Salam perjuangan
sejak kecil mereka disayang dan bersekolah utk mendapatkan ilmu yang berguna..harapan keluarga mereka amat tinggi untuk memastikan kehidupan mereka baik dan dapat membantu keluarga mereka juga...berkat dari doa dan harapan kekuarga maka mereka berjaya memasuki universiti dan bergelar mahasiswa..namun adakah ini keputusan harapan dan cita cita keluarga mereka apabila mereka menjadi kuda mainan politik utk membuat demo dan bantahan buta..
mereka harus sedar bahawa mereka lahir dizaman keberadaan dan berkat kepimpinan BN mereka bepeluang utk melanjutkan pelajaran tanpa perlu keluarga mereka menggadai tanah atau menjual semua asset..
namun kerana buta sejarah dan buta hati iman mereka sanggup menggadai maruah bergelar mahasiswa utk membuat kerja kerja politik rakus org yg gila utk ke putrajaya..
20 mahasiswa berdemo mahu gertak Zahid Hamidi letak jawatan.
Sekumpulan mahasiswa semalam berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik. Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 20 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu. Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah. Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas. Tarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu. Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis. "Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.
No comments:
Post a Comment