Tercatat dalam sejarah moden Selangor, seorang Menteri Besar melafazkan 10 AKU JANJI sambil memegang sebatang tombak di hadapan DYMM Sultan Selangor.
Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor tanpa kehadiran ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP.
Dengan kata-kata lain, ADUN-ADUN Pakatan telah memboikot upacara tersebut.
Dan mereka akan lebih berbulu terutama sekali dari DAP apabila mengetahui sumpah AKU JANJI yang dilafazkan oleh Khalid Ibrahim.
Antara yang telah dibuat AKU JANJI oleh Khalid Ibrahim ialah akan memastikan dia selaku Menteri Besar Selangor akan menjunjung tinggi prinsip-prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negeri, mematuhi kedaulatan Institusi Raja dan mempertahannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawa, amanah, jujur dan ikhlas.
Pada penggal lalu, Khalid Ibrahim telah terlibat dalam banyak kes-kes kontroversi termasuklah kes memurtadkan umat Islam pada awal bulan Ramadhan ang kemudian dibela bersungguh-sungguh oleh para wakil rakyat Pakatan termasuklah Teresa Kok, Ronnie Liu, Xavier Jeyakumar dan sebagainya.
Kes tersebut membawa kepada campurtangan DYMM Sultan Selangor. Meskipun kes tersebut tidak berjaya diselesaikan, tetapi setidak-tidaknya ia memperlahankan keaktifan para pemurtad daripada memurtadkan lebih ramai umat Islam secara terang-terangan.
Disebabkan sakit hati, para pemimpin dan pecacai Pakatan Rakyat turut mempersoalkan keberadaan DYMM Sultan Selangor.
Malah para pecacai Pakatan secara terang-terangan telah menghina Sultan Selangor menerusi media-media sosial kerana tidak berpuas hati apabila, usaha memurtadkan umat Islam, telah berjaya dikekang dan dihalang.
Semalam, Khalid Ibrahim melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Menteri-Menteri Besar Selangor yang lain. Dia perlu memegang sebilah tombak dan melafazkan 10 AKU JANJI.
Selesai sahaja majlis tersebut, dalam sidang medianya, Khalid Ibrahim menyatakan perkara pertama yang akan dilakukannya adalah PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR BERSIH di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dan pada masa yang sama, dia juga turut menyatakan bahawa usaha-usaha tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin bagi meneruskan Projek Loji Sungai Langat 2 yang sudah tertangguh selama beberapa tahun.
Kita tidak akan menunggu lebih lama untuk melihat Khalid Ibrahim melanggar satu persatu AKU JANJI yang dibuatnya itu, terutama apabila dia mulai diasak oleh para pemimpin DAP dan rakan-rakannya dalam PKR.
No comments:
Post a Comment