang untuk mengalihkan perhatian daripada ketidakmampuan UMNO menyelesaikan masalah rakyat, seperti kenaikan harga barang,” katanya lagi. -Roketkini.com

http://www.roketkini.com/2014/01/20/cuba-kaitkan-kes-guru/

Saturday, 4 January 2014

MUNAFIK BERKATA2 MURTAD

Watch "Budak Munafik Hina Islam dan NABI" on YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=wF9qO3fIHwE&feature=youtube_gdata_player

Mohon Rakan2 Share ttg org ini cukup bahaya
dan merosakkan AKIDAH ISLAM

1.Menghina hadis nabi s.a.w
2.Menghina Islam
3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah
4.Mempersendakan nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri
5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia
6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain
7.Mengangungkan Syiah
8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah

Di manakah jabatan2 agama ketika ini???

Apabila orang membawa manusia kembali kepada quran & sunnah terus ditangkap maka ini lagi teruk bahkan kata2 ini sungguh menyedihkan kepada ISLAM..

Di manakah yg sering laungkan CINTAKAN KEPADA NABI S.A.W,Sering buat maulid nabi?ketika ini nabi s.a.w dihina dan dikeji kata2 nabi s.a.w?

Mohon jabatan agama dan rakan2 yg mampu yg ada kuasa ambil tindakan ke atas BUDAK ini sungguh melampau...Dikhuatiri nanti org Islam akan terpenagruh dgn pemikiran orang ini yg jelas kata2 nya itu Murtad serta merta.

Jangan terpengaruh dgn penagkuan munafik nya sebagai Islam itu sekadar gimik utk hancurkan Islam itu sendiri.

Jika Saidina Umar Al Khatab masih ada,  PASTI akan ditebas budak ini....