Setelah puas menjelajah ke seluruh negara untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam "konsert Blackout505", kononnya menipu Rakyat Malaysia dan berlaku tidak adil, semalam, Ketua Umum PKR telah ke balai polis untuk membuat laporan. Sudah pastinya dengan segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan semenjak 5 May yang lepas, kita menjangkakan laporan Polis yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim kalau tidakpun setebal Kamus Dewan, sekurang-kurangnya pastilah setebal sebuah novel! Rupanya tidak. Laporan polis yang dibuat hanyalah berkaitan penipuan dakwat kekal oleh SPR!!!
Penat sahaja Rafizi Ramli menjaja ke sana ke sini mendakwa kononnya berlaku "blackout" atau keputusan tenaga elektrik sewaktu pengiraan undi. Penat sahaja budak-budak "Red Bean Army" DAP menjaja di media sosial gambar beg kertas undi jatuh dari helikopter. Penat sahaja budak-budak cybertroopers PAS dan Cina DAP mainkan isu puluhan ribu warga Bangla keluar mengundi untuk Barisan Nasional. AKHIRNYA ... akhirnya ... Anwar Ibrahim hanya buat laporan Polis isu dakwat kekal jer!!! Macam nak maki saja rasanya!
sumber : sahabat blogger
No comments:
Post a Comment